Saturday, February 17, 2018

Kos nasi lemak untuk jual

Assalamualaikum, hari ni saya nak share anggaran modal nasi lemak untuk dijual. Mungkin modal yang saya gunakan tak 100% sama dengan modal yang bakal anda gunakan. Apa-apa hal semoga info yang saya share ni jadi panduan kepada sesiapa yang nak berniaga nasi lemak tepi jalan.

Nasi lemak telur separuh.

Ok jom kita tengok anggaran modal bahan-bahannya.


Bahan - bahan dan anggaran modal yang diperlukan untuk 34 bungkus ialah :
  1. Beras 6 pot anggaran 2.5kg RM6.50 (5 kg=RM13).
  2. Kacang 300 gram RM2.70 (1kg=RM9).
  3. Ikan bilis 150 gram RM5.10 (1 kg=RM34).
  4. Telur 17 biji RM6.12(30 biji=RM10.80).
  5. Santan 500 gram RM4 (1kg = RM8).
  6. Cili kering 200 gram RM2.20 (1kg = RM11)
  7. Bawang besar 25 biji atau 3 kg RM10.50 (1kg=RM3.50).
  8. Bawang putih 1 labu atau 80 gram RM0.64 (1kg=RM8).
  9. Minyak masak 1 liter RM4.60 (Sebotol 5 liter=RM23).
  10. Kertas coklat 34 helai RM1.224 (100 helai RM3.60)
  11. Plastik sambal 34 keping RM0.68 (100 keping RM2).
  12. Sudu kecik 34 keping RM0.68 (100 keping RM2).

Jumlah kos yang digunakan untuk 34 bungkus nasi lemak ialah RM44.944 dibulatkan jadi RM44.95. Itu tak termasuk penggunaan gas untuk goreng kacang dan ikan bilis. Tak termasuk juga penggunaan gas untuk rebus telur. Nak masak sambal tu yang dahsyat sebab nak 3 jam guna gas masak. Tak termasuk 10 sudu gula dan garam secukup rasa untuk sambal.

Kalau ikut bahan yang saya kongsikan untuk sediakan sambal ni cukup untuk 68 bungkus nasi lemak. Kalau hari ni jual 34 bungkus, esok boleh guna sambal yang sama untuk lagi 34 bungkus. Jangan lupa simpan sambal dalam peti sejuk kalau nak guna untuk 2 hari.

Kertas coklat dan plastik sambal pun boleh guna untuk bungkus 34 nasi lemak. Lagi 66 kertas coklat dengan plastik sambal tu pandai-pandailah guna untuk esok-esok plak. Sudu kecik bukan semua orang nak so dah jimat kat situ. Makan nasi lemak guna tangan lagi padu beb! (Sengetkan bibir masa cakap padu beb).

RM44.95 tu untuk modal 1 round 34 bungkus punya nasi lemak. Kalau bahagi dengan 34 bungkus modal dia nampak tinggi. Untung pun ciput je. 34 bungkus nasi lemak baru RM51. Modal dia takkan jadi RM89.90 kalau nak tambah lagi 1 round 34 bungkus nasi lemak. Tak percaya? Jom kita main kira-kira.

Kalau nak senang kira, kita buat kiraan untuk 68 bungkus sekaligus. Beras tu guna sepenuhnya 5 kg RM13. Kacang dan ikan bilis kita guna bajet yang sama macam kat atas iaitu RM2.70 tambah RM5.10 sama dengan RM7.80. Telur 34 biji RM12.24. Santan 1 kg RM8. Cili kering maintain RM2.20. Bawang besar dan bawang putih maintain RM10.50 tambah RM0.64 sama dengan RM11.14. Minyak masak pun maintain guna 1 liter je iaitu RM4.60. Kertas coklat dan plastik sambal masing-masing 68 pcs so RM2.448 campur RM1.36 sama dengan RM3.808. Sudu plastik 68 pcs RM1.36. Jumlahnya? RM64.148 dibulatkan menjadi RM64.15.

