Thursday, February 12, 2015

Cara atasi masalah kewangan

Khas untuk orang yang bermasalah kewangan. Tips hebat ini pernah dibuat oleh banyak businessmen dan terbukti berjaya.

5 sen kumpul banyak-banyak bole beli top up.
Kalau korang ada masalah duit buat masa ini, teruskan membaca.

Walaupun business plan korang hebat siap diakui, dikagumi dan dicemburui oleh Bill Gates, Donald Trump, Alex Besen dan semua business expert dari seluruh dunia..
Walaupun lokasi perniagaan strategik..
Walaupun target customer bertepatan dengan kehendak semasa..
Walaupun product dan service betul-betul marvellous..
Walaupun marketing korang dah menembusi pasaran antarabangsa..
Walaupun segala cacat-cela dalam business diperbaiki dan dinaiktaraf secepat mungkin demi menjaga reputasi dan integriti..

Namun tidak mustahil masalah kewangan masih lagi menghantui korang..

Tips untuk mendapat lebih banyak rezeki ialah sedekah. Ya sedekah je banyak-banyak. Tak pernah berlaku orang jadi papa kedana disebabkan selalu bagi sedekah.

Bill Gates keluar 30 juta dollar US (anggaran RM100 juta) untuk membiayai pendidikan secara percuma. Apa jadi dengan dia? Bankrupt ke dia? Berapa banyak orang guna software pirate windows sebab sofrware original windows Microsoft mahal? Namun Bill Gates masih lagi sah sebagai seorang billionaire.

"Eleh...Bill Gates tu dah memang kaya sebab tu boleh derma juta-juta, cuba kalau aku kaya-raya macam dia aku pun boleh derma juta-juta."

Ini contoh ayat negatif tanda dengki dengan kemewahan orang lain. Sebelum jadi kaya pun boleh sedekah jugak. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih.

5 hinggit dan 10 ringgit sebagai contoh je

Jangan pulak lepas sedekah RM10 hari ni mulai esok terus stop sedekah sebab nak tunggu dapat RM100 dulu baru nak sedekah lagi. Rugilah macam tu.. Kalau nak sedekah biar berterusan dan jangan berhenti selagi mampu. Tak mampu RM10 bagi RM9, tak mampu bagi RM9 bagi RM8 dan seterusnya..

Kalau nak cepat murah rezeki mulakanlah bersedekah dan lakukannya secara istiqomah. Kalau orang kafir pun boleh dapat rezeki melimpah ruah selepas bersedekah ini kan pulak orang Islam. Yakinlah korang pada Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah. Toksah risau duit tu berkurang..sedekah je setiap hari.

Cara paling mudah pergi je ke mana-mana masjid atau surau terdekat untuk bersedekah. Kalau nak advance, korang cari je kat internet mana tahu ada pihak tertentu minta derma nak buat masjid ke, buat rumah anak yatim ke dll. Kalau nak adventure pulak, pergi keluar cari sendiri rumah anak-anak yatim, OKU atau mana-mana rumah kebajikan then korang bagilah sedekah sebanyak yang mungkin.

"Habis tu kalau orang minta sedekah tu menipu macamana?"

Kalau ada orang minta sedekah dan korang tak tahu sama ada dia betul-betul memerlukan atau menipu, korang bersangka baik dan bagi je sedekah kat dorang. Andaikata korang betul-betul memang tahu orang yang minta sedekah tu penipu, korang bagi jugak sedekah kat dia tapi sedekah berbentuk nasihat. Nasihatkan dorang supaya berhenti menipu. Bagi nasihat pun sedekah jugak tu sebab sedekah tak semestinya guna duit je.

"Habis tu yang sindiket guna budak kecik minta sedekah tu macamana? Nak bagi jugak ke?"

Teknik ini khas untuk orang yang duduk makan kat mana-mana kedai secara berkumpulan. Kalau dalam keadaan seorang diri dinasihatkan jangan buat. Mana tau ada kaki pukul diupah sindiket budak-budak ni duduk sekali kat kedai makan atau dok dalam kereta tengok dari jauh je? Dalam keadaan sorang-sorang memang bahaya buat teknik ni melainkan ada sifat berani luar biasa dan teknik pertahankan diri kalau berlaku pertarungan yang tak dapat dielakkan.

Kalau korang dengan member-member tengah melepak kat kedai makan, tiba-tiba datang budak kecik mintak sedekah korang tanya je siapa yang suruh dorang buat kerja macam ni. Tak salah bersangka baik tapi apa salahnya bertanya untuk dapatkan kepastian.

Soal siasat je budak tu tanya mana tempat bos dorang kumpulkan budak-budak macam dia. Korek info sebanyak mungkin dari budak tu. Segala info dari budak tu boleh bagi kat polis untuk siasatan selanjutnya. Jangan bagi peluang kat mangkuk ayun yang malas bekerja tapi mempergunakan budak-budak kecik mintak sedekah sana sini cari duit untuk dorang.

"Saya dah sedekah tapi tak jadi kaya macam Bill Gates pun?"

Sedekah biar ikhlas dan berterusan. Tak semestinya mesti jadi kaya macam Bill Gates mahu pun Alex Besen selepas bersedekah. Terpulang pada Allah nak balas dengan cara apa pun. Apa yang penting? Korang takkan jadi miskin papa kedana disebabkan selalu bersedekah.

Sebagai contoh; Ada yang rajin sedekah, anaknya selamat dalam bencana banjir sedangkan anak-anak orang lain tak dapat diselamatkan. Ada pulak semua hutang langsai semenjak rajin sedekah. Ada yang sentiasa dapat tempahan menjahit, ada yang dapat anak ramai dan semuanya cukup makan, ada yang keuntungan berniaga pasar malam semakin meningkat dan macam-macam kebaikan boleh dapat bagi orang yang sentiasa sedekah.

Lepas ni korang sentiasalah bersedekah. Kalau ada masalah duit, korang sedekah lagi banyak. Banyak memberi banyaklah mendapat.

Kesimpulannya sedekah itu amalan yang hebat tetapi lebih hebat jika sentiasa bersedekah dan bersyukur.

2 comments:

  1. entry yg menarik... apa yg penting jangan takut miskin kerana bersedekah.. kan... ;)

    ReplyDelete