Monday, July 3, 2017

Kerepek tak lapuk dek zaman

Kali ni nak cerita sikit pasal bisnes nombor 31 dari 86 idea perniagaan. Kerepek ni tak kira sebelum raya atau selepas raya, ada je orang mencari. Usahawan kerepek yang berjaya tahulah macamana bestnya hasil jual kerepek ni.

Gambar kerepek dari Cikgu Shamsudin
Senang ke nak jual kerepek?

Jawabnya senang kalau tahu caranya. Ada sesetengah student pernah buat kat kolej atau universiti. Jual bungkus kecik-kecik RM1 je. Ada jugak orang jual sebungkus RM4, 3 bungkus RM10. Ikut cara masing-masing nak lariskan kerepek.


Buat kerepek sendiri lagi untung tapi kena guna lebih tenaga kerjalah. Kalau nak senang beli borong je lah kerepek ni di Azhar Food kat Batu Pahat atau pun di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kadang-kadang yang bukan peniaga pun pandai jugak memborong untuk stok makan sendiri atau jamuan raya ke, open house ke, majlis kahwin ke dan lain-lain.

Azhar Food tu satu contoh pembekal kerepek di Johor. Sebenarnya ada lagi pembekal-pembekal kerepek lain di Malaysia. Itu belum lagi pembekal kerepek di kampung-kampung yang belum terkenal tapi tak boleh dipandang rendah. Pembekal kerepek besar-besaran pun bermula dari kecil-kecilan.

Sama ada jual kerepek hasil buat sendiri atau borong dari pembekal tak jadi masalah. Dua-duanya ada kelebihan. Apa yang penting? Kerepek dapat dijual selaris-larisnya.

No comments:

Post a Comment