RM64.15 untuk 68 bungkus nasi lemak. Anggaran kos sebungkus nasi lemak RM0.95. Nak jual sebungkus RM1.50 je. Untung bersih berapa sen sangat. Kalau habis jual 68 bungkus dapatlah RM102 tak termasuk tolak modal. Apa-apa hal modal RM64.15 pun boleh jadi kurang atau bertambah. Contohnya kalau customer tak nak sudu. Ada jugak customer mintak sambal lebih. Ada jugak yang mintak plastik lebih. Bersabarlah wahai peniaga tepi jalan, takkan jatuh miskin sebab bersedekah.

Minyak masak saya tak guna yang dalam plastik walaupun 1 kg RM2.50 je. Dulu pernah terkena minyak masak dalam plastik ada ketulan atau tompokan warna putih. Lepas tengok video Ustaz Shahir dan baca info dari website PPIM, minyak masak dalam plastik dikhuatiri minyak yang direcycle. Nak tahu recycle ke tak, cuba letak dalam peti sejuk 2 jam. Kalau ada putih-putih tu memang recycle. Yang putih-putih tu mungkin sisa lemak haiwan. Haiwan apa? Mintak-mintak bukan yang haram dimakan.

Sebab tu kalau saya ternampak peniaga tepi jalan guna minyak dalam plastik untuk menggoreng, saya tak nak beli. Kalau tak nampak? Sangka baik je lah. Saya di antara pembeli pisang goreng, cempedak goreng dan makanan goreng-goreng tepi jalan. Petang-petang pekena pisang goreng cicah sambal kicap memang pehh sedap. Sekarang dah jarang beli sebab nak kurangkan makan berminyak. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Seandainya anda ada cara untuk mengurangkan lagi kos nasi lemak untuk dijual, berikan idea anda melalui komen di blog ni. Mana tahu saya salah kira ke? Tegurlah saya dengan baik Insha Allah saya akan terima dengan baik jugak.

Update 10 Mac 2019
Saya mengucapkan terima kasih kepada pemberi komen ini.
Komen orang berpengalaman 10 tahun kerja kilang minyak sawit.
Berdasarkan komen tersebut, saya mula meneliti minyak masak 1kg dalam plastik sebelum membeli. Kalau ada tompokan atau keladak putih, saya tetap tak nak beli.

Kesilapan operator dan QA untuk kejar shipment menyebabkan saya dan mungkin juga orang lain masih bimbang nak beli minyak masak dalam plastik. Kalau keladak putih tu bukan sebab salah silap operator dan QA? Adakah disebabkan lemak haiwan minyak recycle? Mintak jauhlah.

Kalau minyak masak dalam plastik nampak clear tanpa sebarang bendasing, insha Allah saya yakin nak beli.

55 comments:

  1. Di Bangi, nasi lemak telur rebus sebiji d jual RM 2. Licin habis. Mungkin pakej begini lebih menarik. Apa apa pun, selamat berniaga tuan

    ReplyDelete
  2. Waa...gitu pula kosnya... Berniaga sendiri mmg mencabar. Tapi kalau dah biasa & proses dah betul2 set, Insya-Allah, blh untung lebih. Part minyak pula - tu pasal x brp gemar beli mknn. Walaupun bkerja, cuba jg msk utk keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal keuntungan nasi lemak tu saya bersyukur je. Masak sendiri lebih baik sebab kita boleh pastikan minyak masak apa yang kita gunakan.

      Delete
  3. betul dah tu pengiraan modal nasi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cuma harga bawang sekarang turun tapi saya malas nak update modal nasi lemak. Mana tau harga bawang naik masa puasa atau raya ni kan?

      Delete
  4. abg dpt jual purata brapa bungkus shri?sya bru nk start niaga..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggaran dalam 30 ke 40 bungkus sehari. Saudara yang bertanya mungkin lebih pandai berniaga dari saya..hehe

      Delete
  5. wah menari.. saya student..baru nak cuba berniaga letak di U.. cari duit poket... 😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah berniaga nasi lemak di U. Harga bawang sekarang dah turun buat masa ni. Insha Allah berjaya.

      Delete
  6. Baru nak start niaga nasi lemak.. lepas bhnti dri kerja. Harap2 sy boleh 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah boleh berjaya niaga nasi lemak. Lokasi dan tak putus asa dalam niaga tu paling penting.

      Delete
    2. kalau nak letak kat petronas, brp agaknya patut sy jual ya nasi lemak?

