Sunday, November 26, 2017

Pengalaman berniaga masa hujan lebat

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri berdepan dengan hujan masa berniaga. Mana-mana peniaga tepi jalan pun kalau boleh tak nak hujan lebat masa berniaga. Mencabar ooohhh.

Gambar dipetik dari group whatsapp.
Macam mana saya berniaga masa hujan lebat?


Saya mulakan cerita masa bujang dulu. Time berniaga tepi jalan jual popia goreng tiba-tiba hujan lebat. Cepat-cepat saya padamkan api dan berhenti goreng popia. Kelam-kabut sebelah tangan pegang payung supaya tak jatuh. Sebelah tangan lagi tutup bekas-bekas tempat jual popia.

Hujan lebat angin pun kuat. Saya rendahkan payung sikit tiba-tiba penutup bekas popia terpelanting kena tiup angin. Cepat-cepat saya ambil penutup tu pastu sambung pegang payung kuat-kuat. Time macam inilah baru teringat Allah. Sambil pegang payung saya berdoa banyak-banyak minta Allah redakan hujan dan perlahankan angin.

Kira-kira setengah jam pastu hujan pun reda. Ada satu orang cina driver taxi beli popia goreng RM2. Beberapa minit kemudian ada juga orang lain datang beli popia. Hujan makin reda masa ni. Ada lagi beberapa orang singgah beli tahu-tahu je dah habis jual. Alhamdulillah.

Masa berniaga popia kat bazaar tak seteruk berniaga tepi jalan time hujan lebat. Peniaga-peniaga bersatu tolong rendahkan payung atau canopy sebelah-menyebelah. Orang jual mee dalam kawah cepat-cepat tarik ke belakang barang-barang dia supaya tak kena hujan. Orang jual murtabak habis mercik minyak atas kuali leper terkene air hujan. Macam meletup-letup bunyinya.

Saya perhatikan orang jual lauk-pauk rasa kesian. Habis masuk air hujan, tak sempat tutup semua. Saya? Tutup je lah bekas-bekas popia tu. Masa berniaga tumpang canopy orang sebelah sebab tapak bazaar kat Smart kecik je. Tak ramai orang singgah masa ni. Berbagi-bagi je la hasil jual tak habis sesama peniaga.

Masa berniaga sorang-sorang kat bazaar Jalan Pinang paling dahsyat bagi saya. Masa ni saya berniaga kuih-muih dengan dadih. Orang rumah pulak letih nak rehat je kat rumah so saya berniaga je la sorang-sorang.

Time tengah berniaga tiba-tiba hujan. Kelam-kabut saya nak simpan bekas-bekas kuih. Hujan tak berapa lebat tapi angin kuat. Canopy buruk peniaga murtabak sebelah saya sampai patah ditiup angin. Dorang berlima so boleh cover lagipun dorang ada canopy depan yang masih OK. Canopy peniaga ayam golek pulak terseret ke depan sikit sebab angin kuat masa ni.

Tengah saya sibuk simpan kuih-muih dalam box tiba-tiba berdesup angin kuat dari arah belakang. Habis payung, meja dengan kuih yang tak sempat saya simpan terpelanting ke depan. Ya Allah malunya saya masa tu.

Peniaga ayam golek tolong saya angkat meja. Saya cepat-cepat angkat payung dan pungut balik barang-barang yang terpelanting. Ada lagi beberapa orang lain tolong di antaranya pelanggan berbangsa India. Hujan pulak makin lebat masa ni.

Nak balik rumah tapi kuih yang tak terpelanting ada banyak lagi dalam bekas. Dadih pun banyak lagi belum terjual. Bapa sedara saya yang berniaga tak jauh dari situ datang jumpa saya.

Pakcik : Berniaga dengan pakciklah. Pakcik sorang-sorang susah nak jaga. Melayang-layang pakcik pegang canopy tadi.

Saya : Yelah. Saya bawa barang-barang ni ke tempat Pakcik.

Cara pakcik saya bercakap macam nak minta tolong saya pulak. Padahal saya yang perlukan bantuan dia. Canopy pakcik saya nampak OK je bukannya terpelanting pun.

Bukannya ada yang patah pun kat canopy dia. Punyalah rendah diri pakcik saya yang sorang ni. Jadi segan pulak berdepan dengan orang rendah diri.

Memang betullah orang yang rendah diri ni akhlaknya tinggi. Insha Allah sampai mati pun saya ingat bantuan pakcik saya ni.

Masa berniaga kat bazaar Jalan Nibong tahun 2016 tak teruk sangatlah berdepan hujan lebat. Orang rumah saya ada ikut berniaga so boleh tolong apa-apa yang patut. Saya kesian dekat peniaga nasi kerabu sebelah saya.

Kelam-kabut dorang tutup makanan dorang supaya tak masuk air. Masa dorang kelam-kabut ada pulak sorang makcik terpacak bawah canopy dorang lama-lama. Muka masam pulak tu.

Sedangkan orang tengah sibuk nak tarik meja ke belakang, nak rendahkan canopy, nak tarik kerusi dan selamatkan apa-apa yang patut sebab angin kuat masa ni. Kalau ikutkan hati saya nak halau makcik muka masam yang terpacak bawah canopy dorang tu. Nampak annoying.

Tahun 2017 di bazaar yang sama, hujan lebat siap angin kuat. Masing-masing rendahkan canopy. Saya kesian tengok sorang peniaga jual lauk. Tiba-tiba canopy dia runtuh sebab tak dapat tampung air hujan. Terkoyak rabak canopy dia. Habis dia dengan lauk-pauk dia kena air hujan.

Ada yang canopy bocor, ada yang canopy patah, ada payung tiba-tiba jatuh time hujan lebat. Masa berdepan dengan hujan lebat angin kuat ni saya banyak berdoa semoga Allah alihkan hujan ni ke tempat lain. Mujurlah canopy saya takde masalah kritikal masa ni.

Tipikal manusia bila dah susah baru nak ingat Allah. Time senang tak nak ingat Dia. Saya tak terkecuali time susah baru sibuk nak berdoa.

Begitulah pengalaman saya berniaga masa hujan lebat. Saya takde formula hebat untuk berdepan situasi ni time berniaga. Kadang-kadang bila angin bertiup kuat, saya rasa macam nak balik je walaupun tak hujan.

Anyway saya yakin pasti ada hikmah di sebalik hujan lebat angin kuat masa berniaga tepi jalan. Bukankah hujan itu rahmat?

No comments:

Post a Comment