Saturday, November 26, 2016

Gula pasir semakin mahal?

Masa harga gula naik jadi RM2.84 pun dah terasa mahal sangat. Ini kan pula nak naik lagi. Awal bulan November harga minyak masak naik.

Gula pasir mahal
Harga gula pasir mungkin nak naik lagi awal bulan Disember tahun ni. Nak naik berapa? Dari mana tahu?





Kalau ikutkan dari whatsapp group yang aku terima, harga gula naik jadi RM3.35 sekilo. Nak anggap berita palsu pun susah jugak. Dulu aku dapat tahu harga minyak masak naik pun dari group whatsapp.

Sama ada perkara ni betul atau tidak, lebih baik kita bersiap sedia. Bazaar Ramadhan tahun ni pun susah nak jumpa air sebungkus RM1. Kalau ada pun, rasa tawar atau masam. Aku pernah terkena itu sebab aku tahu. Terpaksalah beli air yang RM1.50.

Tahun depan punya air? Mungkin paling murah RM2 pulak? Sebahagian peniaga air memang amik kesempatan. Harga gula RM2.50 naik jadi RM2.84 terus harga air pun naik antara 30 sen hingga 50 sen. Takkan tambah sekilo gula bagi setiap bungkus air? Itu kisah tahun lepas..

Tahun depan macam mana pulak? Kalau info harga gula naik yang viral baru-baru ni cuma khabar angin, Alhamdulillah. Kalau viral ni terbukti benar? Kos sara hidup semakin tinggi. Itu je...

Semoga Allah bagi kekuatan pada orang-orang beriman di Malaysia untuk terus berdepan masalah demi masalah tanpa henti.

2 comments:

  1. sekrang smua bnda dah mahal.. kitalah kena bijak mrancang..
    tapi dlau mrncang2 pun still x ckup :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tuan, rancang punya rancang pun harga barang tetap naik.

      Delete