Friday, January 23, 2015

Malaysia Best Blog 2015

Blog terbaik pada pandangan aku adalah blog yang fokus pada satu kategori atau niche yang tertentu. Kalau nak lari dari niche atau melencong sikit dari kategori asal blog pun cuma sikit-sikit je. Andaikata blog tu dah ada 10 posts, lari tajuknya cuma 2 atau 3 post sahaja maknanya 70% atau 80% content blog dia masih selari dengan niche atau kategori yang nak dipaparkan.

Contohnya kalau seorang blogger nak kongsi pasal motivasi, dia akan cerita pasal motivasi sepenuhnya. Kalau blog cacamarba memang banyak so senang nak cari. Kejap cerita pasal artis, kejap cerita pasal isu semasa, kejap itu kejap ini. Aku bukan anti blog campur aduk cuma aku lebih suka blog yang fokus pada niche walaupun update post 3 bulan 1 kali asalkan isi kandungan mantap.

Malaysia Best Blog 2015




Top 10 Malaysia Best Blog 2015

Gauisus Esito Crustum Cotidie, Contineo Publico Laxamentum Diei adalah motto blog motoring-malaysia. Dalam blog ni banyak cerita pasal kenderaan sama ada kenderaan yang diguna sendiri oleh blogger atau informasi terkini pasal kenderaan yang ada di Malaysia. Walaupun blog ini dalam english language tapi oleh sebab aku nak tahu pasal kereta aku baca juga blog dia ni.

Blog himpunan cerita-cerita lawak yang memang aku suka baca sejak dari aku bujang sampailah aku dah kahwin. Bila aku tension atau tak tahu nak tengok apa kat internet, blog inilah yang jadi sasaran aku. Kadang-kadang lawak dia buat aku ketawa terkekeh-kekeh seorang diri. Sesiapa yang nak release tension atau ada lawak best untuk dikongsi sila kunjungi blog Gelihati.

8. Amanz
Ini di antara blog info pasal teknologi yang aku suka. Teknologi yang aku maksudkan untuk blog ini ialah banyak cerita pasal smartphone, powerbank, windows, app dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan penggunaan computer. Bila aku rasa macam ketinggalan nak tahu pasal gadget yang latest, aku cari blog amanz.

7. Ohduit
Pertama kali baca blog ni pun bila ternampak contest SEO yang mantap dan mudah disertai. Tujuan asal blog ini dibuat adalah untuk berkongsi pengalaman blogger sendiri dalam bisnes offline dan online terutamanya eBay. Pemilik blog Ohduit ialah Khirol Hazwan, orang bangsa Melanau dari Sarikei, Sarawak.

6. Drumah
Banyak info pasal hartanah Malaysia dikongsi dalam blog ini. Nak beli rumah apartment? Beli Condominium? Nak cari lokasi hartanah terbaik di Selangor? Nak tahu tips membeli rumah lelong? Semua ada dalam blog Drumah. Dekat sidebar blog siap ada "Kalkulator Pinjaman" untuk pembaca buat kira-kira kalau nak beli rumah sendiri nanti berapa banyak yang perlu dibayar untuk tempoh tertentu.

Inilah blog yang aku minat terjah sebab ada banyak info berguna pasal menaiktaraf blog. Tips untuk naikkan trafik, tips SEO, online marketing strategy dan macam-macam lagi tips menarik untuk blogger ada dalam blog Bloggersentral. Walaupun blog in english language tapi tak menjadi masalah untuk aku faham apa yang cuba disampaikan.

Sebagai orang yang bekerja sendiri, aku perlukan motivasi. Kalau lemah semangat dan takde motivasi maka tak dapatlah aku nak teruskan bekerja sendiri. Jadi blog Mymotivasi adalah di antara blog favourite aku untuk dapatkan tips dan kata-kata semangat supaya terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

"Menghasut dengan fakta" ialah tagline blog politik Milosuam. Blog yang penuh kontroversi, ada kes polis dan dibenci oleh penyokong-penyokong BN khasnya UMNO. Banyak penyelewengan wang rakyat telah berjaya didedahkan di blog ini siap dengan faktanya sekali sebab itu aku suka baca blog ni.

