Saturday, October 24, 2015

Rahsia Tarikh Lahir Bukan Panduan Kejayaan

Benda ni dah lama berlaku dekat aku. Walaupun dah lama tapi aku terasa nak kongsi juga dalam topik kali ni.

Jangan percaya rahsia tarikh lahir.

Kisah ni ada kaitan sikit dengan topik 'Kenapa MLM Teruk?'



Benda ni terjadi masa aku pergi meeting M6 dekat Tampoi Indah. Buat kali ke berapa ntah aku tak ingat tapi masa ni tarikh lahir aku cuba ditafsirkan oleh Goh. Aku awal-awal dah pasang niat memang tak akan percaya dan akan mempertikaikannya selepas ditilik.

rahsia tarikh lahir
Contoh formula rahsia tarikh lahir

Lepas Goh buat formula tarikh lahir atas whiteboard, dia pun jelaskan hasil tafsirannya. Goh kata aku ni cepat marah, tamak, kuat agama dan pandai bercakap. Aku punya rasa pelik macam mana lepas tengok nombor-nombor tu terus confident je cakap kat aku macam tu.

Lepas dia bagitau hasil tilikan dia tu aku curious nak tahu dari mana dia tahu cara ni. Aku sendiri tanya Goh formula ni asal dari mana? Dia kata dari Egypt. Entah ya entah tidak dari Egypt aku tak nak tanya lebih-lebih sebab aku tahu orang kafir memang mudah percaya dengan benda-benda karut macam ni. 

Kaedah menentukan perangai atau peribadi seseorang berdasarkan tarikh lahir betul-betul mengarut. Aku cepat marah? Aku tamak? Aku kuat agama? Aku pandai bercakap? Personaliti manusia boleh dinilai berdasarkan tarikh lahir? Timbul banyak pertikaian tu.

Cepat marah? Semua orang ada sifat cepat marah. Kena tengok punca yang menyebabkan seseorang tu cepat marah. Ada orang tak marah diri dia dikutuk tapi cepat marah bila emak dia dikutuk. Ada pula orang tak kisah duit dia hilang tapi cepat marah bila orang jentik telinga anak dia. Ada orang tak marah pasangan dia kurang cerdik tapi cepat marah bila pasangannya curang. Ada macam-macam faktorlah orang jadi cepat marah. Semua orang yang tak sama tarikh lahir dengan aku pun ada sifat cepat marah bergantung pada situasi atau perkara tertentu.

Aku tamak? Tak pasal-pasal formula tarikh lahir ni buat fitnah pulak. Pandai-pandai je kata aku tamak. Orang tamak bukan tengok pada tarikh lahir tapi tengok pada peribadi seseorang tu. Dia kedekut ke atau bakhil ke... Itu baru tamak! Bukan tengok pada tarikh lahir orang tu!

Kuat agama? Haish! Kuatnya agama seseorang tu bukan dinilai pada tarikh lahir. Berapa ramai orang bukan Islam yang sama tarikh lahir dengan aku? Kalau ada orang sama tarikh lahir dengan aku keluar Islam macam mana pula? Itu belum tengok berapa ramai orang-orang alim yang tarikh lahirnya tak sama dengan tarikh lahir aku.

Pandai bercakap? Semua orang pandai bercakap kecuali orang tak boleh bercakap. Setiap orang ada kelebihan untuk bercakap dalam bidang tertentu. Broker tanah dengan hartanahnya, Engineer dengan bidang juruteranya, Doktor gigi dengan pergigiannya, Ahmad Maslan dengan statement bodohnya dan macam-macam jenis orang dalam macam-macam kategori lagi. Benda ni perkara umum bukan spesifik pada orang yang sama tarikh lahir macam aku je baru pandai bercakap. Budak umur 3 tahun pun pandai bercakap walaupun pelat!

Terus terang rahsia tarikh lahir ni memang mengarut. Itu baru pertikaian pasal peribadi aku. Belum lagi perkara dahsyat yang berlaku depan mata aku. Orang bodoh je yang percaya rahsia tarikh lahir ni.

Aku pernah ternampak masa nak balik dari meeting M6, ada satu orang lelaki melayu datang. Umur dia dalam lingkungan hujung 40 atau awal 50 tahun. Dia minta Goh tafsir tarikh lahir dia dengan tarikh lahir sorang perempuan yang dia berminat nak kahwin.

Apa kata Goh? Tak serasi sebab hasil penafsiran berdasarkan tarikh lahir orang tua tu dengan tarikh lahir perempuan yang dia minat menunjukkan ada masalah. Memang gilalah! Orang melayu datang minta tilikan dari orang cina. Orang beriman takkan buat kerja gila macam ni.

Aku sendiri pernah mempertikaikan formula rahsia tarikh lahir ni. Adalah satu orang makcik ni yang aku tengok beria-ia percaya dengan rahsia tarikh lahir. Aku bagilah satu tarikh kononnya tarikh lahir Bruce Lee. Hasil tilikannya menunjukkan Bruce Lee seorang yang lembut. Hoh! Aku tahan gelak masa ni.

