Saturday, June 6, 2015

Perniagaan Steamboat

Hari Khamis lepas aku dengan orang rumah keluar nak cari ubat tahan sakit gigi. Lepas kumur-kumur air suam campur garam pun rasa macam berdenyut-denyut je gigi aku ni. Keluar nak cari pharmacy banyak yang dah tutup. Last-last cari kat kedai runcit je beli ubat tahan sakit. Beli 2 bungkus baru RM2.00

Restoran 3 abdul
Dah settle cari ubat, jalan-jalan sikit kat Jalan Nibong cari tempat makan malam.

Ternampak Restoran 3 abdul dari jauh, aku ajaklah orang rumah aku try je makan kat situ. Bila datang dekat-dekat baru perasan ada perkataan "Steamboat & Grill". Orang rumah aku pernah makan style Steamboat ni, akulah first time.

Aku perhatikan setiap meja ada gas siap ada dapur tempat memasak. Aku tengok customer masak sendirilah seafood yang masih mentah sebelum dorang makan. Kat meja kaunter pulak aku ternampak tulisan "Pembaziran 100gm denda RM10." Wah, siap ada denda-denda pulak restoran ni.

Ada sorang akak tegur aku nak pilih meja mana, aku jawab je la meja luar. Dia tanya lagi nak kuah sup ke kuah tomyam, aku jawab nak tomyam. Dia tanya lagi nak yang pedas ke biasa je, orang rumah aku pulak jawab nak pedas. Akak tu siap bagitau masa makan nanti boleh tukar kuah sup kalau nak.

Bila akak tu beredar mungkin nak sediakan kuah untuk kitorang, aku pun ambil pinggan nak pilih juadah yang tersedia. Aku macam segan-segan je nak amik lebih-lebih masa ni. Kang amik lebih-lebih kena caj lebih pulak. Orang rumah aku kata kalau makan kat tempat steamboat boleh amik je berapa banyak, cuma nak tahu satu kepala dia caj berapa.

Orang rumah aku tanya sorang akak yang mula-mula tegur kitorang tadi berapa harga satu kepala makan kat sini. Akak tu jawab 1 orang dewasa RM20, kalau OKU dengan warga emas RM10, kanak-kanak RM6. Akak tu bagi contoh kalau datang satu group berlima (orang dewasa), orang yang kelima dapat diskaun separuh harga maknanya 4 orang dicaj RM20x4=RM80 tapi orang kelima dicaj RM10 jadi RM80 tambah RM10 jumlahnya RM90.

Bila dengar sorang RM20 boleh makan banyak mana ikut suka, aku pun amiklah banyak-banyak bebola ikan/udang/sotong yang aku nampak. Cendawan pun aku ada amik jugak buat penuhkan lagi pinggan. Lepas habis amik makanan, aku dengan orang rumah aku pilih meja kat luar. Kitorang letak dulu makanan yang kitorang dah pilih sebab nak pergi amik lagi makanan yang lain lak. Masa ni ada sorang pekerja tolong pasangkan dapur dan hidupkan api untuk kitorang.

Macam tak cukup je sepinggan macam ni kan?

Orang rumah aku duduk kat meja, aku lak pergi amik lagi pinggan. Kali ni aku nak amik nasi goreng dengan bihun sikit buat alas perut sementara nak tunggu masak segala seafood yang aku dan orang rumah aku amik tadi. Aku perhatikan air ada 4 atau 5 jenis. Aku amik air limau satu dengan air anggur satu. Lepas aku settle, orang rumah aku lak bangun pergi amik lagi makanan lain.

Sementara tunggu orang rumah, aku makan dulu nasi goreng dengan bihun. OK not bad. Nasi goreng dia memang rasa nasi goreng and bihun goreng pun rasa bihun goreng.


Sekali orang rumah aku bawak 2 pinggan penuh makananlah. Aku tengok dua-dua pinggan ada ayam, daging, bakso, cendawan dll. Tanpa buang masa kitorang pun masukkanlah bahan-bahan tersebut ke dalam mangkuk kuah yang tengah panas menggelegak atas meja kitorang. Kat tepi mangkuk berkuah tu ada plate balut dengan kertas foil, kitorang letak ayam dengan daging untuk dipanggang.

InsyaAllah lain kali kalau aku terasa nak makan banyak-banyak aku bawak orang rumah aku datang lagi ke Restoran 3 abdul. Orang rumah aku ada bagitau yang dia nak bawak family dia dari Sabah datang makan kat sini. Harga steamboat kat sini lagi murah dari harga di Sabah katanya. Harga ikan, udang dan macam-macam seafood kat Sabah lagi murah dari Johor sepatutnya harga caj steamboat kat Sabah lebih murah dari Johor tapi terbalik pulak.

Kalau makan kat restoran bukan style macam steamboat memang berkira-kiralah nak tengok harga menu dorang. Aku pernah makan berdua dengan orang rumah aku kat Mama Chop Papa Grill dekat RM60, dekat Kenny Rogers lak dekat RM70 termasuk cukai bagai. 

Pengalaman pertama aku makan steamboat memang puas hatilah. RM40 untuk dua orang makan puas-puas siap makan abc dengan aiskrim lagi sebagai desert. Air dah bergelas-gelas aku minum. Kira murahlah RM40 boleh makan bertambah-tambah banyak kali.

Aku rasa perniagaan steamboat ni boleh pergi lagi jauh. Mungkin lebih banyak persaingan pada masa akan datang. Biasalah mentaliti orang kita, tengok bisnes ni bagus terus bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan contohnya pisang goreng cheese bila dah makin terkenal kat Sabah habis bersepah-sepah kat Semenanjung Malaysia orang berniaga tepi jalan jual pisang goreng cheese jugak. Entah-entah dengan aku-aku terikut jual pisang goreng cheese tepi jalan!

Kepada peniaga-peniaga Islam steamboat di Malaysia, semoga terus berjaya dalam perniagaan steamboat!

No comments:

Post a Comment