Sunday, August 20, 2017

Servis cuci kereta RM8 je

Saya nak cerita sikit pasal idea ketiga dari 69 idea perkhidmatan iaitu pembersihan. Tak kiralah bersih rumah ke, pejabat ke, cuci kereta ke, motor ke dan yang sewaktu dengan pembersihanlah. Cuma kali ni nak lebihkan cerita pasal cuci kereta.

Car wash RM8 di Shell Jalan Sagu, Taman Daya.
Car wash RM8 pakej cuci luar, vakum dalam dengan wax tayar.

Amacam? Ada berani ka? Saya sendiri dah test hantar kereta kancil kat sini. Dekat pam minyak Shell Taman Daya Jalan Sagu. Memang RM8 basuh luar siap sabun dengan pancut air paip. Pastu vakum dalam kereta dan last sekali sapu wax kat tayar.

Servis pakej RM8 ni untuk kereta je la. Kalau hantar van kena caj harga lain. Masa tunggu giliran, saya ada nampak orang hantar Starex bayar RM15 je cuci luar, vakum dengan tyre wax. Murahnya! Siapa ada van atau kenderaan saiz macam Starex, pergilah hantar ke car wash ni baru RM15.

Bagi sesiapa yang baru nak buat servis cuci kereta, toksahla mahal sangat. Mula-mula promosilah harga yang orang rasa rugi nak lepaskan. Dah lama nanti bila customer dah ramai sampai tak cukup tangan barulah up sikit harga servis cuci kereta. Harga up, kualiti servis kena up jugak baru cun.

Siapa yang nak hantar cuci kereta? Biasanya golongan orang yang susah nak basuh kereta sendiri. Contohnya orang yang tinggal dekat rumah flat, apartment dan yang seumpamanya. Susah tu nak tarik getah paip panjang-panjang dari tingkat empat. Itu belum lagi orang yang tinggal kat tingkat 11. Cara senang hantar je kereta pergi car wash.

Orang bawa Uber pun hantar car wash. Senang, tak payah balik rumah cuci kereta. Kalau malas basuh sendiri walaupun duduk rumah teres paip depan rumah pun hantar pergi car wash jugak.

Servis cuci kereta ni tak semestinya cuci luar, vakum dengan wax tayar je. Ada jugak servis cuci enjin, polish, nano mist, cat atau spray bahagian karat atau cat tertanggal. Nano mist? Servis spray dalam kereta nak bagi hilangkan bau busuk dan bakteria.

Boleh pergi jauh ni bisnes car wash. Berminat nak buat servis cuci kereta? Mulakan sekarang dan semoga berjaya jadikan kerja sendiri sebagai kerjaya.

No comments:

Post a Comment