Wednesday, July 5, 2017

Jual kucing comel

Haiwan apa yang kita boleh buat duit? Kalau jual lembu, kambing, ayam, burung puyuh dan haiwan-haiwan yang boleh disembelih dan halal dimakan tu memang boleh buat duitlah. Jual haiwan tak payah sembelih tapi halal dimakan pun boleh buat duit jugak. Contohnya ikan, udang, sotong dan yang sewaktu dengannya.

Anak kucing adik ipar sebagai hiasan
Apa kata jual anak kucing comel?
Kenapa ramai orang nak beli anak kucing comel? Sebab kucing comel-comel ni jarang kene buang macam tu je kat pasar. Biasanya kucing kategori macam ni kene kurung je kat rumah atau pet shop.

Lagi satu sebab, jangka hayat kucing pendek je. Kalau beli kucing dewasa nanti tak dapat nak bermanja lama-lama. Itu pasal anak kucing comel gebu gebas jadi pilihan. Kalau anak-anak kucing kampung yang biasa-biasa je, orang mintak je atau kutip kat tepi jalan..takdenya nak beli sampai RM500 sekor.

Mula-mula jual kucing tapi bila bisnes da kembang, bole jual makanan kucing lak. Jual pasir untuk kucing berak, sangkar kucing atau kotak untuk simpan kucing sementara nak bawak ke klinik haiwan atau saja bawa jalan-jalan. Sediakan servis mandikan kucing bagi orang yang malas jaga kebersihan kucing. Sediakan servis jaga kucing (hotel kucing) kalau tuannya balik kampung atau outstation.

Selain tu bole jugak bukak kedai makan khas untuk penggemar kucing. Orang datang makan sambil ditemani kucing-kucing comel. Dah ada orang buat tapi masih sikitlah so persaingan kurang buat masa ni.

Bisnes kucing ni boleh buat duit. Apa lagi cara untuk maksimakam lagi keuntungan bisnes kucing? Kalau ada idea, jom share sini.

2 comments: