Tuesday, December 13, 2016

Pengalaman berniaga secara consignment 2

Bila hasil sikit, aku usaha lebih. Aku cuba tanya tauke kantin sekolah pulak. Apa benda yang aku nak letak kat kantin sekolah?

Buah kelapa sebagai hiasan
Jelly kelapa! Aku nak letak jelly kelapa je.


Kantin pertama terima jelly kelapa aku ialah Sekolah Agama Dato Sulaiman Menteri. Mula-mula OK hasilnya. Setiap hari hantar 20 cawan, kadang-kadang habis semua atau ada baki lagi 5 ke 6 cawan je. Sampaikan isteri tauke kantin order 30 cawan jelly kelapa untuk dia jual sendiri kat tempat lain.

Bersusun jelly kelapa
Pernah sekali aku hantar jelly kelapa dekat jam 8 pagi. Hasilnya? Dapat jual 3 cawan je. Kantin macam tutup je aku tengok. Tiba-tiba ada dua orang budak perempuan amik jelly kelapa dari kotak gabus kat kantin. Aku sendiri nampak sebelum nak balik.

Aku : "Eh, belum bayar lagi."
Murid : "Dah bayar kat cikgu."
Aku : "Kelas kat mana?"
Murid : "Kat sana.."

Aku terus ikut dua orang budak tu jumpa ustazah. Dalam hati aku ada rasa pelik sikit. Aik? Satu kelas je buka? Lepas setel ambil duit dari ustazah tu aku baliklah. Sebelum aku nak bawa balik semua jelly kelapa, datang sorang budak laki pulak nak beli secawan jelly kelapa.

Esoknya jumpa tauke kantin, aku tanya dia kenapa semalam kantin tutup. Dia kata terpaksa tutup kantin bila dapat tahu banyak budak-budak sekolah ikut aktiviti sukan kat sekolah kebangsaan. Sabar je la.

Lama-lama hasil jual makin kurang kat kantin pertama aku letak jelly kelapa ni. Tauke tu ada cakap kadang-kadang keras isinya, kadang-kadang terlebih manis. Jadi aku hantar seminggu sekali je la. Akhirnya terpaksa stop hantar.

Kantin kedua, sekolah agama kat Jalan Garuda, Larkin. Macam biasa, bukan semua kantin sekolah terima jelly kelapa aku. Diringkaskan cerita lepas aku diizinkan untuk letak jelly kelapa oleh tauke kantin, aku terus letak 40 cawan jelly kelapa memandangkan sekolah agama ni nampak besar.

Hari pertama betul-betul di luar jangkaan. Dapat jual 6 cawan je! Hari-hari berikutnya aku letak 10 cawan je. Dan seterusnya seminggu dua kali je. Dan seterusnya lagi seminggu sekali je. Dan akhirnya aku terpaksa jugak stop hantar.

Kantin ketiga lak kat Sekolah Kebangsaan Taman Suria. Dekat dengan Giant Taman Suria. Hari pertama test letak 20 cawan je.

Hari pertama aku datang pukul 4 sekali aku tengok sekolah senyap daa.. Kantin cuma ada sorang je pekerja. Dia kata sekolah sini cuma satu sesi je. Oh, baru aku tau!

Tak sangka lak ada sekolah rendah satu sesi je kat JB ni. Bak kata pepatah "jauh berjalan, luas pemandangan". Sejak dari tu aku datang amik hasil dalam jam 1 lebih. Kalau hari Jumaat, pukul 12 tengah hari aku dah amik hasilnya. Masa ni Johor masih cuti hari Sabtu dengan Ahad.

Setiap hari aku amik hasil penuh walaupun kadang-kadang aku tengok masih 6 ke 7 cawan belum terjual. Siap ada sorang pakcik yang keje kat kantin order 10 cawan jelly kelapa. Baik betul tauke kantin ni. Walaupun dorang kat kantin ada tegur kadang-kadang isi jelly kelapa keras..hehe.

Maksimum setiap hari 20 cawan je. Aku tak sampai hati nak amik kesempatan letak 30... Aku tak ingat nama tauke dia tapi aku doakan dia dan pekerja-pekerjanya semua sentiasa diberkati Allah.

Masa ni hasil dari kedai-kedai runcit makin berkurang. Hasilnya setakat RM40 ke RM50 je. Aku mula rasa tak berbaloi. Takkan setiap hari amik RM14 je dari kantin. Tu belum tolak modal lagi.

Apa langkah aku seterusnya?

Bersambung di Pengalaman berniaga di pasar.

Updated 3 Julai 2017, lepas kahwin dah tak berniaga secara consignment atau berniaga di pasar malam lagi. Berniaga sarapan tepi jalan je.

2 comments:

  1. cerita sangat menarik...lebih-lebih cerita tentang bisnes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara sudi baca cerita saya yang tak seberapa.

      Delete