Wednesday, November 29, 2017

Jangan bertuhankan duit

Tiada Tuhan selain Allah. Tak salah kalau ada banyak duit. Tak salah juga kalau nak dapatkan banyak duit.

Gambar hiasan ambil dari whatsapp group.
Duit sedikit yang halal lebih baik dari duit banyak yang haram.


Kalau ada di antara anda yang bisnes tengah down buat masa ni, banyak-banyaklah bersabar. Biar susah untuk dapatkan yang halal daripada senang-senang dapat duit haram. Sentiasalah bersyukur walaupun untung bisnes sikit je. Bersyukurlah jugak walaupun bisnes takde hasil. Mungkin Allah nak bagi jalan untuk anda buat bisnes yang lebih baik? Lagi banyak bersyukur lagi bertambah rezeki.

Setiap kali ada masalah duit, jangan sesekali cari jalan haram untuk dapatkan duit mudah. Zaman sekarang memang zaman yang mencengkam. Harga gula naik, minyak masak naik, gst lagi dan banyak harga-harga barang sekarang naik. Jangan putus doa kepada Allah minta bantuan untuk menghadapi segala kesusahan. Doa itu usaha. Kerja sendiri atau kerja makan gaji pun usaha jugak namanya. Apa yang penting? Teruskan usaha.

Jangan guna sihir untuk dapatkan untung. Jangan dengki dengan kejayaan bisnes orang lain. Jangan mencuri atau merompak untuk dapatkan duit. Jangan terima rasuah dari sesiapa pun. Pendek cerita jangan buat kerja haram cari duit.

Ada juga orang yang tak buat kerja haram tapi perbuatannya tetap salah. Contohnya terus berniaga sampai tinggal solat. Berniaga tak salah tapi tinggal solat tu yang salah. Sibuk cari duit sampai lupa Allah? Itu belum lagi yang berniaga tipu masa nak timbang, jual barang low quality dikatanya high quality, dah ambik duit orang tak nak bagi produk/servis, jual barang ciplak pada harga original dll. Memang dapat duit lebih dengan menipu customer tapi bahagia ke hidup menipu?Fikir-fikirkanlah.

Walau apa pun bisnes yang anda buat, jangan sesekali tinggalkan solat. Setakat ingat Allah dalam hati je tak cukup lagi kalau fardhu ain ditinggalkan. Jangan jadi hamba duit tapi jadikanlah duit tu hamba anda. Berniagalah bersungguh-sungguh dan beribadatlah dengan lebih bersungguh-sungguh. Tak lama lagi nak kiamat.

No comments:

Post a Comment