Saturday, October 10, 2015

Pelanggan aiskrim Turki dipermainkan

Pernah dengar cerita pasal penjual aiskrim Turki? Aku cadangkan lebih baik jangan beli dari dorang kecuali korang rela dipermainkan.

Penjual aiskrim permainkan pelanggannya
Macam mana cara penjual aiskrim Turki permainkan pelanggan dorang?


Orang-orang Turki memanglah dah biasa dengan prank dorang. Pelancong dari barat pun boleh tergelak-gelak bila dipermain-mainkan masa beli aiskrim dengan dorang. Masa first time tengok kat youtube pasal penjual aiskrim Turki, aku fikir dorang tak boleh jual macam tu kat Malaysia. Boleh jadi gaduh besar....

Rupa-rupanya penjual aiskrim Turki dah ada kat Malaysia. Pengalaman dorang berniaga aiskrim dengan mempermain-mainkan pelanggan di Turki menular di Malaysia. Kena main pun masih ada orang yang nak beli aiskrim dengan dorang ni. Kalau tak percaya, cuba korang tengok sendiri video ni..




Memanglah kelakar tengok penjual aiskrim Turki kenakan pelanggan dorang tapi aku tak sanggup dipermainkan macam tu. Lebih baik aku cari penjual aiskrim yang lain. Kalau diri lama-lama kat situ boleh terbalik kon-kon aiskrim dorang yang tersusun tu.

Mujurlah yang membeli tu sanggup dipermainkan...Aku? No way! Korang? I don't know.

Korang pernah terkena macam dalam video tu? Apa pendapat korang? Best?

12 comments:

  1. ni yg macam dalam citer istanbul aku datang... hakhak

    ReplyDelete
  2. Asalam KS..baru terjah blog ini..KS pernah drop komen ke laman pinggiran Etuza..hahahhaa isk!!! Etuza pernah kena main macam ini KS tapi time Etuza di Osaka tara di osaka!!! ada pula ya di Malaysia..terbaik KS..kelakar ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Etuza, thanks sudi singgah kembali ke blog saya yang tak berapa sangat ni.

      Kalau dah pernah terkena masa dekat Osaka ada rasa nak beli lagi tak dengan dorang kat KL? hehe..

      Delete
  3. terhibur seketika..kongsikan lagi apa2 yg unik menmarik buat kita senyum gelak..best lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau ada peluang saya kongsi pasal benda lain lak.

      Delete
  4. Penjual eskkrim bermotosikal dari warga asing kini memonopoli perniagaan ini dinegara kita......apakata anda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang bagi dorang masuk negara kita? :)

      Delete
  5. Bro, biasala tuh skill diaorang nak show off. Kalau di Turki tak semua buat macam tu, kadang kadang dengan budak budak je.

    Tapi aiskrim Turki memang sedap pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat dengan budak-budak je takpelah.. Anyway show off dorang boleh jadi hiburan dan bole jadi annoying pada sesetengah orang.

      Kalau buat aiskrim guna susu kambing memang sedap tu.

      Delete
  6. memang trademark diorang kot..ciktom gi restoran turki time ke korea thn lpeas pun sama..suka main2 before bagi aiskrim..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnya sampai ke Korea beli aiskrim Turki? Sekarang kat Malaysia pun dah ada peniaga aiskrim Turki. Tak nak beli ke? hehe

      Delete