Ada banyak info-info pasal Illuminati yang ada dalam blog ni. Illuminati bukannya sekadar khayalan semata-mata tapi memang wujud untuk merosakkan orang-orang Islam. Dah banyak bukti-bukti yang ada di Malaysia sama ada kita terima kenyataan ini atau kita pekakkan telinga dan butakan mata hati kita.

Blogger Saifulislam.com ialah Hasrizal Abdul Jamil. Blog ini banyak menyentuh isu semasa yang berkaitan dengan Islam. Memang the best bloglah bagi aku sebab kalau nak cerita pasal Islam biar ahlinya yang bercerita dan dakwah zaman sekarang pun boleh dibuat secara online.

Begitulah "Top 10 Malaysia Best Blog 2015" dalam blog aku. Kalau ada blog yang tak tersenarai dalam blog aku tu bukan bermakna blog tu tak bagus tapi mungkin aku terlepas pandang sebab kelemahan aku sendiri dalam menilai kehebatan sesebuah blog.

Akhir kata dari aku..
"Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com."
Hasrizal Abdul Jamil

35 comments:

  1. yap.

    memang baca gak semua blog-blog tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks guliroket sudi jadi commentator yang pertama.

      Delete
  2. Blog-blog yang hebat belaka. Semoga berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog calrase patrick lebih hebat dari blog saya ni.. terima kasih sudi jenguk dan komen di blog saya yang tak seberapa ini :)

      Delete
  3. 3 daripada senarai blog Malaysia best blog 2015 yang diberikan saya selalu baca dan rujuk ... :)

    ReplyDelete
  4. memang best kesemua blog tu... moga berjaya hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih en.shubhi sudi singgah dan komen di blog saya yang biasa-biasa je ni..

      Delete
  5. Replies
    1. tapi tak sehebat blog pilihan AUC aka anakulucheka..

      Delete
  6. Wah senarai awak pun best best best giler.. Ruby pun join juga. Saje-saje cuba. Selamat berjaya dari ruby.my. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK terima kasih dan selamat berjaya juga buat anda

      Delete
  7. selamat berjaya.. hehe saya pun join.. try test cuba :D

    ReplyDelete
  8. Bestnya jika blog kita jadi sebutan,,, Ntah bilalah dapat jadi mcm mereka semua tu... hehehe...

    Suami Perokok Tegar Membimbangkan Isteri Hamil... Bagaimana Cara Membantu Mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang best kalau blog kita jadi sebutan dan lagi best kalau blog kita betul-betul tersenarai sebagai malaysia best blog 2015 pada hujung tahun 2015 atau awal tahun 2016

      Delete
  9. okeh.

    nak gi baca kejap blog-blog tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okeh.

      terima kasih cikgu sudi singgah dan baca blog-blog tu semua

      Delete
  10. Pertama kali mendengar blog saiful islam. Terbaik artikel Malaysia Best Blog 2015 ini. Semoga sukses ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog En.Khairul apa kurangnya..lebih hebat dari blog buruk saya ni.

      Delete
  11. All the best ya. Blog yang berinfomasi ni.

    ReplyDelete
  12. Nak kena terjah juga blog di atas.
    kalau dah disenaraikan mesti terbaik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senarai blog terbaik bagi saya.
      lain pendapat lain senarainya.

      Delete
  13. InsyaAllah turut tersenarai suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah blog siapa yang turut tersenarai? :)

      Delete
  14. Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Hanif sudi menjeguk dan semoga berjaya jugak dalam Contest SEO Malaysia Best Blog 2015.

      Delete
  15. Gud luck.. Moga berjaya dalm Contest Seo ni..Nanti nak jalan2 juga di blog2 yang disenaraikan sbb ada lagi blog yg saya kurang familiar..hehe..tq atas perkongsian! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah setiap blogger ada senarai "Malaysia Best Blog 2015" yang tersendiri. Tq juga sudi singgah dan komen di sini.

      Delete
  16. Jarang orang nak masukkan blog blog politik macam blog MiloSuam tu dalam Malaysia Best Blog ni.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.