Wednesday, January 21, 2015

Resepi apam coklat

Resepi apam coklat ni aku dapat dari mak aku. Resepi asal apam coklat ni telah diolah semula oleh orang rumah aku untuk jimat kos tapi maintain sedap. Tanpa buang masa mari kita mulakan sekarang..

apam coklat
Bahan-bahan

2 cawan tepung
1 sudu kecil soda bicarbonate
3 sudu besar serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak

2 biji telur gred A atau AA
1 cawan air panas

Cara-cara
  1. 2 cawan tepung, 1 sudu kecil soda bicarbonate dan 3 sudu besar serbuk koko diayak dan digaul rata di dalam satu bekas.
  2. Ambil bekas lain, masukkan 2 biji telur dan gula lalu dipukul hingga kembang.
  3. Masukkan 1 cawan susu cair dan 1 cawan minyak masak ke dalam telur dan gula tadi lalu dipukul lagi hingga kembang.
  4. Masukkan tepung yang sudah diayak dan digaul dengan koko dan soda bicarbonate tadi, kacau hingga sebati dan pastikan tiada tepung yang bergentel.
  5. Kemudian masukkan air panas dan kacau rata adunan.
  6. Sapukan minyak masak pada acuan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang sudah disapu minyak pada paras 2/3 atau 3/4 sahaja untuk mengelakkan adunan melimpah sewaktu dikukus.
  8. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
  9. Apabila air dalam pengukus sudah mendidih, lap penutup pengukus yang berpeluh kemudian masukkan acuan yang sudah diisi adunan untuk dikukus selama 15 minit.
  10. Selepas 10 minit mengukus, lap penutup pengukus supaya wap air tidak jatuh ke atas adunan.
  11. 5 minit kemudian apam coklat anda dah siap!

Kalau anda peniaga makanan mungkin resepi ini bakal menambah idea untuk anda tambah menu di tempat anda berniaga. Jika anda nak mencuba resepi apam coklat ni untuk saja-saja makan di rumah pun boleh juga. Selamat mencuba!

Ada sebarang pertanyaan? Jangan malu tinggalkan komen insyaAllah akan dijawab.

No comments:

Post a Comment