Monday, June 8, 2015

Pengalaman berniaga di bazar

Pengalaman pertama berniaga di bazaar ni betul-betul jadi pengajaran buat aku. Dari sinilah bermulanya titik permulaan aku semakin bersemangat nak berniaga.

Pernah kena tanya macam ni?
Nak tahu bazaar pertama aku berniaga kat mana?
Bazaar pertama aku ialah di Kampung Melayu. First time meniaga air dengan adik aku. Sewa sebulan RM250. Jual air sirap limau dengan air bandung soda. Punyalah takde pengalaman masa ni. Dapat tapak dekat hujung plak tu sedangkan orang datang bazaar selalu pergi dekat tengah.

Paling hujung selang 2,3 tapak ada orang berniaga ayam panggang dalam tempayan. Berdepan dengan dia ada orang jual ayam golek. Sama-sama hujung berdepan jual ayam tapi orang lebih ramai cari ayam golek. Ayam golek sekor RM16 sedangkan ayam dalam tempayan RM17. Brader jual ayam dalam tempayan ada bagitau member dia kat Melaka sehari dapat jual 80 ekor ayam dalam tempayan. Last-last dia cuma dapat bertahan 3,4 hari je. Peniaga ayam golek? Terus bertahan...

Aku dengan adik aku pulak dapat tempat hampir hujung. Adik aku siap cakap lagi bazaar Kampung Melayu pernah masuk TV3. Kira terkenallah bazaar kat sini sebab dah masuk TV3 tapi hakikatnya orang taklah ramai mana pun datang membeli kat sini. Kitorang dapat tahan seminggu je sebab setiap hari asyik keluar modal beli bahan-bahan buat air tapi hasil jualan tak berapa nak jalan.

Itu kisah 2011, tahun 2012 pun aku tak serik meniaga kat bazaar tapi bukan kat Kampung Melayu lagilah. Aku try pulak meniaga kat bazaar S'mart. Aku nak jual popia dengan keropok lekor kat sini.

Sewa RM300 sebab itu je lah tapak paling murah, kalau nak tapak siap ada bumbung kena RM700 ke RM900 tak ingatlah tapi nak dekat seribu! Sewa aku bayar RM300, deposit kena RM300 siap dengan duit MBJB RM50 kalau tak silap. Sekali bayar dekat RM700 jugak kalau nak berniaga kat sini.

Aku berniaga sorang-sorang je kat bazaar Smart sebab dalam keluarga aku, akulah yang paling berani ceburkan diri dalam bidang perniagaan tapi dipandang sepi oleh keluarga aku sendiri. Takpelah aku tak nak cerita pasal family aku kat sini nanti buat hilang mood aku je.

Sambutan pada minggu pertama hambar je kat bazaar Smart ni. Bila tengok member sebelah jerit "Mari singgah, Mari singgah nasi berani!". Aku pun ikut jugak teriak "Mari singgah popia 3 RM1.00!". Masih tak berapa nak jalan jugak.

Aku try research kat sepanjang bazaar Smart ni. Sekali aku ternampak ada orang jual popia 4 gulung RM1.00. Walaupun harga makanan masing-masing jadi ikut suka hati masing-masinglah nak letak harga murah tahap mana sekalipun tapi pada aku ini dah kira sabotaj! Bila dah situasi menekan macam ni aku pun terpaksa jual popia goreng 4 biji RM1.00.

Barulah ada orang beli bila dah jual murah macam tu. Untung memang ciput je tapi puas hati tengok ada ramai orang beli. Rasa penat punggah tong gas, meja dan segala perkakas berniaga jadi kurang sikit bila dapat jual banyak. Hari Sabtu dengan Ahad paling ramai orang datang beli sampaikan dah habis popia pun masih ada yang nak beli lagi.

Pada tahun 2013 aku masuk bazaar Jalan Pinang, Taman Daya lak. Itupun Pakcik Noh yang bagitau bazaar Jalan Pinang OK. Anak dia Azli pun bagitau orang ramai kat bazaar Jalan Pinang. Aku pun trylah masuk.

