Thursday, December 8, 2016

Pengalaman berniaga secara consignment

Kali ni aku nak kongsi pengalaman ciput aku berniaga secara consignment. Masa ni aku rasa tak nak berniaga tepi jalan lagi. Kalau boleh nak buat bisnes hantar-hantar je kat seberapa banyak kedai runcit.

Jual dadih biasa-biasa je
Macam biasa aku buat bisnes tanpa pembantu. Lone Rangerla katakan..


Aku plan nak hantar dadih je. Aku tak nak buat typical dadih so aku try buat lain dari yang lain. Dalam cawan yang sama, kuih lengkong di bawah dadih kat atas. Siap ada 5 biji nata de coco setiap cawan. Gambarnya takde sebab tak ingat nak amik masa tu.

Cara buat dadih special ni aku buat kuih lengkong atau lebih senang disebut jelly. Anggaran 20ml jelly bagi setiap cawan. Sebelum jelly tu mengeras, aku masukkan 5 biji nata de coco. Aku masukkan semua cawan dadih berisi jelly dengan nata de coco ke dalam peti sejuk bahagian chiller/freezer. Biar cepat keras kat dalam tu.

Sementara nak tunggu jelly keras, aku buat dadih pulak. Guna serbuk dadih segera je. Buat masa ni aku buat dadih rasa coklat, strawberry dengan jagung. Aku masak sikit-sikit asal cukup 20 cawan je.

Bila dah siap, ada yang dadihnya tercampur pulak dengan jelly kat bawah. Jadi tak cantik warnanya. Mungkin sebab cecair dadih tu terlalu panas masa aku tuang dalam cawan. Tak semua macam tu, ada jugak yang cantik. Kat bawah jelly color hijau dengan nata de coco, kat atas plak ada dadih.

Aku plan nak letak harga RM1, harga runcit RM1.20. Kedai runcit pertama, aku target kawasan kampung dulu. Ada satu kedai, tauke dia orang Minang kalau tak silap aku kat Kampung Melayu Pandan.

Aku bawa 13 biji cawan. Aku minta izin nak letak 12 cawan je yang lagi 1 cawan tu aku bagi tokey makan. Tokey tu OK tak banyak cerita terus bagi. Dia nak jual satu RM1.30, OK takde masalah bagi aku. Alhamdulillah sasaran kedai pertama setel.

Tak sampai sebulan berniaga dadih special secara consignment, hasil tak berapa jalan pulak. Tokey tu kata kalau harga RM1 lagi senang jual. Aku terpaksa ubah plan hantar dadih typical je. Takde jelly dan nata de coco lagi. Aku tolak harga 70 sen, tauke jual RM1.

Barulah OK sikit hasil dia. Barulah bersemangat sikit nak try kedai runcit kat tempat lain lak. Kampung Melayu, Taman Molek, Kampung Dato Bendahara, Kampung Sulaiman Menteri, Taman Daya, Plentong Utama dengan Kampung Majidee je yang terima dadih aku. Aku sebut nama tempat je la walaupun bukan semua kedai kat tempat yang aku bagitau tu terima dadih aku.

Kat tempat-tempat ni plak reject dadih aku. Aku pernah try nak letak dekat Taman Istimewa tapi dorang tak nak. Taman Sri Amar, Taman Sri Pandan, Kangkar, Tampoi dengan Kampung Setanggi pun tak nak.

Alasan tauke atau pekerja kedai tu tak nak di antaranya "ice box rosak", " takde tempat", "tak boleh jalan sebab dulu dah try". Orang kalau dah tak nak, kita tak boleh paksa.

Adalah satu kedai runcit ni, aku try tanya apek kat kedai tu. Dia pun try la tanya bini dia dalam bahasa cina. Aku tak nampak bini dia keluar jenguk kedai. Tiba-tiba terdengar bini dia cakap kuat-kuat dalam bahasa cina. Aku dapat agak ini mesti kena reject ni. Apek tu keluar jumpa aku cakap tak nak tanpa sebarang alasan. It's OK, aku dah biasa kena reject. Business tetap on kat tempat lain.

Aku dapat letak dadih sampai 14 buah kedai. Aku siap buat jelly kelapa lagi buat tambah hasil. Dalam beberapa bulan merasalah hasil jual purata 6 cawan setiap kedai. Setiap minggu dapat RM40 ke RM50 je. Tolak modal tinggal berapa sen je untung.

Bersambung di Pengalaman berniaga secara consignment part 2

No comments:

Post a Comment