Friday, January 20, 2017

Nasi lemak RM1.50

Sebelum ni memang saya jual nasi lemak RM2.00. Nasi lemak guna polisterin siap ada kacang dengan ikan bilis, ada hirisan timun, telur gred A atau AA sebiji dan finally sambal. Kalau tak percaya boleh baca sendiri kat sini.

Nasi lemak alas daun pisang.
Kenapa saya jual nasi lemak RM1.50?


Di antara sebabnya ramai orang nak nasi lemak RM1.50 dan terbiasa dengan harga macam tu. Ada jugak yang nak nasi lemak mesti ada daun pisang sekurang-kurangnya sepotong kecik buat alas nasi lemak. Kira daun pisang buat syarat jelah.

Bukan semua customer macam tu. Antara customer yang baik hati ialah anak-anak pakcik berniaga kelapa dengan goreng-goreng waktu petang. Saya gelar dia pakcik kelapa sebab tak tahu nama dia. Ada lagi sorang pakcik hantar-hantar kuih banyak tempat takde masalah beli nasi lemak RM2. Pelanggan-pelanggan lain yang suka beli nasi lemak RM2, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak selama ni menyokong perniagaan picisan saya.

Masa jual RM2 sebungkus ada jugak pelanggan yang ambil kesempatan nak nasi lemak sehengget je. Nak nasi lebih, kacang lebih, ikan bilis lebih, timun lebih, sambal lebih...semuanya lebih-lebih tapi tak nak telur... Semuanya satu hengget. Siap ada yang beli sampai 6 ke 7 bungkus nasi lemak kosong yang tak berapa nak kosong pada harga satu hengget sebungkus. Telur banyak-banyak bawa berniaga untuk apa?

Bila asyik terjual macam tu je, balik dari berniaga selalu makan telur yang tak terjual. Itu yang badan macam jadi sado pulak sebab asyik makan telur setiap hari. Walaupun bukan setiap hari terkena dengan customer macam tu tapi rasa kurang bestlah bila diambil kesempatan. Apa-apa hal anggap sedekah je la nanti makin bertambah rezeki saya.

Lepas setahun meniaga nasi lemak RM2. Saya tukar strategi jual nasi lemak RM1.50 siap bungkus guna kertas coklat dari rumah. Kalau nak tau rupanya boleh tengok gambar kat perenggan awal topik kali ni.

Mana-mana customer nak beli nasi lemak dah tak boleh mintak itu ini lebih-lebih. Nasi lemak semangkuk, kacang sikit, ikan bilis sikit, telur gred D separuh. Sambal dalam paket asing. Alhamdulillah, pengalaman kurang manis jual nasi lemak RM2 buat saya terfikir nak jual nasi lemak RM1.50 tapi margin untung lebih. Kebanyakan pelanggan saya pun OK takde masalah nak beli nasi lemak RM1.50 dengan saya.

No comments:

Post a Comment