Thursday, April 30, 2015

Resepi kuih kusoi yang mudah

Resepi kuih kusoi atau kaswi ni orang rumah aku belajar dari nenek aku. Macam biasa lepas orang rumah aku tahu cara buat, dia edit sikit resepi ni. Aku cuma tukang kongsi je resepi kuih kusoi/kaswi kat blog ni.

kuih kusoi kegemaran ramai
Jom buat kuih kusoi.. senang je!
Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1½ cawan gula pasir
3 sudu makan tepung ubi
Sedikit air kapur kerjasendirijb
Pewarna coklat
Air secukupnya
Kelapa parut* (gaul rata dengan sedikit garam halus)

Cara-caranya
  1. Masukkan tepung gandum, gula dan tepung ubi ke dalam satu bekas kemudian digaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan digaul sebati.
  3. Masukkan air kapur sedikit dan pewarna coklat serta digaul rata.
  4. Jika adunan masih pekat, tambah air lagi sedikit dan pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. kerjasendirijb.blogspot.com
  5. Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
  6. Sementara tunggu air kukusan mendidih, sapukan minyak ke dalam acuan.
  7. Bila pengukus dah mendidih dan keluar asap barulah kacau adunan kemudian tuang ke dalam acuan**.
  8. Kukus selama 30 minit dan lap penutup pengukus setiap 10 minit.
  9. Bila dah siap, biarkan sejuk sikit baru keluarkan kuih kusoi dari acuan untuk dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan kelapa sebelum makan.
Selamat mencuba!

* Jika ingin kelapa parut tahan lama, gaul kelapa dengan sedikit garam halus dan kukus selama 20 minit.
** Untuk mengelakkan adunan mendap dalam acuan.

2 comments: