Friday, June 5, 2015

10 Minuman Pilihan Pelanggan Bazar

Entri lepas aku dah buat topik 10 Makanan Pilihan Pelanggan Bazar, kali ni aku nak kongsi 10 jenis air pilihan pelanggan di bazaar pulak.

Kopi O panas
Kalau nak tahu 10 jenis air yang aku maksudkan, jom check it out!
Senarai 10 minuman pilihan pelanggan bazaar berdasarkan pemerhatian aku di bazar Jalan Pinang, Taman Daya. Kita mulakan dari tempat yang kesepuluh..

10. Bandung
Air bandung credit to wikipedia

Air bandung yang sedap ada rasa manis, lemak dan berkrim. Walaupun aku tengok kat bazar ni ada orang jual air bandung cincau tapi aku lebih suka air bandung original tak payah susah-susah nak keluar modal lebih campur cincau ataupun aiskrim soda. Pekena roti john cheese daging dengan bandung memang pehhhh!

9. Asam boi
Air asam boi credit to flickr

Air asam boi pun banyak permintaan di bazar. Bukan semua peniaga dapat buat air asam boi mantap. Tahun lepas aku jumpa satu tempat je sedap jual air asam boi sampaikan orang rumah aku kata beli kat dia je kalau air asam boi. Aku tak tahulah nama penjualnya tapi orang yang jual air ni pernah tegur orang rumah aku kat surau Aeon Big masa nak solat Maghrib.

8. Teh bunga
Air Teh Bunga credit to flickr

Kalau peniaga ada inisiatif tapis bunga masa tuang air kan bagus bagi pelanggan yang tak makan bunga. Bukan apa aku sendiri nampak dan dengar pelanggan nak air teh bunga tapi tak nak bunga. Aku sendiri suka air teh bunga tapi aku tak makan bunga tu. Kalau korang risau nak beli air sebab bimbang air tak masak, korang beli je air teh bunga sebab cara nak buatnya memang air terpaksa dimasak. Kalau tak masak air memang tak menjadilah teh bunga. Tak macam air-air yang lain tak masak pun boleh main bancuh macam tu je guna air paip.

7. Soya
Air Soya credit to photobucket

Air soya tak kira jual kat pasar malam ke pasar tani ke bazar ramadhan ke memang ada permintaan tinggi. Aku tak berapa suka minum air soya tapi aku perhatikan ramai orang beli air soya kat bazar so aku masukkanlah air soya sebagai minuman terbaik di bazar. Kalau air tahu panas atau taufufa aku suka. Air soya pun di antara air yang terpaksa dimasak kalau nak buat so jangan risau air tak masak kalau beli air soya.

6. Cendol
Air Cendol credit to jayelleenelial

Aku perhatikan ramai betul mencari air cendol walaupun harganya mahal. Aku faham modal nak buat air cendol pun bukan rendah. Tak boleh buat cincai kalau nak jaga kualiti air cendol. Aku suka beli air cendol madu dari sorang akak ni. Sejak dua tahun lepas aku tak perasan pun orang lain jual cendol madu macam dia tapi manalah tahu aku terlepas pandang.

5. Mata kucing
Air Mata Kucing credit to MyEnglishClub

Aku suka kucing dan aku suka air mata kucing. Orang lain pun macam tu jugak sebab tu siapa jual air mata kucing insyaAllah cepat habis. Tak ramai peniaga jual air mata kucing kat bazar tempat aku berniaga sebab nak buat air mata kucing ni terpaksa masak airnya. Maklumlah peniaga kalau boleh nak bancuh guna air paip macam tu je. Sesiapa ada prinsip takkan minum air tak masak, bolehlah beli air mata kucing sebab nak bancuh air ni memang kena masak airnya.

4. Tebu
Air Tebu credit to flickr

Dah advance orang jual air tebu sekarang siap isi dalam botol. Harga tahun lepas RM2.50 satu botol saiz 500ml. Tak tahulah harga sekarang berapa. Aku perhatikan dari dua tahun lepas memang ramai mencari air tebu ni. Aku suka air tebu yang tak campur air batu sebab lebih baik untuk kesihatan.

3. Jambu
Air Jambu credit to mfadhlan

Tak ramai yang jual air jambu siap asamnya sekali kat bazar tempat aku berniaga sejak 2 tahun lepas. Kebetulan sebelah kanan aku 2 tahun lepas ada peniaga jual air jambu. Aku perhatikan air jambu dia memang laris setiap hari orang ramai nak beli. Kadang-kadang sampai tak cukup tangan dia nak layan customer.

2. Katira
Air Katira credit to sislin76

Kalau nak tahu inilah air yang aku susah nak jumpa selain bulan Ramadhan. Aku bukan maksudkan air katira murah tapi air katira yang mahal. Bahan-bahan nak buat pun bermodal tinggi. Satu bungkus RM4.00! Itu pun ramai orang beli, dengan aku-aku sekali ikut beli macam dorang jugak. Kalau aku tengah low budget aku beli air katira murah je lah. Tahun ni dan tahun berikutnya tak tahulah berapa lak harga air katira sebungkus.

1. Kelapa

Buah kelapa

Aku pernah terkena air kelapa RM1.00 tapi tak sedap, rasa pandan kuat. Bila aku beli air kelapa sebungkus RM1.50 baru OK sikit adalah rasa kelapa. Bukan semua peniaga jual air kelapa sedap sebab tu kalau para pelanggan dapat target peniaga jual air kelapa sedap memang setiap hari kena "serbu". Harga jangan mahal sangat atau murah sangat, biar berpatutan. Ada sorang peniaga kata orang tak pernah berniaga pun tiba-tiba nak jual air kelapa kat bazar Ramadhan jugak sebab masyuukkk. Mana tak melambung harga kelapa masa bulan Ramadhan kalau permintaan tinggi.

Senarai 10 minuman pilihan pelanggan bazar dalam entri ni adalah berdasarkan pemerhatian aku di bazar Jalan Pinang, Taman Daya, Johor Bahru. Kalau tempat lain mungkin berbeza air pilihan dorang. Aku harap senarai 10 minuman pilihan pelanggan bazar dalam entri ni serba sedikit membantu korang untuk dapatkan idea berniaga di bazar Ramadhan kat tempat korang.

Semoga sukses menjadikan kerja sendiri sebagai kerjaya yang berjaya!

4 comments:

  1. sebiji kelapa tanpa campuran, skrg pon tepi jalan dah rm3. tp x pe lah,, sian diorg jua tepi jalan tgh panas. yang campur air kalo mahai gtu, mmg nak kene.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM3 sebiji pun dah mahal tu tapi kat sabah dah ada orang jual kelapa sebiji RM5.00 kat tepi jalan.

      Delete
  2. Kelapa skrg mmg mahal.kt tpt sy supplier letak dh rm2-rm3 sebijik..ish ish ish..xkn peniaga nk jual harga modal plak..xde untung la..info ni sy dpt dr peniaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permintaan tinggi sebab tu mahal. Tahun yang mendatang mungkin naik lagi agaknya.

      Delete