Wednesday, November 22, 2017

Hujan lebat masa berniaga

Kalau berniaga di kiosk dalam bangunan shopping complex, hypermarket atau yang sewaktu dengannya memanglah tak kisah hujan lebat kat luar. Macam mana pulak dengan peniaga-peniaga tepi jalan? Bukan semua peniaga mampu bayar sewa kiosk yang beribu-riban sebulan.

Kesian saya tengok peniaga-peniaga tepi jalan waktu petang. Kat JB ni selalu hujan waktu petang baru-baru ni. Macam mana nak berdepan situasi hujan lebat masa berniaga tepi jalan?

Doa ini diambil dari mech.utm.my

Bacalah doa menolak hujan.


Insha Allah diperkenankan. Kalau tak hafal doa tu sekalipun, berdoalah dalam bahasa melayu. Allah maha mengetahui. Bawa banyak-banyak bersabar dan selalu berfikiran positif.

Update 26/11/2017 gambar peniaga tepi jalan

Update 26/11/2017 gambar sama kena zoom in

Perasan tak canopy dalam gambar tu condong ke depan? Itu cara dorang lindung barang-barang nak jual tak kena hujan. Peniaga-peniaga tepi jalan yang lain pun boleh ikut cara ni. Atau anda ada cara lain yang lebih baik dari cara ni? Kalau ada, kongsi-kongsilah idea bernas anda dengan orang lain yang berniaga tepi jalan.

Semoga sukses menjadikan kerja sendiri sebagai kerjaya.

No comments:

Post a Comment