Tuesday, February 17, 2015

Alasan gagal berniaga?

Kalau nak cari alasan gagal berniaga memang macam-macam ada. Dengan tak cukup modalnya, tiada sokongan moral, tak cukup ilmu, tak cukup sifat, tak cukup makan, tak cukup korek hidung dan macam-macam lagilah alasan reason because sebab-musabab-kebab.

Jangan cari alasan!


Kalau dah tak minat berniaga tu memang macam-macam alasan yang keluar. Orang seperti ini lebih berminat kerja makan gaji. Sekurang-kurangnya itu lebih baik dari golongan penghalang perniagaan.



Seriously orang kerja makan gaji lebih baik dari golongan penghalang perniagaan. Aku ada share pengalaman aku dalam entri sebelum ni. Korang boleh baca sendiri kat "Halangan Berniaga".

Nak halang orang berniaga ni tak semestinya robohkan premis perniagaan, guna ilmu hitam santau, tuju dan sebagainya tapi melemahkan semangat orang nak berniaga dengan kata-kata pun dah dikira usaha menghalang orang berniaga. Meniaga ni seolah-olah jenayah bagi dorang. Rumah terbakar orang boleh tahu tapi hati yang terbakar siapa yang tahu? Allah sahajalah yang lebih mengetahui.

Kalau korang memang tak minat business, aku tak kisah. Kalau korang lebih selesa kerja makan gaji pun aku tak kisah. Asalkan jangan korang halang aku atau mana-mana orang lain nak berniaga. Aku secara tak rasmi mewakili peniaga-peniaga (halal) di Malaysia menentang keras golongan penghalang perniagaan tidak kira sama ada halang dengan cara bercakap sahaja atau dengan apa-apa cara sekali pun.

OK berbalik pada alasan gagal berniaga, apa alasan yang sebenarnya?

Tak tau cara nak start business? Sila baca 4 Basics Before Starting a Small Business
Takde idea business? Sila baca Cara Dapatkan Idea Kerja Sendiri
Tak tau teknik marketing? Sila baca Flanking Marketing dan Guerilla Marketing

Alasan ni sebenarnya boleh diatasi dengan tindakan. Action speaks louder so korang jangan jadikan alasan sebagai penghalang untuk berniaga.

Kalau tak cukup info kat dalam blog ni, bersepah-sepah blog business kat luar sana untuk korang baca. Tinggal nak cari yang mana sesuai dengan korang je. It's paid to read so jangan malas membaca. Setiap business ada caranya yang tersendiri. Cara business jual sayur tak sama dengan cara business jual powerbank.

Kegagalan dalam berniaga tu perkara biasa je. Dari kegagalan tu kita sebenarnya menghampiri kejayaan. Tanyalah otai-otai berniaga kat luar sana betapa susahnya berniaga ni dan dah berapa kali dorang gagal sebelum berjaya. Hadapi kegagalan lebih baik dari mencari alasan. Semoga berjaya!

14 comments:

  1. hendak seribu daya, taknak seribu dalih :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kalau takde semangat berniaga..susah nak maju jaya.

      Delete
  3. kalau nak berniaga, jangan hangat2 tahi ayam dan perlu jujur.. insyaAllah maju dan diberkati Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya anda benar. Keberkatan dari Allah lebih penting.

      Delete
  4. Replies
    1. Bagus! Semoga tuan dimurahkan rezeki.

      Delete
    2. Terima kasih, semoga kita sama-sama dimurahkan rezeki.

      Delete
  5. kalau betul bersungguh nak berniaga just do it. baru tau nikmat berniaga macam mana. hehehe. Sekarang ni banyak cabang nak berniaga termasuk online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu cabang nak berniaga dah banyak tinggal nak buat atau tak nak je..

      Delete
  6. Meniaga mmg susah..dh rasa..hahahah

    ReplyDelete