Friday, January 16, 2015

Uncle tukang urut

Apek si tukang urut
Uncle ni di antara regular customer aku. Setiap pagi dalam pukul 8 lebih dia datang beli nasi lemak. Dari jauh boleh nampak dia jalan kaki bawa payung.

Masa hujung tahun 2013, dia singgah beli nasi lemak je. Kadang-kadang nasi separuh bihun separuh dalam satu kotak nasi. Sejak awal tahun 2014 barulah dia dah mula pandai lepak kat tempat aku berniaga. Orang rumah aku terus masuk van kalau nampak uncle ni nak lepak. Kalau ada banyak customer barulah orang rumah aku keluar tolong aku kejap pas tu masuk semula ke dalam van.

Aku tak kisah dia lepak kat gerai aku ni asalkan dia tak ganggu kitorang berniaga sudahlah. Uncle ni pernah urut aku sampai 2,3 kali jugaklah. Aku tak minta dia urut pun tapi memang dia nak urut so aku biarkan jelah. Kuat tangan uncle ni tekan masa mengurut.

Masa dia urut aku tu dia kata bahu dengan tangan aku keras. Leher dengan kepala aku pun dia ada picit-picit. Memang sakitlah masa kena urut tu tapi lepas habis dia urut terasa legalah macam kurang beban kat bahu, lengan dengan leher aku.

Lepas urut aku, uncle tu cakap kalau selalu angkat barang terlalu berat nanti badan sakit. Kerja aku memanglah ada angkat barang berat tapi takdelah berat sangat pun. Setakat angkat canopy, meja, kerusi dengan barang-barang nak berniaga je.

Masa berniaga sarapan kadang-kadang uncle ni tanya customer yang beli sarapan "ada sakit-sakit tak?" Ada customer nak cepat so terus blah lepas beli sarapan tapi ada jugak yang duduk sekejap minta diurut. Biasanya orang yang diurut uncle ni kena caj dalam RM10 atau RM20 je. Kalau ada pesakit yang tak nak kena urut dekat situ tapi minta uncle ni sendiri datang ke rumah pesakit memang dia charge lebihla dalam RM60 ke RM70 sekali urut.

Uncle ni takde tempat tetap untuk mengurut so aku gelar dia "Tukang Urut Bergerak". Pernah uncle ni beritahu aku waktu pagi dia berjalan dari Jalan Nibong sampai ke Jalan Sagu cari customer yang nak kena urut. Sebelum sampai Jalan Sagu, dia lepak kat gerai aku jap kat Jalan Pinang. Bila dah sampai kat Jalan Sagu, dia lepak kat kedai kopi cina. Waktu petang dia berjalan semula ke Jalan Nibong. Kalau nak cari dia kat Jalan Nibong, cari kedai jual buah-buahan. Petang-petang dia memang ada kat situ setiap hari.

Pernah ada satu orang customer, Encik Mohd Noh datang beli sarapan masa uncle ni tengah lepak kat gerai aku. Uncle tanya dia ada sakit kat leher ke sebab kedudukan kepala Encik Mohd Noh nampak senget sikit. Tanpa buang masa, uncle bagi dia duduk untuk diurut. Adalah beberapa kali Encik Mohd Noh nampak macam nak terjerit sebab sakit masa kena urut.

Lepas kena urut je, En.Mohd Noh tanya siapa nama uncle. Haaa..aku sendiri tak pernah tanya nama uncle ni siapa. Bagus jugak En.Mohd Noh ni tapi uncle taknak bagitahulah nama dia. Adalah 2,3 kali En.Mohd Noh tanya nama uncle ni tapi uncle ni terus spin bagitahu pergi kedai buah kat Jalan Nibong waktu petang kalau nak minta kena urut lagi. Ceh apalah uncle nama pun taknak bagitau ka? Aiyaa!

Buat pengetahuan korang Encik Mohd Noh ialah salah seorang Pegawai dari MBJB yang bertanggungjawab menyediakan tapak niaga bazaar Ramadhan. Pasal bazaar Ramadhan ni lain kalilah aku cerita ya? Adalah beberapa kali dia beli sarapan dengan aku so far OK no problem. 

Takde pulak dia mintak lesen ke apa ke. Pegawai macam ni yang aku respek tak ganggu orang berniaga tepi jalan. Aku pun bukan selama-lamanya nak berniaga tepi jalan. Cukup modal nanti aku nak bukak kedai sendiri tengoklah sama ada Restaurant ke, Bakery ke, pembekal bahan-bahan memasak ke...Masa tu tahulah aku nak amik lesen...

Berbalik cerita pasal uncle si tukang urut. Baru-baru ni makin lama pulak dia lepak, pernah jugak sekali tu dalam pukul 10.15 baru dia pergi. Sebelum ni dalam jam 9 atau 9.15 dia dah pergi dah. Pernah juga dia langsung taknak lepak. Singgah beli epok-epok kentang RM2.00 lepas tu terus pergi. Ikut angin dialah nak lepak ke taknak but it's OK selagi tak menganggu business aku.

Uncle ni adalah contoh orang yang bekerja sendiri tanpa modal. Sebagai tukang urut ni tak perlu keluar duit nak beli apa-apa bahan macam orang berniaga makanan. Cukuplah ada ilmu mengurut lepas tu pandai-pandailah cari orang sakit yang perlu diurut. Nampak tak? Tak payah modal beribu-riban kalau nak kerja sendiri. Aku tahu ada tukang urut keluar modal besar beli atau sewa shoplot nak buka pusat urut tapi tidak bagi uncle si Tukang Urut Bergerak.

Sebab itulah ilmu lebih penting dari duit, jangan cakap dengan aku kalau nak berniaga modal nak kena BESOR baru boleh berjaya. Uncle ni bukan Islam tapi dia rajin berusaha jadi dia dapatlah apa yang diusahakan. Apa lagi aku sebagai orang Islam, kalau aku rajin berusaha InsyaAllah boleh jadi jutawan.

Kalau ko fikir susahlah berniaga ni, memang susahlah berniaga untuk ko. Anggap je berniaga ni mudah walaupun susah. Apa yang penting teruskan berusaha dan teruskan berfikir positif insyaAllah berjaya jugak dalam perniagaan. Teruskan fikir positif dan hentikan fikir negatif.

4 comments:

  1. Uncle tu pandai cari duit poket. Mesti ada rahsia yg boleh dikorek tu kot..

    ReplyDelete
  2. Bagus lah uncle ni... susah nak cari tukang urut sekarang... Saya pun kalau nak berurut selalu balik cari tukang urut di kampung je...

    Suami Perokok Tegar Membimbangkan Isteri Hamil... Bagaimana Cara Membantu Mereka?

    ReplyDelete
  3. Rasanya apek ni masih lepak gerai kau tak? Susah nak cari org urut skrg ni. Kalau masih boleh jumpa dia tolong kasi lokasi gerai supaya aku boleh pergi. Baca post terus lenguh bahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kau tengok kat gerai jual buah jalan nibong, taman daya petang2. Apek tu selalu kat situ. Sekarang dia tak lepak gerai aku lagi.

      Delete