Friday, November 25, 2016

Minyak masak dimahalkan

Dah dekat sebulan rakyat Malaysia dibebankan dengan harga minyak masak yang melampau. Bagi orang kaya, takdelah terasa sangat. Kalau orang biasa-biasa je? Terasa bebannya. Tu belum lagi orang miskin, lagi dahsyat bebanannya.

Minyak masak 5 kg bernilai RM21
Peniaga kecik macam aku memang terasalah beban harga minyak masak mahal. Adakah kita mesti terima je keadaan macam ni?




Nak tak nak terpaksalah terima. Kita sebagai rakyat, berjimatlah semaksimum yang boleh. Malaysia negara pengeluar minyak sawit tapi minyak masak mahal...

Aku tak menyokong kenaikan harga minyak masak tapi apa boleh buat? Sesiapa yang jual makanan bergoreng terpaksalah naikkan sikit harga atau kurangkan kuantiti makanan. Apa lagi penyelesaian yang ada?

Kalau sebelum ni suka makan ayam goreng, berubahlah makan ayam rebus pulak. Telur goreng? Telur rebuslah..Kita fikirkan menu makanan yang kurang guna minyak masak atau tak guna minyak masak langsung.

Sekali lagi aku tegaskan yang aku tak suka harga minyak masak naik. Bayangkan dulu minyak masak 5kg RM13.35 tapi sekarang ada yang RM20.55, RM20.95..Harga meningkat RM7. Kalau ada tempat jual minyak masak 5kg bawah RM20 dah kira murah untuk zaman sekarang.

Minyak masak dalam plastik aku tak nak pakai. Dikhuatiri minyak recycle. Mana tahu orang buat goreng benda haram pastu direcycle.. Kalau korang tak was-was silakan pakai minyak masak dalam plastik bersubsidi berharga RM2.50 sekilo.

Cari penyelesaian di sebalik kesusahan. In shaa Allah dipemudahkan.

No comments:

Post a Comment