Monday, October 12, 2015

Affiliate vs Dropship

Apa itu affiliate? Apa itu dropship? Mudah-mudahan korang fahamlah maksud kedua-duanya menurut pemahaman aku.

Affiliate maknanya perkenalkan customer untuk dapatkan produk/servis dari pihak tertentu dengan komisen/keuntungan yang dah ditetapkan.

Dropship pulak maknanya jadi wakil jual produk/servis untuk dapatkan keuntungan yang ditetapkan oleh diri sendiri.

Antara buat bisnes secara affiliate dan dropship, mana satu lebih menguntungkan?



Affiliate
Korang perlu gunakan link khas untuk 'hantar' orang pergi ke website sebuah syarikat. Kalau dia sekadar tengok sahaja memang takde komisenlah tapi kalau dia jadi customer barulah dapat komisen.
Korang lebih kepada memperkenalkan sahaja dengan harapan orang yang korang 'hantar' melalui link affiliate korang jadi customer pihak yang tertentu.

Kelebihan Affiliate
Korang tak perlu risau proses pembayaran dan penghantaran. Tak payah risau pasal customer service sebab pihak yang menjual yang bertanggungjawab sepenuhnya. Perkenalkan customer untuk dorang dan terima komisen bagi setiap jualan.

Kelemahan Affiliate
Lepas dapat jual, korang terus dapat duit on the spot? Mana-mana syarikat yang buat affiliate dengan korang biasanya ada tempoh tertentu sebelum bagi komisen. Mungkin setiap bulan atau dah capai target RM100 dan seumpamanya.

Kalau customer yang sama nak beli lagi sekali atau nak memperkenalkan produk/servis yang dia pernah beli melalui link affiliate korang, berkemungkinan BESAR dia takkan cari link affiliate korang lagi. Terpaksalah korang cari lagi customer baru sebab susah dapatkan repeat customer kalau guna affiliate link.

Contoh display link affiliate ashadee

Contoh display link affiliate lazada

Sesetengah orang pulak sebelum klik link tertentu dia akan rollover dulu link tu nak tengok ada tak display affiliate link. Kalau ada, berkemungkinan dorang takkan klik sebab terasa macam diambil kesempatan plak suruh beli produk/servis tertentu. Silap-silap pembaca tu taip je perkataan lazada atau ashadee dekat google untuk tengok produk/servis tu secara direct.

Dropship
Tak macam affiliate marketing, korang perlu buat web/blog sebelum nak jual produk/servis dari pihak tertentu. Korang jadi wakil syarikat atau pihak tertentu untuk memperkenalkan dan menjual produk/servis tu seolah-olah korang yang punya.

Kelebihan Dropship
Kalau affiliate marketing, komisennya dah ditetapkan awal-awal oleh company. Keuntungan hasil dropship pulak berdasarkan apa yang korang tetapkan.

Contohnya harga tudung dari syarikat A RM20 termasuk penghantaran, korang letaklah harga jual RM35 dekat blog korang. Kalau nak untung lebih letak RM50 tapi kalau nak lebih cepat terjual letak je harga RM30. Nak buat kelainan pun boleh contohnya letak harga RM40 siap ada free gift atau dapat diskaun kalau beli lagi banyak.

Andaikata customer puas hati dengan produk atau servis dropship korang, berkemungkinan besar dia akan jadi repeat customer korang. Dalam bisnes dropship, korang tak perlu affiliate link tapi web/blog korang sendiri menjadi rujukan customer berulang. Kalau customer tu nak ajak kenalan dorang beli produk/servis yang sama, dia akan rujuk web/blog korang juga. Inilah kelebihan dropship berbanding affiliate.

Dari segi bayaran pula biasanya on the spot. Terima bayaran dari customer dulu kemudian baru purchase dari company dropship korang. Dari segi penghantaran pun dibuat sepenuhnya oleh company dropship. Senang kan?

Kelemahan Dropship
Masalah Penghantaran
Timbul masalah bila customer sendiri minta CoD (Cash on Delivery). Sebagai agen dropship, biasanya barang yang nak dijual takde dekat korang jadi mustahil korang boleh buat CoD. Masalah ni timbul andaikata korang dan serious customer tinggal berdekatan dalam satu daerah. Contohnya agen dropship dengan customer sama-sama orang JB sedangkan produk dari KL. Customer pula nak CoD sebab lagi senang katanya. Hah macam mana?

Masalah Kualiti
Tak dapat jawab berkenaan produk tertentu sebab diri sendiri tak pernah guna. Agen dropship sendiri pun tak tahu sejauh mana keberkesanan produk yang hendak dijual. Kalau boleh nak pinjam sekejap produk tertentu dari company dropship tapi masalahnya jauh. Bayangkan agen dropship di Kedah tapi produk di Selangor kan susah tu.

Takkan masa mula-mula nak buat bisnes korang terpaksa beli semua jenis produk dari company dropship untuk test kualiti produk satu demi satu. Korang bukannya pekerja bahagian Quality Control dorang. Takkan korang nak minta company dropship hantar produk tu kat tempat korang terlebih dulu untuk korang sendiri check sebelum korang sendiri hantar dekat customer? Kalau customer dekat dengan rumah takpelah tapi kalau yang jauh?

Masalah Penipuan
"Lepas bayar nanti confirm ke barang tu sampai?"
"Mana tahu lepas bayar barang tak sampai sebab saya pernah terkena."
"Macam mana saya nak tahu ini bukan scam?"
"Bayar separuh dulu boleh?"

Disebabkan segelintir peniaga online yang buat palat habis peniaga online yang jujur lagi amanah terpalat sekali. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan customer yang pernah ditipu.

Masalah Perkhidmatan Pelanggan
Andaikata pihak dropship korang bermasalah, korang pun turut ikut bermasalah. Barang lambat sampai, takde tracking number untuk follow up, barang dihantar tak ikut permintaan pelanggan dan lebih teruk kalau company dropship lepas tangan je. Korang sendiri terpaksa jadi customer service percuma untuk syarikat dropship so memang korang yang kena dulu kalau timbul masalah pada produk/servis.

OK cukuplah setakat ini pasal Affiliate VS Dropship. Semoga korang nampaklah apa yang aku nak sampaikan. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kalau korang sendiri ada masalah atau penyelesaian pasal kelemahan affiliate dan dropship, sila tinggalkan komen untuk dikongsikan bersama.

4 comments:

  1. Masalah lain bagi dropship juga apabila anda terpaksa berhubung dengan banyak supplier tetapi hanya cas sekali sahaja penghantaran daripada customer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesianlah dekat agen dropship kalu mcm tu..

      Delete
  2. Kalau jadi agen dropship di syarikat besar, banyak jugak ke masalah? contohnya bookcafe.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bookcafe.com tu macam affiliate amazon je. Mungkin anda maksudkn bookcafe.com.my. Saya tak dpt jawab melainkn artikel ini ditunjukkn pada pihak dorang untk dptkn jawapn.

      Delete