Wednesday, September 14, 2016

Pengalaman berniaga tepi jalan

Sebelum aku berniaga tepi jalan, aku kerja makan gaji je. Aku pernah jadi security guard lepas tu jadi graphic designer. Sebelum jadi security guard, aku buat kerja part time jadi computer tutor kat sekolah rendah. Sebelum jadi tutor, aku pernah buat direct selling.

Sebenarnya aku nak terus cerita pasal first time berniaga tepi jalan. Bila aku fikir balik mungkin ada baiknya aku kongsi sikit pasal kerja makan gaji. Sikit je pastu aku kembali ikut tajuk entri ni.


Direct selling yang aku maksudkan bukannya MLM. Senang cerita aku jadi salesman tapi bos aku masa tu cakap direct selling sebab kita jual produk secara direct pada customer. Aku diajar oleh bos dan kawan-kawan yang dah lama dalam bidang ni. Produk RM10 je tapi bukan senang nak jual.. Anyway pengalaman yang aku dapat tu amat berharga.

Okay back to topic. Aku first time nak berniaga tepi jalan punyalah berdebar. Sebulan sebelum berniaga tu aku fikir betul2 apa ke benda yang aku nak jual nanti. Timbul idea nak jual popia goreng sebab aku tengok kat internet senang je nak buat.

Dah ada idea nak jual popia tapi timbul pulak rasa tak yakin. Aku kuatkan semangat aku. Caranya aku ingatkan balik pengalaman masa buat direct selling. Aku ingatkan diri aku yang memang tak boleh kerja bawah orang lain. Tiba-tiba muncul semula semangat untuk berniaga!

Bila dah bersemangat, aku beli persiapan untuk berniaga tepi jalan. Aku beli payung bulat besar masa tu baru lapan puluh lebih je. Meja lak aku guna yang aku pernah beli dulu masa nak berniaga bazaar. Pengalaman aku berniaga bazar insya Allah aku cerita lain kali.

Aku siap beli topi nak buat tutup muka sikit masa nak berniaga nanti. Rasa segan timbul pulak sedangkan masa buat direct selling bole pulak bersemuka dengan orang tak kenal..apa2 je lah. Asalkan berniaga cari rezeki halal.

First time aku jual popia kat tepi jalan Kampung Melayu Pandan. Kat jalan imam, orang sini nak pegi Taman Molek biasa ikut jalan ni ada u-turn kat depan. Siapa duduk sini atau pernah lalu sini bole bayangkanlah jalannya macam mana.

Masa ni aku berniaga sebelah makcik kelantan jual nasi lemak. Aku jual popia siap da goreng kat rumah. Bawa bakul kecik je masa berniaga tu. Aku bawa popia dalam 15 gulung je sebab masih tak yakin bole jual banyak. Kerusi, aku selamba je amik makcik sebelah punya sebab aku tengok dia ada kerusi lebih.

Aku dapat hasil dalam RM6 je. Start meniaga 6.30 sampai kul 8. Harga popia segulung 50 sen. Ada dua pilihan inti daging dengan inti sardin. Ada baki tu kira makan sendiri je la.

Sebelum balik tu, makcik kelantan tu siap tegur aku kalau nak berniaga sini kena mintak izin. Dialog lebih kurang macam ni..

Makcik : nak berniaga sini kena minta izin tau.
Aku : nak minta izin dengan siapa?
Makcik : pemajulah.
Aku : ya ke?
Makcik : ya..

Aku tak banyak bunyi. Aku pulangkan balik kerusi makcik tu lepas tu aku blah. Dalam kepala otak aku mula tercari-cari kat mana lagi tempat yang OK untuk jual popia. Aku drive sambil berfikir sampailah kat jalan bertam, taman daya.

Aku ternampak kat sebelah kedai buah, ada makcik jual sarapan. Aku parking tepi, terus pergi kat gerai makcik tu. Lepas aku beli nasi lemak telur sebungkus, aku tanya direct kat dia.

Aku : makcik berniaga sini ada minta izin dengan sesiapa?

Makcik : takdelah..risau jugak kalau kena tahan.

Aku : sebenarnya saya nak tumpang meniaga popia sebelah sini, boleh ke?

Makcik : boleh.

Alhamdulillah, aku dah dapat tempat berniaga baru. Balik rumah pun rasa seronok je.

Kawasan Jalan Bertam

Dipendekkan cerita esok pagi aku datang berniaga kat jalan bertam. Hari pertama berniaga sini OK. Hari yang seterusnya pun OK. Aku dapat jual 10-15 gulung popia setiap hari. Waktu aku berniaga tak konsisten jap sampai kul 8, jap pukul 9 lebih...tak menentu. Kejap rajin, kejap malas.

Beberapa bulan lepas tu, aku buat keputusan nak berniaga petang di tempat yang sama.

Bersambung di bahagian kedua.

No comments:

Post a Comment