Saturday, December 9, 2017

Orang dah mula jual baju sekolah

Kalau pergi mana-mana hypemarket sekarang ni, ada berlambak baju sekolah untuk dijual. Kat TV pun ada iklan baju sekolah. Biasalah hujung tahun.

Pakaian sekolah di Econsave

Untunglah orang jual baju sekolah time hujung tahun.


Jual baju sekolah pun bermusim juga. Biasanya hujung tahun dengan awal tahun memang banyaklah mak bapak budak sekolah mencari. Artis-artis tanah air pun mencari jugak baju sekolah untuk melawak atau berlakon. Ingat tak dulu-dulu Awie dengan Erra dalam cerita Sembilu?

Sebab itulah saya cakap, artis pun pakai baju sekolah. Pelawak-pelawak pun baju sekolah jugak. Tauke baju sekolah punya muka pun ada banyak senyumlah.

Tukang jahit yang tak jual baju sekolah pun mungkin sibuk jugak masa ni. Budak-budak sekolah rendah size pinggang 36 pun ada. Baju atau seluar sekolah dorang mak bapak terpaksa tempah. Di sinilah tukang jahit memainkan peranan.

Berapa lama bisnes baju sekolah boleh bertahan? Selagi ada budak-budak pergi sekolahla.

2 comments:

  1. Haah time ni sgt sesuai jual baju uniform skolah..tp jgn ambil kesempatan jual yg ciplak plok...hati2 ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju sekolah jenama apa yang kena ciplak tu?

      Delete