      Delete
    3. Kena tengoklah kuantiti nasi lemak dan lauknya. Kalau nasi lemak telur sebiji tu saya cadang letak harga RM1.50 sebungkus. Mungkin Petronas boleh jual RM2.50.

      Apa-apa hal kena bincang dengan supervisor atau manager petronas.

      Delete
  7. i pun plan nak jual nasi lemak, tapi disbbkan bukan islam, agaknye ada business tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan Islam mungkin agak mencabar nak jual nasi lemak tepi jalan. Bukan bermakna non-muslim tak boleh jual nasi lemak. Sebelum ni saya pernah tengok di kedai cina bukan Islam pun ada jual nasi lemak.
      Mungkin awak boleh hantar nasi lemak di kedai mamak dan kedai cina? Kena tanya dululah pemilik kedai mamak/cina sebelum hantar nasi lemak. Jangan putus asa kalau dorang tak nak sebab ada banyak lagi kedai makan mamak/cina lain.
      Semoga Allah buka hati awak untuk masuk Islam. Percayalah awak takkan menyesal masuk Islam. Insha Allah bahagia di dunia dan akhirat.

      Delete
  8. Saya suka jgak bniaga nasi lemak..boleh up sikit harga tu tuan..asalkan sedap mahal sikit tak apa..kcg xperlu letak..xpe..kurgkn kos modal..yg paling utama sambal tu kna kaww tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah jual nasi lemak RM2 sekarang. Nasi lemak, telur sebiji, kacang dengan ikan bilis dan sambal. Terima kasih atas komen tuan.

      Delete
  9. Saya pun berniaga nasi lemak dari rumah. Tak sampai lagi 6 bulan. Buat sampingan aje. Kadang-kadang terima tempahan untuk meeting. Alhamdulillah. Masih ada untung walaupun kecil. Nasi lemak saya jual RM1.50. Tapi ramai customer cakap nasi lemak saya jual ni sepatutnya harga RM2 sebab nasi banyak. Bahan pulak saya letak telur, ikan aya dan timun. Kacang bergantung pada stok. Mana-mana terlebih tu saya anggap sedekah ajelah.😊 Semoga bisnes encik terus maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur sebiji atau separuh? Jual je sebungkus RM2, kalau harga borong 100 bungkus ke atas baru RM1.50 sebungkus. Tahniah dapat tempahan untuk meeting. Saya rasa bisnes encik/puan boleh pergi jauh ni. Semoga berjaya.

      Delete
  10. Boleh tau awk berniaga ambil lesen tak kalau berniaga tepi jalan? sbb ada sesetengah org yg berniaga tak amik lesen. Takut juga kalau takde lesen tetiba kena saman atau angkut. btw semoga berjaya n dimurahkan rezeki awk. sy pun baru mula nak meniaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berniaga tak amik lesen. Pegawai MBJB di tempat saya OK tak ganggu pun saya berniaga. Awak nk berniaga di mana? Kalau tak ganggu jalanraya atau tempat parking takpelah. Berniaga je insha Allah takde masalah.

      Delete
  11. Nasi tanak ke kukus? Saya py kukus, jual 1.50 rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak tanak. Nasi kukus RM1.50 siap dengan lauk apa?

      Delete
    2. Klu nasi lemak + begedil agak2 brp nk jual ye? Mohon bg komen

      Delete
    3. RM2 kalau harga tepi jalan? Kalau nak tambah harga kena tengoklah kuantiti nasi lemak, ikan bilis, kacang, sambal dan yang sewaktu dengannya.

      Kalau kat restoren saya terkena nasi lemak sepinggan RM3 tak termasuk lauk.

      Delete
  12. Kalau nasi lemak sotong org jual brapa biasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah beli nasi lemak sotong tapi saya anggarkan RM6 atau lebih.

      Delete
    2. Ya , sotong mahal sama jugak lauk rendang pedas kerang.. customers yg tahu akan sanggup bayar.

      Delete
  13. Jangan ingat minyam paket ja ada minyak guna semula.. Minyak yg botol pun ada . Jadi perlu hati hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak botol jenama apa yang guna semula? Kongsikan di sini mudah-mudahan lebih ramai orang dapat diselamatkan.

