Tuesday, April 28, 2015

Budi bahasa budaya kita

Budi bahasa memainkan peranan penting dalam hidup kita. Tak kira dengan siapa pun kita bercakap biar ada budi bahasa.

Budi bahasa melambangkan peribadi seseorang
Kenapa budi bahasa itu penting?

Kalau kita cakap kasar dengan orang lain, jangan salahkan orang lain pandang negatif kat kita. Jangan salahkan orang berkasar pada kita sekiranya kita yang bertindak kasar dengan dia dulu. Bak kata pepatah 'Kerana mulut badan binasa'.

Dalam perniagaan contohnya, ada customer India pemandu teksi tanya aku "timun takde ke?" Aku jawab "Sorry, takde." Bukan aku tak nak bagi dia timun tapi memang takde masa tu. Customer India tu pun OK takde masalah pun dengan aku.

Sebabnya masa nak bersiap sebelum bertolak pergi berniaga, timun dalam tupperware terjatuh masa nak bawak masuk dalam van. Habis terabur timun atas tanah. Masa tu dah terlambat, nak cepat punya pasal terpaksalah pergi berniaga nasi lemak takde timun.

Timun tu jatuh bukan salah aku. Bukan aku yang minta timun tu jatuh berterabur atas tanah. Aku tak sengaja jatuhkan timun dalam tupperware tu tapi aku mesti minta maaf atau katakan 'sorry' kalau ada customer tanya pasal timun.

Sekecil-kecil kesalahan yang tak disengajakan pun kita perlu minta maaf. Bukannya pecah cermin kereta customer india tu kalau takde timun. Itu pun aku dah serba salah sampai keluar perkataan 'sorry' depan customer india tu.

Inikan pula kalau pecahkan cermin kenderaan orang lain. Lagilah nak kena minta maaf walaupun tak sengaja. Selain bayar ganti rugi sepenuhnya, mesti minta maaf pada pemilik kenderaan. Jangan jadi macam sorang wakil dari SWM ni...

Tidak kira sama ada peniaga atau bukan peniaga, sentiasalah berbudi bahasa. Budi bahasa kan budaya kita? Kalau takde budi bahasa bermakna dia bukan manusia. Siapa makan cili dia terasa pedas.

2 comments: