Tuesday, April 14, 2015

Permudahkan orang lain

Fikirkan cara untuk permudahkan orang lain. Setiap orang ada masalah, setiap masalah ada penyelesaiannya. Ada macam-macam cara boleh buat untuk tolong selesaikan masalah orang.

Jual kuih kusoi untuk penggemar kuih kusoi
Di antaranya ialah jual sarapan..
Waktu pagi orang kelam kabut nak pergi kerja tak sempat nak buat sarapan. Suami isteri bekerja demi mencari sesuap rezeki untuk keluarga terutama anak-anak yang masih kecik tak tahu apa itu bebanan GST yang menyebabkan kebanyakan harga barang naik. Takde masa nak masak jadi terpaksalah beli sarapan kat tepi jalan je.

Bukan semua orang pandai masak, kita tak boleh harap setiap rakyat Malaysia mesti masak sendiri. Jadi penyelesaian untuk orang yang tak tahu masak, takde masa masak sendiri atau apa-apa sahaja penyebab yang halang dorang masak sendiri ialah beli makanan dari tepi jalan, bakery shop, warung, restoren dsb.

Selain makanan ada juga perniagaan lain yang orang selalu perlukan contohnya pakaian. Takkan kita nak suruh semua rakyat Malaysia jahit pakaian sendiri sebab harga pakaian dah kena GST dan semakin mahal. Bukan semua orang tahu buat pakaian sendiri jadi perkhidmatan terima tempahan atau jual pakaian diperlukan oleh dorang.

Sebelum fikir nak untung, fikirkan dulu perniagaan atau perkhidmatan yang boleh membantu selesaikan masalah orang lain. Lagi banyak dapat tolong orang bermakna lagi banyak kita boleh dapat untung. Aku bagi contoh lain pulak OK?

Sebagai contoh masalah smartphone cepat habis bateri jadi powerbank adalah cara alternatif untuk caj bateri masa dalam perjalanan jauh balik kampung, masa blackout, masa tunggu nak buat IC, masa tunggu nak buat passport dll. Selesaikan masalah dorang dengan menjual powerbank murah dan berkualiti. Lagi banyak tolong selesaikan masalah dorang lagi banyak dapat hasil keuntungan.

Jangan takut persaingan, jangan takut rugi dan paling utama jangan takut nak mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Perniagaan besar bermula dari perniagaan kecik. Semoga berjaya!

10 comments:

  1. formula untuk berjaya..cari masalah orang dan tawarkan penyelesaian kepada mereka..

    ReplyDelete
  2. Bagus betul perkongsian ni. Tak pernah terfikir pun...sindiran pasal GST pun tajam dalam entri ni, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat, GST memang membebankan rakyat Malaysia.

      Delete
  3. masalah pelanggan jadikan perniagaan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesaikan masalah pelanggan jadikan keuntungan :)

      Delete
  4. terbaikk.. amalkan sikap customer always right..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal customer always right tu kena baca entry kat sini.. kerjasendirijb.blogspot.com/2015/03/the-customer-is-always-right.html

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.