Wednesday, January 11, 2017

Bekerja sebelum berniaga

Topik kali ini khas buat orang yang masih belum mulakan perniagaan sendiri. Mungkin sebab belum ada keyakinan nak berniaga. Boleh jadi belum cukup modal nak kerja sendiri. Masing-masing ada halangannya atas sebab-sebab tertentu.

Kerja sebelum berniaga

Adakah kerja sebelum berniaga lebih baik?

Pada pendapat saya jawapannya ya. Walaupun anak tauke company gergasi sekalipun. Mula-mula kerjalah tolong mak atau bapak sendiri. Nanti diorang dah tak dapat berniaga barulah ambil alih perniagaan dorang.

Kalau bekerja makan gaji, kita boleh belajar banyak perkara. Di antaranya kaji pasal bos kita. Kalau bos kita baik, kita jadikan ikutan. Kalau bos kita jahat, kita jadikan pengajaran. 

Tengok jugak cara member-member kita bekerja. Dengar rungutan atau sebarang luahan dorang. Gaji sikit? Bonus kurang? Kerja teruk? Kadang-kadang bos tempat kerja anda tak tahu apa masalah pekerja-pekerja sendiri.

Ada jugak pekerja yang memang malas bekerja. Tak habis-habis mengular. Pekerja macam ni yang kita tak nak dalam perniagaan kita. Anyway, try selidik kenapa dorang suka mengular? Just sebagai info tambahan sebelum kerja sendiri.

Try jugak kaji dari mana hasil income tempat kita bekerja. Ada sebarang penipuan atau teknik licik tak? Kalau ada, cepat-cepat berhenti kerja dan cari kerja lain yang lebih baik. Dalam berniaga tak boleh ada penipuan atau sebarang trick jahat untuk dapat untung lebih. Ini pun boleh jadi pengalaman berharga bagi anda kalau pernah bekerja di tempat-tempat yang tak boleh berpisah dari menipu.

Semua perkara baik dan buruk sepanjang kerja makan gaji adalah pengalaman. Segala perkara yang anda kaji sepanjang bekerja tu adalah pengetahuan. Pengalaman dan pengetahuan adalah combo yang super hebat!

Nanti dah berhenti kerja sebab berniaga sendiri insha Allah anda jadi bos yang baik. Anda tahu nak setelkan masalah pekerja, produk atau servis dan yang ada kaitan dengan bisnes anda. Gunakan dan tambah lagi pengalaman dan pengetahuan anda untuk mantapkan lagi perniagaan anda.

Walaupun anda dah baca idea-idea perniagaan dan idea-idea perkhidmatan tetapi masih tak dapat berniaga, saya cadangkan kerja makan gaji dulu. Sambil dapat pengalaman sambil dapat duit.

Apa pendapat anda?

4 comments:

  1. Baik kerja dengan orang dulu buat cari pengalaman.

    Perempuan beragama Islam, warga Malaysia dan 18 tahun ke atas diperlukan sebagai tukang masak di kantin sekolah. Tiada pengalaman kerja pun boleh mula kerja. Call Mazlan 012 7546063

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat pengalaman kerja kantin memang mantaplah. Macam-macam kerenah cikgu-cikgi dan budak-budak sekolah kita boleh tengok.

      Delete
  2. Aku selamba lepas diploma tak banyak ckp berniaga. Mcm mcm dugaan ada.. bukak kul 2ptg sampai 6 tp jual 6 bgkus je drpd 26.. mmg down kdg kdg. Tapi kita kena sabar . Meniaga ada turun naik. Bg aku lah tempat kena strategik. Takde tempat aku suggest meniaga depan sekolah atau masuk pasar malam.. sampai sekarang aku berniaga lg. Ada diploma tp berniaga tepi jalan.. << antara ayat yg member2 dengki selalu ckp.. bisnes ni kena sabar kena bijak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus, inilah peniaga tegar! Abaikan kata-kata negatif orang lain. Semoga saudara tabah untuk terus berniaga.

      Delete