Friday, February 13, 2015

Putus asa dalam perniagaan?

Untung dan rugi tu perkara biasa dalam business.Semua orang berniaga tak nak rugi. Orang yang berhati kental dan tak kenal erti putus asa sahaja yang mampu menghadapi kerugian dalam business.


Ruginya berhenti menuju kejayaan

Teruskan membaca aku ada share tips jangan putus asa.


Kan best kalau berniaga sentiasa untung. Mana ada orang untung business putus asa? Memang takde punya. Kalau ada orang kata "Aku putus asalah sebab berniaga asyik untung juta-juta je tak pernah rugi langsung walau 1 sen!" Sila tampar orang macam ni bertalu-talu dan buat urine test mungkin dia overdose daun ketum.

Pantang orang putus asa tengok orang yang lebih senang. Masa tengah putus asa fikiran tak puas hati, kecewa dan macam-macam fikiran negatif berlegar-legar dalam kepala otak jadi kalau korang masih lagi sibuk nak perhatikan orang yang lebih senang dalam keadaan negatif...jawabnya korang akan menjadi semakin negatif. Mulalah timbul kata-kata yang buat korang semakin lemah semangat contohnya;

"Seronoknya orang tu bila-bila masa je boleh keluar melancong ke Korea, Paris, Japan and around the world in 80 days sedangkan aku tak boleh macam tu pun.", "Tak adil betul! Apasal dia kaya sedangkan aku miskin?" dan macam-macam lagi pertikaian, silap-silap korang pertikaikan Tuhan kenapa jadikan korang susah...Nauzubillah!

Bagaimanakah cara untuk mengatasi putus asa?

Setiap kali timbul je rasa putus asa, tengok orang yang lagi susah dari korang. Korang akan terasa bersyukur dengan apa yang korang ada. InsyaAllah secara automatic hilang rasa putus asa tu.

Nick Vujicic - Pakar Motivasi

Tak malu ke korang nak putus asa sedangkan Nick Vujicic yang takde tangan dan kaki pun tak kenal erti putus asa? Tahu tak korang betapa positifnya fikiran Nick Vujicic walaupun dia sedar akan kekurangannya? Orang takde tangan dan kaki macam Nick Vujicic pun boleh berjaya dalam kehidupan dia siap dah kahwin ada anak lagi. Oleh kerana korang rasa malu untuk terus berputus asa lepas mengetahui ketabahan Nick Vujicic maka hilanglah sikap putus asa korang.

Bila dah hilang rasa putus asa, barulah datang semangat nak teruskan perniagaan. Bila dah bersemangat korang berada dalam keadaan positif, ini bermakna lebih mudah untuk korang lihat kejayaan orang lain dari pandangan positif. Inilah masanya untuk buat marketing plan baru bagi meningkatkan lagi prestasi business korang. Aku recommend korang baca pasal Flanking Marketing untuk mengatasi pesaing atau sekurang-kurangnya dapat bertahan dalam dunia perniagaan.

Aku bagi contoh kalau korang berniaga tepi jalan untuk jangka masa pendek sahaja sementara tak mampu nak buka restaurant sendiri, korang buatlah yang terbaik seolah-olah macam nak berniaga tepi jalan lagi 1000 tahun. Sediakan makanan yang sedap, perkhidmatan yang baik sebagai persediaan nak buka restoran sendiri. Tarik perhatian customer dengan harga makanan yang berpatutan. Jangan kedekut sebab takut rugi dan jangan berlebih-lebihan sampai takde untung pulak, biar bersederhana.

Jangan putus asa, agi idup agi ngelaban, Ganbatte, aja aja fighting!

Reference

2 comments:

  1. betul tu jangan cepat nak putus asa, tambah lagi kalau berbisnes ni tiada istilah putus asa..tak dapat kita cuba lagi dan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mak jemah sama pendapat dengan saya pasal jangan putus asa terutama dalam bisnes.

      Delete