Thursday, September 29, 2016

Resepi kek batik coklat

Senang je nak buat kek batik ni. Orang rumah aku tau resepi ni masa dia anak dara lagi. Biasalah orang perempuan dulu kan suka belek2 majalah tengok resepi. Nama majalah tu dia tak ingat sebab dah lama sangat. Orang perempuan sekarang belek2 smartphone, phablet atau tablet je baca resepi.

Kek batik dalam loyang.

Ok tanpa buang masa, inilah dia bahan-bahan dan cara-cara membuat kek batik coklat.


Bahan-bahannya

1 buku butter
1 bungkus biskut marie
1 tin susu pekat*
2 biji telur
4 sudu besar serbuk koko
Sedikit air panas untuk larutkan serbuk koko.

Cara-caranya

  1. Panaskan kuali atau periuk.
  2. Masukkan butter, susu pekat dan telur lalu dikacau dengan perlahan (pastikan api kecik).
  3. Bancuh serbuk koko dengan air panas dalam cawan atau mangkuk bagi mengelakkan ia bergentel.
  4. Tuang bancuhan koko dalam periuk atau kuali tadi dan kacau sebati.
  5. Sementara menunggu adunan menjadi likat, patahkan semua biskut marie dalam satu loyang. Sebaik-baiknya patah dua je setiap biskut tu.
  6. Bila adunan menjadi likat, masukkan biskut marie yg sudah dipatahkn dan gaul rata sehingga biskut2 tersebut menjadi lembut.
  7. Tuang adunan tersebut ke dalam loyang dan tekan rata.
  8. Tunggu adunan tu sejuk sikit/suhu bilik sebelum dimasukkn ke dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam.
  9. Kek batik siap.

Kek batik coklat setelah dipotong.


*kurangkan susu pekat kalau nak kurangkan manis.

No comments:

Post a Comment