Tuesday, March 10, 2015

Bahang GST Semakin Terasa

Good & Services Tax atau lebih dikenali sebagai GST bakal dilaksanakan tak lama lagi. GST adalah cukai yang akan dikenakan pada semua product/service kecuali product/service yang telah disebut untuk dikecualikan. Tidak kira sama ada rakyat menyokong atau membantah pelaksanaan GST, kerajaan tetap nak laksanakan GST pada 1 April 2015.

Good & Services Tax
Tahu tak kenapa aku makin terasa bahang GST sekarang ni?



Komik 1 page GST
Semalam masa aku nak beli plastik kat kedai Linkme LM Trading kat Smart, ada satu orang India berborak dengan Tauke Cina. Aku nak share sikit apa yang aku dapat tangkap dari perbualan dorang..

India  : Dengan Supplier ada bayar GST tak?
Tauke : Ada.
India  : Dengan customer ada mintak GST?
Tauke : Takdela..naik harga barang sikit.
India  : Oohh..

Dalam dialog dorang, tauke tu kata tak minta GST dari customer tapi harga barang terpaksa dinaikkan sedikit. Aku tak nampak macamana pelaksanaan GST boleh kurangkan harga barang. Tengok iklan kat TV kata GST ni bagus untuk ekonomi negara dan tidak membebankan rakyat. Itu baru kedai plastik belum lagi kedai handphone, kedai TV dan kedai-kedai yang lain.

Macamana pulak dengan korang? Adakah korang sokong pelaksanaan GST?

Rujukan pasal GST
Gst tidak menyusahkan
Tax The Rich More Before Introducing Gst
Bantah gst untuk topup
Gst tidak adil
GST membebankan rakyat

4 comments:

  1. betul la tu., insuran kenderaan ngn kfc awal2 lg da naik., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sangat dorang dah bersedia dengan gst ni..

      Delete
  2. GST ni bagus sebenarnya, asalkan kerajaan tahu belanjakan duit cara yang betul. Bukannya menghabiskan duit rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu en.Helmi Aliarit pasal kerajaan jangan habiskan duit rakyat tapi kalau tengok realiti di Malaysia ni orang ramai tak menyokong pelaksanaan GST sebenarnya.

      Delete