Tuesday, October 13, 2015

Cuci kuali guna penyapu atau mop?

Kecoh seluruh Malaysia pasal video kedai makan mamak yang dah jadi viral. Ada yang kata pekerja mamak tu guna penyapu lantai buat cuci kuali. Ada pulak yang kata guna mop.

Pekerja bersihkan kuali guna penyapu atau mop?
Apa kata korang tengok video ni dulu..



Sibuk betullah orang yang lalu lalang kat depan tu. Aku nampak macam penyapu tapi kat video tu title dia 'Guna mop untuk cuci kuali'. Korang nampak penyapu atau mop?

Aku terjumpa video ni kat youtube tapi tak tahulah kedai makan mana satu. Kalau baca komen kat youtube tu ada orang kata kedai mamak. Kedai mamak mana satu pun aku tak tahu.

Kalau pergi kedai makan melayu, aku pernah ternampak orang cuci kuali guna penyapu lidi. Pendek je penyapu lidi yang dorang gunakan, memang khas untuk cuci kuali bukan untuk sapu lantai. Yang dekat video tu bukan main panjang lagi batang penyapu yang dia gunakan. Penyapu ke mop tu?

Kebersihan tu penting. Kadang-kadang alat yang digunakan tu boleh buat timbul fitnah. Pelanggan tak bersalah kalau terasa geli tengok orang cuci kuali guna penyapu macam tu.

"Mengada-ngada, jakun macam orang kampung masuk bandar!"

Kalau macam tu baik guna pencuci tandas terus buat cuci kuali! Prepare pencuci tandas khas untuk bersihkan kuali sahaja. Pada pendapat aku tetap tak boleh sebab boleh timbulkan fitnah.

Fahaman orang awam, penyapu atau mop digunakan untuk cuci lantai. Mana-mana orang tak kira orang bandar ke orang kampung kalau ternampak orang guna penyapu atau mop cuci kuali memang terasa jijik. Ini bukan soal jakun atau mengada-ngada sebab memang penyapu atau mop biasa orang guna buat cuci lantai.

Kalau nak cuci kuali besar tu gunalah penyapu pendek khas untuk kuali sahaja. Andaikata orang ternampak sekalipun takdelah rasa pelik sangat. Ini guna penyapu batang bukan main panjang lagi memanglah orang rasa jijik! Macam tak ambil berat je peniaga jenis macam tu.

Ada pendapat tersendiri dalam hal ni? Mungkin korang ada tips yang lebih baik dalam mensetelkan masalah macam ni? Kongsikanlah pendapat korang tu.

2 comments:

  1. Sebab tuela saya tak berapa sangat nak makan kat luar. Tak tahu tahap kebersihannye macam mana. Saya prefer masak kat rumah jea..Dapat jimat duit pulak tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu, masak sendiri kat rumah lagi puas hati. lebih jimat dan lebih bersih..

      Delete