      Delete
  14. Saya pun baru 2-3 bulan berniaga nasi lemak.Dekat kampung kalau nasi lemak RM1.20. Saya consignment tolak RM1. RM0.20 komisen kedai. Dulu masa mula jual rancak juga sehari boleh pergi 30 bungkus. Sekarang 15 bungkus pun susah. Bila dikira balik untung baru Rm1 atau Rm2.

    Tapi saya nak kongsikan juga ada yang buat sehari 400 bungkus. Saya yakin boleh boleh survive sebab barang dibeli secara pukal. Kos lebih rendah. Apa pun selamat maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untung sikit, kena jual lebih banyak. Saya doakan anda pun dapat jual sehari 400 bungkus nasi lemak.

      Terima kasih sudi kongsi pengalaman nasi lemak consignment di sini. Semoga bermanfaat bagi pembaca-pembaca yang baru nak cuba berniaga nasi lemak.

      Delete
  15. Salam.sy penganggur.umah sy betul2 dpn skolah.sy mmg terpikir nk buat ns lemak tp klu dua rgt,budak nk bli tak.cdg nk letak telur ngn ikan bilis.tahla,mcm2 dlm pikiran.rasa ssh je nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rumah depan sekolah dah ada peluang besar buat duit tu. Makanan harga rm2 mungkin budak2 susah nak beli. Try cari idea jual makanan yang rm1 ke bawah.

      Contohnya jual aiskrim dalam kon rm1, aiskrim malaysia 50 sen, kek coklat atau donat coklat rm1 sebiji.

      Ada lagi idea2 makanan lain yang 50 sen atau rm1. Tak susah pun nak buat tu. Saya doakan anda berjaya amik peluang ni.

      Haishh kalaulah rumah saya depan sekolah..

      Delete
  16. bulan depan sy dah start nega nasi lemak kawasan umah sy ni...sy harap dengan mngikut semua nie dpat nega dengan lebih baikk..terima kasih tuann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga bisnes puan terus maju dan menguntungkan.

      Kalau puan jumpa cara yang lebih baik dari sini, mungkin boleh kongsi nanti?

      Terima kasih kembali sebab sudi komen di sini.

      Delete
  17. Nak tanya kalau buat delivery ..berbaloi tak buat nasi lemak telur sebijik dengan harga Rm2??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi kalau jarak dekat dan terima banyak order.

      Delete
  18. berkenaan minyak masak paket=> recycle itu tak tepat. Maaf.
    Yang dalam paket berjenama seperti jenama besar memang minyak baru daripada tangki yang sama. saya 10 tahun bekerja dalam kilang minyak sawit.
    kalau jenama tak pernah dengar tu kena selidik dulu.
    berkenaan keladak putih dalam minyak, berkemungkinan proses tapisan di kilang tak sempurna (operator plant mengabaikan parameter untuk kejar production output). "Cloud Point" tak mencapai standard tapi QA tutup mata untuk kejar shipment.
    point utamanya adalah, minyak paket dan botol daripada jenama besar memang boleh dipercayai. jenama kecil bukan bermaksud diragui, tapi perlu diselidiki untuk pengesahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 tahun kerja kilang minyak sawit? Ada jugak expert pasal minyak masak sudi singgah sini. Kilang atau pengeluar yang berdaftar insha Allah takde masalah.

      Masalahnya pengeluar yang tak berdaftar. Isu geng kumpul minyak masak dari kdai mkn/restoren ni dah lama dah tapi macam cuba ditutup dari orang ramai. Ada pihak untung besar kalau tutup isu ni?

      Saya boleh terima keladak putih dalam minyak masak paket berkemungkinan proses tapisan tak sempurna. Tak mustahil berkemungkinan juga keladak putih dalam minyak masak adalah lemak haiwan. Sebagai langkah selamat, saya tak nak beli minyak masak paket.

      Point utama saya, lebih baik berwaspada dengan tidak membeli minyak masak dalam paket. Kalau nk beli minyak masak botol kena tengok betul-betul pastikn tiada keladak putih tak kira jenama apa pun.


      https://www.rasa.my/langkah-mudah-nak-pastikan-jika-minyak-masak-anda-adalah-kitar-semula-wajib-buat-kalau-nak-sihat/

      Delete
  19. sye baru nak cuba2 jual nasi lemak restorna tempah, minta pendapat,,berapa harga ptut sya letak nasi lemak biasa je,,sambal,ikn bilis,kacang,timun and telur rebus seblah,,and berapa bungkus agak2 sya buat untuk percubaan,, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan anda letak harga RM1.50, kedai jual RM2.
      Kalau nak letak harga RM1 pun bole tapi kena kurangkn nasilah. Nanti kedai makan boleh jual RM1.50. Timun? Takde pun takpe.

      Cuba buat 20 bungkus dulu untuk test market.

      Semoga berjaya!

      Delete
  20. Pukul berapa start msk..? sy br juga nak meniaga nasi lemak.. start msk pkl 1 pagi.. letihnya xtau nak cite.. mcmane awk susun ms...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petang lepas Asar dah mula rebus telur, goreng kacang, goreng ikan bilis dan buat sambal. Sementara tunggu sambal nasi lemak siap, buat inti kentang dengan sardin. Lepas tu masak lauk untuk makan lepas maghrib.

      Lepas Isyak baru klim epok-epok. Rendam bihun, tutup api sambal kalau dah siap.

      Esoknya, isteri saya bangun jam 3 atau 4 lebih mula masak nasi lemak, goreng epok-epok dan bihun. Kalau sempat baru buat donat dengan pau sambal.

      Buat sambal dua hari sekali. Penatnye kalau nk buat setiap hari. Inti kentang pun dua hari sekali.

      Kebanyakannya isteri saya buat, saya tolong sikit-sikit je. Memang penat nak sediakn sarapan untuk berniaga. Kena banyak minum air kosong untuk kurangkan rasa penat dan jaga kesihatan.

      Delete
  21. Saya pun baru bercadang nk meniaga nasi lemak
    Tp msh lg dilemma nk jual pakej yg man rm1 or rm2
    Klu rm1 sy ltk sambal n telur dadar je
    If rm2 sy plan nk ltk ikan bilis timun n telur rebus separuh n sambal
    Ok ke mcm ni
    Lg2 cuti sekolah nak bermula
    Mungkin byk permintaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan buat dua-dua sekali. Tengoklah yang mana lagi banyak permintaan, yang itulah dilebihkan.
      Semoga sukses dalam bisnes nasi lemak!

      Delete
  22. Terima kasih sudi share kos modal n anggaran jual nasi lemak.. Saya pun baru je start jual nasi lemak Di ofis rm1.50 sebungkus..saya buat 40 bungkus.. 10 bungkus x habis dijual...saya sedekah kn kt Kawan2 Di ofis.. Mula2 dh mcm tak mau dh buat nasi lemak.. Sbb x balik modal Sgt.. Dgn jualan yg x brp memberangsangkn.. Tetap percaturan Allah tu mmg terbaik.. Saya dpt tempahan 50 bungkus utk hari jumaat ni dari kwn ofis yg saya sedekah kn nasi lemak yang tak habis tu....oh ye.. Kos santan sekilo saya beli Di pasar borong kelmarin rm3.50 sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya suka perkongsian macam ni. Terbukti sedekah itu tidak membuatkan kita jadi papa kedana. Tahniah dapat tempahan 50 bungkus nasi lemak. Pasal santan sekilo RM3.50 tu hati-hatilah sebab kalau terlalu murah mungkin ada masalah. Sama ada nisbah air yang sangat banyak atau ada campur tepung untuk bagi nampak pekat.

      Apa-apa hal saya ucap terima kasih sebab kongsi pengalaman jual nasi lemak di sini. Semoga bermanfaat kepada pembaca-pembaca blog saya.

      P/s: Saya tak terima sedekah sebab saya bukan orang miskin.

      Delete
  23. Assalamualaikum..agak-agak sesuai tak jual nasi lemak dekat dengan kedai car wash?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam.. Saya fikir tiada masalah kalau nak berniaga dekat dengan kedai car wash. Mana tahu sambil tunggu kereta dibasuh diorang boleh singgah beli nasi lemak? Kalau siap jual air lagi bagus.

      Delete
  24. Klo ns lemak rm3 telur sebiji dan nasi lembihkn sikit tpi sambal mmg padu. Agk2 ok x warga kerja nk membeli.
    Dan lauk2 sprti aym rendang n aym goreng setiap nya rm3.

    Ok x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah boleh buat ni. Kalau kena lokasi menarik, tak jadi masalah nasi lemak padu rm3.

      Delete