Thursday, April 30, 2015

Resepi apam pisang gebu

Resepi apam pisang dari orang rumah aku. Bahan-bahan dengan cara buat apam pisang ni mudah je.

Kuih apam pisang
Tanpa buang masa, mari baca dan praktikkan cara buat apam pisang.

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 biji telur  kerjasendirijb.blogspot.com
1 cawan minyak masak
7 - 8 biji pisang boyan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
  1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam satu bekas, gaul rata dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas lain, gula dan telur dipukul hingga kembang.
  3. Masukkan 1 cawan minyak masak ke dalam adunan telur yang dipukul tadi serta kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek, gaul rata.
  5. Masukkan satu bekas tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang telah digaul rata tadi ke dalam adunan yang bercampur pisang, gaul rata hingga sebati.
  6. Panaskan air kukusan. kerjasendirijb
  7. Sapukan minyak ke dalam acuan kecil, kemudian isi adunan ke dalam acuan tersebut.
  8. Setelah air kukusan mendidih, kukus adunan selama 10 minit kemudian lap penutup pengukus kemudian teruskan kukus selama 10 minit...siap 20 minit* kukus!
Selamat mencuba!


*Jika menggunakan loyang besar, tempoh kukusan ialah 40 minit.

4 comments:

  1. Replies
    1. lagi best kalau dapat buat sendiri

      Delete
    2. Dh try...tpi saya derhaka...tambah 2 biji telor n ovelete

      Delete
    3. Mana ada derhaka..

      Makin lembut dan kembanglah apam pisang tu. Ya ke?

      Delete