Saturday, February 28, 2015

Harga minyak 1 Mac 2015

PETALING JAYA: Harga diesel dan petrol naik sebanyak 25 sen seliter mulai 1 Mac, demikian umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi kenyataan pada Sabtu.

Harga minyak naik 1 Mac 2015
Harga baharu petrol RON95 ialah RM1.95 seliter (naik dari RM1.70), RON97 kini berharga RM2.25 seliter (dari RM2) dan diesel naik pada harga RM1.95 seliter (naik dari RM1.70).

Kenaikan ini berikutan keputusan kerajaan pada 21 November 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.- berita dari Mstar.com.my

Walaupun harga minyak dah naik semula, aku harap peniaga-peniaga jangan naikkan harga barang. Aku sendiri pun tak nak naikkan harga barang jualan aku. Ini cuma harapan je, aku tak mampu mengekang harga barang naik lepas ni.

Apa penyebab harga minyak naik?

Fenomena harga petrol dan diesel yang turun naik juga menunjukkan bagaimana kadar matawang RM yang lemah mempunyai kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Sentimen pasaran matawang yang gusar dengan hutang 1MDB banyak mempengaruhi keengganan pelabur antarabangsa menyimpan matawang ringgit yang menyebabkan harganya terus jatuh berbanding USD. -  petikan dari blog Rafiziramli.com

Nampaknya ada faktor lain juga kenapa harga minyak terpaksa dinaikkan. Kejatuhan matawang RM dan hutang 1MDB mungkin penyebab besar harga minyak naik.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira sama ada kerja sendiri atau kerja makan gaji, apa yang boleh anda buat berdepan masalah harga minyak naik semula?

Sumber
Harga Petrol dan Diesel naik 25 sen
Kejatuhan Ringgit Penyebab Harga Minyak Meningkat

No comments:

Post a Comment