Thursday, July 6, 2017

Minat vs untung

Mana satu lebih baik? Kalau dalam bahasa orang putih, passion vs profit. Passion tu semangat tapi saya rasa lebih sesuai letak minat. Sebab tu tajuk kali ni minat vs untung.

Maksud passion itu semangat
Mana satu lebih baik kalau nak bisnes?

Bisnes sebab minat atau untung? Memangla kene ada minat berniaga baru boleh berniaga. Maksud saya produk atau perkhidmatan yang anda sediakan tu berdasarkan minat atau untung?

Mungkin ada yang jawab berlapik. Contohnya "Saya jual produk ni sebab nak tolong orang, bukannya nak untung sangat."

Perkataan "untung" cukup negatif bagi orang tertentu tapi tetap nak untung  jugak. Kira orang macam ni berniaga sebab minat atau bersemangat nak tolong orang. Untung tu perkara kedua.

Saya berniaga sebab ramai yang mencari barang yang saya jual. Saya jual sarapan tepi jalan je. Tak minat pun masak tapi bila dapat untung timbul sedikit rasa minat. Maknanya saya ni kategori berniaga berdasarkan untung. Minat tu perkara kedua.

Perkara penting dalam bisnes ialah kita dapat jual atau sediakan perkhidmatan tu. Kalau tak dapat jual, minat pun tak guna. Sebab tu saya pilih bisnes bukan berdasarkan minat. Saya minat main game tapi tak pandai buat game so bisnes yang berkaitan dengan game saya tolak tepi. Jual sarapan tepi jalan? Ramai jugak orang mencari, last-last jadi minat pulak.

Tak salah anda berniaga berdasarkan hobi atau minat anda dalam bidang tertentu. Persoalannya anda tahu nak buat duit dengan minat anda? Kalau anda minat kumpul setem, macam mana nak buat duit dengan setem-setem yang anda kumpul selama ni? Kalau boleh buat duit berdasarkan minat, silakan.

Minat dan untung kita nak dalam bisnes tapi yang lebih kuat mana satu? Lebih kepada minat atau untung? Anda berniaga sebab minat atau untung? Passion vs profit which one do you choose? Jujurlah pada diri sendiri sebab buat bisnes dituntut mesti jujur. Mana boleh menipu dalam bisnes nanti rugi dunia dan akhirat.

4 comments:

  1. kalau berniaga nak untung, tp tak der minat biasanya tak lama bisnes tu. kena buat berusaha utk jadikan bisnes yg untung tu jd minat kita. its all about mindset.

    kalau bisnes berdasarkan minat pulak, kena fikir luar kotak macamana nak jadikan minat kita tu bertukar jd untung.. haaa gitteww kekdahnya. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa bagus-bagus ada jugak komen yang baik di sini. Terima kasih.

      Delete
  2. passion is passion. You can't change it to minat. Tak boleh ditukarvsebab Minat tu lain.

    Kalau dah berniaga kerana minat, berniagalah. Tapi jangan marah kalau tak dapat untung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kata passion ialah minat, kan awal-awal da bagitau maksud passion. Saya tak nak guna tajuk passion vs profit tapi saya nak guna tajuk minat vs untung. Bukannya ubah maksud passion kepada minat cuma dalam artikel ni saya cuba kaitkan passion dengan minat, hobi, kegemaran dan yang seumpamanya.

      Perenggan kedua komen awak saya anggap nasihat pada orang yang berniaga sebab minat.

      Terima kasih sudi komen di blog buruk saya.

      Delete