Sunday, November 12, 2017

Murah rezeki

Kita biasa dengar orang cakap atau doa "Semoga murah rezeki." Mungkin ada rakyat Malaysia yang doa "semoga murah minyak masak.". Mungkin ada yang minta murah harga barang-barang keperluan yang semestinya mahal sejak kebelakangan ni. Ok back to topic murah rezeki.

Doa ini diambil dari blog pendidik2u

Ada ke sesiapa yang tak nak murah rezeki?



Mana tahu ada yang rasa murah rezeki ni tak kaya pun. Nak minta kaya rezeki je. Kalau dengar orang doakan murah rezeki terasa nak betulkan orang tu supaya doakan jadi kaya-raya.

Tak salah minta orang doakan kita jadi kaya raya. Cuma jangan pandang rendah orang yang sekadar doakan kita murah rezeki. Bersyukurlah ada juga orang doa untuk kita.

Saya bagi contoh murah rezeki. Ada dua orang kawan beli henfon sama harga, model dan specification. Sorang nama A dan sorang nama B. Masing-masing bayar RM800 untuk beli henfon di kedai yang sama. Tak sampai sebulan A dan  B berlari nak cari tempat teduh masa hujan lebat. Malangnya B terjatuh dalam parit. Akibatnya henfon milik B rosak.

Bila pergi kedai henfon nak claim warranty, kena reject pula. Penjual henfon tu kata no warranty sebab henfon retak dan masuk air. Terpaksalah B pergi beli henfon kat kedai lain sebab sakit hati kat penjual kedai tu tak bagi claim warranty. Beli lagi henfon tapi model lain lak pada harga RM800.

Tak sampai sebulan ada pula 3 orang mamat nak pau B masa lepas balik kerja lewat sebab overtime. Takut kena rodok dengan pisau terpaksalah serahkan henfon dengan semua duit dalam wallet berjumlah RM300. Pergi buat report polis tapi polis pun tak dapat nak tangkap 3 mamat tu. Henfon baru dengan duit kira burn macam tu je la.

B beli lagi henfon tapi yang second hand punya RM300 je kat Mudah.my. Tak sampai 1 bulan B terpaksa beli henfon baru lagi sebab henfon dia dah tak boleh on langsung. Biasalah henfon second hand. Kali ni beli yang RM800 punya henfon baru. B terpaksa beli henfon sampai 4 kali dalam masa tak sampai setengah tahun. Kawannya si A? Henfon yang sama beberapa bulan lepas masih OK sampai sekarang. Itulah contoh A murah rezeki tapi B mahal rezekinya.

Orang yang mahal rezekinya tu bawa banyak-banyak bersabar. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Jangan sesekali buruk sangka pada Allah.

Orang yang murah rezekinya jangan lupa sentiasa bersyukur. Jangan sombong sebab murah rezeki dan melimpah ruah nanti rugi di akhirat. Kaya-raya di dunia tak bermakna kaya-raya di akhirat juga.


Sekarang ni musim tengkujuh. Banjir sana sini kat Malaysia. Peniaga-peniaga di tepi jalan banyak-banyak doa dan bersabar semoga murah rezeki. Peniaga-peniaga level tinggi, berprestij dan ekslusif pun jangan lupa banyak berdoa dan tolong orang susah. Kaya macam mana pun kalau Allah tarik sekejap je jadi papa kedana. Masa tu baru tahu betapa nikmatnya murah rezeki.

Semoga semua orang beriman di Malaysia yang kerja sendiri dimurahkan lagi rezekinya.

No comments:

Post a Comment