Seboleh-boleh makcik ni spin kata Bruce Lee mungkin berlembut dengan isteri dia. Dari situ dah boleh dipertikaikan sebab tak kira tarikh lahir apa pun, suami yang baik memanglah berlembut dengan isteri dia. Lepas tu aku bagitahulah tarikh lahir tu salah sebab tarikh lahir Bruce Lee yang sebenarnya bukan macam tu.

Makcik tu terus membuat tilikan dengan tarikh lahir sebenar Bruce Lee bahawa dia seorang yang berpengaruh. Memanglah Bruce Lee berpengaruh sebab selalu keluar TV waacaaa sana waacaaa sini. Cuba tengok artis-artis lain yang berpengaruh selepas Bruce Lee. Contohnya Jet Lee, Jackie Chan dan Donnie Yen. Dorang pun berpengaruh juga dan ada berjuta-juta peminat dari seluruh dunia tapi sama tarikh lahir dengan Bruce Lee ke? Timbul lagi pertikaian.

Itu kisah aku tanya sendiri orang yang agak berumur. Macam mana pula dengan orang muda yang umur dia bawah 25 tahun? Aku jelaskan pada satu orang muda ni jangan percaya dengan rahsia tarikh lahir ni sebab mengarut dan boleh bawa kepada syirik. Nak tahu apa budak ni kata?

Dia kata kalau hasilnya tepat dengan diri dia, dia akan percaya. Aku cakaplah tetap tak betul walaupun sama sebab ramal seseorang melalui tarikh lahir ni syirik. Aku bagi analogi mudah contohnya kalau kita campak syiling kalau kepala hujan tapi kalau ekor maknanya cerah esok. Lepas campak syiling dapat kepala, tiba-tiba esok betul-betul hujan turun. Walaupun betul tapi tetap syirik.

Nak tahu apa pemuda ni cakap dekat aku? Analogi aku tak boleh disamakan dengan orang yang buat kajian rahsia tarikh lahir. Campak duit syiling bukan kajian tapi orang yang buat formula tarikh lahir dah bertahun-tahun buat kajian. Sakit hati aku dengar hujah dia yang bijak bagaikan Ahmad Maslan walaupun masa ni Ahmad Maslan tidak sepopular sekarang.

Last-last aku cakap syirik tetap syirik tak kira sama ada campak syiling atau buat kajian untuk menentukan masa depan atau potensi seseorang. Potensi seseorang tak boleh dinilai melalui tarikh lahir. Dia siap kata dekat aku kalau ikut rahsia tarikh lahir tu sama dengan diri dia, dia akan percaya. Kalau korang berdepan dengan orang macam ni, apa korang buat?
 
Pemuda yang aku tanya ni sekarang dah lebih 25 tahun dah masa aku buat entri ni. Takpelah doakan je la semoga hati dia terbuka untuk menerima kebenaran dan terhindar dari segala kebodohan.

Tak kira tua atau muda, banyak yang percaya dengan kekarutan rahsia tarikh lahir. Mengarut belaka! Kalau nak tahu potensi seseorang tu, kita tanyalah dia apa yang dia minat. Apa yang dia boleh buat. Tanya orang-orang yang terdekat dengan dia, macam mana perangai dia masa dekat rumah dan luar rumah. Bukannya membodohkan diri pergi nilai seseorang tu melalui tarikh lahir.

Kalau korang pernah meyakini kebenaran rahsia tarikh lahir ni, masih belum terlambat untuk bertaubat. Andaikata entri aku kali ni agak kasar tapi ingatlah siksaan untuk orang yang syirik jauh lebih dahsyat dari kata-kata kasar aku dalam entri ni. Individu-individu berkenaan yang tidak disebutkan namanya kalau dah terbaca entri ni, sila terasa dan bertaubat sekarang jugak. Kepada orang yang percaya rahsia tarikh lahir ni mengarut nak mampus, I respect you!

Bukan aku seorang je blogger yang tak percaya dengan rahsia tarikh lahir. Di alam maya ni pun ada jugak blogger yang sependapat dengan aku siap dengan hujah yang lebih baik dari aku. Trylah baca link dari sumber yang aku share. Semoga bermanfaat.

Sumber

Rahsia tarikh lahir ramalan yang merosakkan akidah
Rahsia personaliti dari tarikh lahir perosak akidah
Meramalkan masa depan anak
Soal Jawab Agama

4 comments:

  1. rahsia tarikh lagi ni suka sangat baca time belajar dulu, suka-suka je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg dulu suka2 last2 percaya..Perkara dulu tu biarla berlalu asalkan jangan percaya lagi.

      Delete
  2. Terima kasih Tuan atas perkongsian. ;)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete