Thursday, September 29, 2016

Resepi kek batik coklat

Senang je nak buat kek batik ni. Orang rumah aku tau resepi ni masa dia anak dara lagi. Biasalah orang perempuan dulu kan suka belek2 majalah tengok resepi. Nama majalah tu dia tak ingat sebab dah lama sangat. Orang perempuan sekarang belek2 smartphone, phablet atau tablet je baca resepi.

Kek batik dalam loyang.

Ok tanpa buang masa, inilah dia bahan-bahan dan cara-cara membuat kek batik coklat.

Sunday, September 25, 2016

Pengalaman berniaga tepi jalan part 2

Sepanjang aku jual popia pagi-pagi, ada jugak customer yang tanya benda yang aku tak jual. Ada yang tanya kalau aku ada jual popia sambal, bihun, karipap etc. Aku cuma tau buat popia goreng inti udang, sardin dengan daging je sebagai pilihan.

Bakul bersaiz inilah buat letak popia
Aku mula terfikir berniaga petang mungkin lebih baik. Kalau nak berniaga waktu pagi, biasanya orang mencari nasi lemak.

Wednesday, September 14, 2016

Pengalaman berniaga tepi jalan

Sebelum aku berniaga tepi jalan, aku kerja makan gaji je. Aku pernah jadi security guard lepas tu jadi graphic designer. Sebelum jadi security guard, aku buat kerja part time jadi computer tutor kat sekolah rendah. Sebelum jadi tutor, aku pernah buat direct selling.

Sebenarnya aku nak terus cerita pasal first time berniaga tepi jalan. Bila aku fikir balik mungkin ada baiknya aku kongsi sikit pasal kerja makan gaji. Sikit je pastu aku kembali ikut tajuk entri ni.