Kali ni aku masih berniaga sorang-sorang. Aku jual dadih dengan jelly seaweed (rumpai laut). Aku letak 3 kotak gabus warna putih atas dua meja. Satu meja tak cukup nak letak 3 kotak tu. Lepas seminggu berniaga, aku tambah lagi satu kotak jual jelly kelapa. Dadih dengan jelly kelapa RM1.00, jelly seaweed RM1.50.

Jelly kelapa
Minggu pertama memang masyuk. Dadih dengan jelly kelapa ada banyak permintaan. Bila dah masuk minggu kedua bulan puasa orang macam kurang membeli pulak. Lagi beberapa hari nak raya tiba-tiba masyuk balik sebab dah banyak peniaga-peniaga cuti. Pilihan kurang jadi pengunjung bazaar pun beli je lah apa yang ada untuk berbuka. Biasalah lagi seminggu banyak peniaga cuti nak beli baju raya anak-anak, nak rehat awal, balik kampung dll.

Pada tahun 2014, aku teruskan legasi jual dadih di Bazaar Jalan Pinang, Taman Daya. Kali ni aku dah tak seorang diri hahaha! Aku berniaga dengan orang rumah aku. Kitorang jual nasi tomato, dadih dengan kuih-muih.

Sambutan terhadap dadih dengan kuih memang memuaskan. Nasi tomato tak berapa nak jalan. Macam biasa aku kalau ada apa-apa yang tak kena, aku buat research. Rasa nasi tomato orang rumah aku buat memang OK takde masalah. Ada 3 pilihan lauk lagi; ayam masak merah, daging masak kurma dengan kari kambing kadang-kadang tukar lauk kari daging dengan kambing masak kurma.

Apa yang buat tak ramai orang beli nasi tomato? Aku ternampak ada pakcik misai tebal jual nasi tomato RM4.00! Patutlah orang tak berapa nak beli nasi tomato dengan aku. Aku pun jual nasi tomato ayam RM4.00 bila dah pukul 6.30 ke atas. Masa ni barulah orang berkerumun nak beli nasi tomato ayam. Sebelum jam 6.30 pm, aku jual harga standard je nasi tomato ni. Mahal bahan-bahan buat nasi tomato ni kalau nak bagi rasa betul-betul sedap sebab tu terpaksa jual RM5.00 sebungkus.

Sekarang dah tahun 2015 dan tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma lagi. Aku plan nak teruskan legacy dadih tahun ni. Kuih-muih pun ada jugaklah buat tambah-tambah. Orang rumah aku cadang nak buat bun atau roti untuk menambah-nambah lagi. Aku on je tak kisahlah nak tambah bun ke, roti ke, donut coklat ke asalkan ada permintaan di bazar.

Korang plak macamana? Berniaga kat bazaar tahun ni?

6 comments:

  1. pengalamanlah guru paling berharga kan...tahniah2 ada keberanian berniaga ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu pengalaman sangat berharga dan lebih berharga kalau ditambah keberanian

      Delete
  2. Salam. Nak tanya la.
    Kalau buat jeli/dadih byk2 kan.. mesti xmuat peti nk simpan semua. Huhu.
    Boleh x kalau lepas dah simpan semalaman & jeli daduh sume dah keras, kita kluarkan dr peti?
    Sbb nk buat next batch punya dadih/ jeli.

    Pastu time jual, utk bagi dia sejok... letak ais je la dlm icebox ye?

    Tq sbb sudi kongsi ilmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingt nk jual jelly time sukan skolah kt tnpt kerja husband. Xpernah buat byk2 cmtu. Tu yg gementaq sket tu :D

      Delete
    2. Salam. boleh je buat macam tu. Contohnya dah buat jelly kelapa/dadih waktu malam, esok pagi terus bawa untuk berniaga dalam kotak gabus warna putih. Memang standard peniaga jelly kelapa atau dadih buat macam tu.

      Delete
    3. xyz, kalau bole dapatkan info budak2 kat sekolah tu suka jelly kelapa ke tidak lebih baik sekurang-kurangnya dah dapat tahu kehendak pelanggan.

      Yang penting jangan ada fikiran negatif sebelum berniaga. InsyaAllah laris manis jelly kelapa puan xyz. Semoga berjaya!

      Delete