Wednesday, August 16, 2017

WTD yang viral

Sejak viral ada orang dapat WTD (wang tidak dituntut) RM14000 terus ramai-ramai beratur nak juga mencuba. Pihak Jabatan Akauntan Negara dah umumkan tiada tarikh luput nak periksa WTD. Orang ramai peduli apa, dorang nak juga merasa ada duit beribu-ribu sejelepuk masuk dalam bank.

Screenshot dari website Jabatan Akauntan Negara
Saya pun pergi jugak pagi (Isnin 14 Ogos 2017) tapi..

Ramai sangat orang beratur kat Menara Tabung Haji. Bangunan ni kat Jalan Ayer Molek, Johor Bahru. Sebut je sebelah Dewan Jubli Intan terus tahu kalau dia orang JB.

Nak cari parking kat luar susah. Masuk parking berbayar sampai naik tingkat empat..eh lima..empat ke? Tingkat empat atau limalah parking kereta dalam Menara Tabung Haji. Lepas parking turun sekali tengok punya ramai orang beratur.

Bila saya dengan orang rumah jalan sampai paling belakang sekali orang beratur ada staff bagitahu dah cukup orang untuk hari ni. Ada sorang akak nak ikut beratur pun kena tahan oleh staff yang sama. Terpaksa datang lain kalilah jawabnya. Saya, orang rumah dan akak tu terpaksa le pulang.

Duit parking tak sampai setengah jam pun kena cas RM2. Anyway, Alhamdulillah dapat pengajaran. Kalau dah tahu WTD ni viral, datanglah seawal selepas Subuh. Jangan datang pukul 7 pagi walaupun waktu pejabat buka 8.30 pagi. Lepas Subuh terus bertolak.

Kalau saya dapat tuntut duit walaupun sekadar beratus-ratus ringgit pun berbaloi jugak. Boleh up kan lagi modal bisnes. Mungkin lain kali saya cuba? Anyway, kita teruskan cerita pasal WTD.

Alang-alang dah cerita pasal WTD, saya nak share cara dan tempat-tempatnya.

Cara-cara nak dapatkan WTD:

  1. Pergi ke bangunan Jabatan Akauntan Negara.
  2. Beratur panjang.
  3. Ambil nombor giliran.
  4. Tunjuk IC (Identity Card/ kad pengenalan) kat pegawai Jabatan Akauntan Negara.
  5. Untuk semakan waris yang meninggal dunia, kena bawa dokumen seperti sjil kematian, surat beranak, sijil kahwin dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
  6. Kalau takde wang untuk dituntut, kira habis kat sini je la.
  7. Kalau ada WTD, isi borang, sediakan dokumen seperti fotostat IC depan belakang, fotostat bank statement atau buku bank yang aktif.
  8. Pergi ke bank untuk dapatkan pengesahan guna surat pengesahan dari pihak Jabatan Akauntan Negara. (Senang cerita bagi je surat/borang Jabatan Akauntan Negara tu kat bank).
  9. Selesai isi borang dan bagi semua dokumen yang diminta oleh pihak Jabatan Akauntan Negara, sila tunggu duit dimasukkan ke bank anda dalam masa 30 hari.

Tempat-tempat nak dapatkan WTD:

Johor
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru,
Johor.

Negeri Sembilan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat. 10,Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan.

Melaka
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka

Putrajaya
Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Aras 1-8, Kompleks Kementerian
Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62594 Putrajaya.

Sabah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,
Sabah

Perlis
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas
Taman Pekeliling,
01000 Kangar, Perlis

Labuan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan,
Jalan Bukit Timbalai,
87016 Labuan.

Kelantan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,
Kelantan.

Perak
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak.

Terengganu
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 11, Wisma Persekutuan,
Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu, Terengganu.

 Kedah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah

 Pulau Pinang
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang.

 Sarawak
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,
Sarawak.

Pahang
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,
25000 Kuantan,
Pahang.

Selangor
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor.

Kuala Lumpur
Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank,
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430


Nombor telefon Jabatan Akauntan Negara
0320568055
0320568052
0320568053
0320568054


Adakah lebih baik saya cuba lagi sekali minggu depan? Makin ramai orang tahu makin ramai nak beratur panjang. Mungkin lebih baik saya tunggu portal online WTD tahun depan?

Kalau dorang dapat siapkan portal online bulan sepuluh tahun ni kan lagi best. Lagi senang dan cepat dapat check WTD. Orang ramai tak payah beratur panjang-panjang setakat nak tahu ada atau takde WTD untuk dorang. Staff Jabatan Akauntan Negara pun senang sikit tak payah nak layan punya ramai orang beratur. Bukan semua dapat pun.

Baca kat Harian Metro online, lebih ramai yang hampa lepas check kat Jabatan Akauntan Negara. Beratur punya panjang sekali hampa? Sabar je la.

Finally, kalau ada info salah pasal WTD dalam post saya ni, sila tegur dalam komen.

P/s beratur panjang or tunggu portal online siap?

Sumber

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.