Saturday, January 14, 2017

Sabar dalam berniaga

Orang berniaga kena banyak bersabar. Lagi besar perniagaan lagi besar cabarannya. Hilang sabar nanti merugikan perniagaan sendiri je.

Bersabarlah waktu bisnes kurang maju.
"Berapa lama nak sabar kalau asyik rugi je?"


Jangan muncul soalan macam tu di benak kepala. Nanti makin buat hilang sabar pulak nak teruskan perniagaan. Andaikata soalan tu masih timbul, cepat-cepat jawab "insha Allah bisnes makin baik" atau "orang sabar sentiasa menang" atau pun keluarkan sebarang ayat-ayat untuk naikkan semangat berniaga.

Sabar berniaga tak semestinya sanggup tunggu lebih lama untuk dapat untung lebih. Sanggup berusaha keras sediakan produk atau servis yang terbaik walaupun masa bisnes tengah down pun dikira sabar. Perah otak untuk kembangkan bisnes ikut perederan zaman pun dianggap sabar jugak. Segala usaha-usaha baik yang berterusan untuk perkasakan bisnes sendiri tu maknanya tinggi kesabaran dia.

Kalau hilang sabar, memang tak nak berusaha lebih dah. Malas nak fikir cara-cara nak mantapkan lagi bisnes. Malas tu sikap orang kurang sabar. Orang sabar selalu rajin.

Orang yang kurang sabar ni jangankan kerja sendiri, kerja makan gaji pun susah. Asyik nak mengular, nak balik awal, nak gaji lebih, nak bonus lebih, nak kerja senang... Takde kesabaran, nak buat apa pun bole timbul masalah.

Sentiasa sabar waktu susah dalam peniagaan. Sabar menerima teguran demi kebaikan bisnes. Sabar bila waktu tidur kurang sebab nak pastikan bisnes berjalan dengan lancar. Sabar menghadapi susah payah nak bangunkan bisnes. Banyakkan bersabar dalam segala kesukaran insha Allah pasti ada jalannya.

Setiap manusia ada tahap kesabarannya. Bila rasa macam dah nak hilang sabar, banyakkan berdoa. Doa itu usaha. Doa itu ikhtiar untuk dapatkan bantuan dari Allah. Berusahalah minta Allah tunjukkan perniagaan apa yang terbaik untuk anda. Orang yang banyak bersabar diberi nikmat tak terhingga.

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Replies
    1. Saudara dan sebahagian besar rakyat Malaysia memang idam kerja sendiri. Semoga sukses!

      Delete