Thursday, January 15, 2015

Accident di Taman Daya

Semalam pagi time tengah berniaga tiba-tiba dengar bunyi "Kedegang!" Bila aku toleh tepi ternampak motor dah terjatuh. Ada satu orang lelaki pakai helmet jalan terhincut-hincut dekat sebelah kereta Kelisa putih. Kereta Kelisa tu pun berhenti kat tepi.

Driver yang keluar tu nampak macam perempuan tua cinalah. Mamat yang tadi jalan terhincut-hincut tu dah terduduk dah. Aku nampak macam ada lagi sorang perempuan pakai helmet jalan dekat lelaki tu mungkin isteri dia ke atau adik dia ke tak tahulah. Tak nampak sangat jalan terhincut-hincut macam lelaki tu.

Bulatan merah tu motor terbaring atas jalanraya

Auntie cina tu dari jauh nampak berdiri depan lelaki yang terduduk tu. Adalah tu dorang berbual pasal tak puas hati ke, mintak ganti rugi, apa-apa jelah.


Orang mula berkumpul di tempat kejadian

Macam biasalah kalau ada kemalangan, adalah sesetengah orang yang curious nak tengok lebih dekat. Aku malas nak pergi sana sebab nak jaga tempat niaga ni. Aku dengan orang rumah tengok dari jauh pun jadilah.

Yang bestnya ada yang lepas tengok keadaan accident tu singgah kat tempat kitorang berniaga nak beli sarapan. Regular customers pulak tanya aku kenapa kat situ? Aku jawab je la ada accident motor dengan kereta. 

Aku tak tahu siapa langgar siapa. Kereta langgar motor ke? Motor laju sangat sampai terlanggar kereta ke? Mungkin orang yang ada dekat kawasan tu boleh share sikit pasal kemalangan di Jalan Pinang, Taman Daya?

No comments:

Post a Comment