Sunday, March 18, 2018

Cara Selesaikan Masalah Hutang Dengan Along

Sebelum terkena memanglah kita berjaga-jaga. Kita takde hak nak perli atau ketawakan mangsa-mangsa yang teraniaya pinjam duit along, ceti, money lender sama ada berlesen atau pun tak berlesen. Selagi tak terkena selagi itu kita tak faham keadaan mangsa-mangsa ah long.

Jangan pinjam duit ah long.

Macam mana orang boleh terjerat dengan along?


Kebanyakan orang yang pinjam ah long ni sebab terdesak. Bukan dorang suka-suka nak pergi pinjam duit along. Ada yang pinjam sebab nak berniaga, nak tanggung belanja anak-anak sambung belajar, nak buat pembedahan segera dan macam-macam lagi yang mendesak orang untuk buat pinjaman ah long.

Nak gadai emas tapi emas takde. Nak gadai tanah tapi tanah pun takde. Nak minta zakat, dorang tak bagi seolah-olah duit zakat tu dorang yang punya. Mungkin bukan semua pegawai pusat zakat macam ni tapi memang ada orang susah yang tak dapat duit lepas pergi minta bantuan. Masalah kewangan ni bukan kira orang muda atau orang tua. Sesiapa pun boleh terkena.

Orang kalau tak terdesak nak duit takkan pinjam ahlong. Ah long pulak amik kesempatan minta lebih-lebih. Orang dah habis bayar pun sibuk ahlong minta selagi mangsa tu masih hidup.

Iklan ah long bukan setakat tampal dekat pokok, tiang lampu, tiang letrik, selit kertas kat kereta dan edar risalah kat rumah je. Ah long sekarang pun dah pandai promote kat internet.

Contoh kiraan ah long bagi pinjam RM10,000, bunga atau interest setiap bulan RM1000. Walaupun peminjam dah dua tahun bayar RM1000 setiap bulan tapi itu cuma interest sahaja. Kalau dah bayar selama dua tahun jumlahnya dah RM24,000. Ini sudah lebih RM14,000 dari duit pokok RM10,000. Selagi belum bayar sejelepuk duit pokok RM10,000 selagi itulah ahlong kutip interest RM1000 dari peminjam.

Itu satu contoh je. Mungkin ada lagi taktik licik ah long nak kenakan mangsa. Ugut nak culiklah, nak rogollah, nak jadikan pelacurlah dan pelbagai cara lagi nak aniaya peminjam.

Peminjam boleh report polis kalau kena ugut. Tunjuk bukti sms atau whatsapp. Kalau dapat rekod suara ugutan ah long lagi bagus.

Ah long tak takut polis? Ah long tak ditangkap walaupun lepas ugut atau membahayakan keselamatan penghutang? 

Berkeras baliklah dengan ah long. Kalau ah long ugut nak bakar rumah, ugut balik nak bakar ofis dia. Kalau ah long ugut nak apa-apakan keluarga, ugut balik nak bantai atau cacatkan dia. Ah long pun manusia juga, boleh berdarah juga dan pasti mati juga bila sampai ajalnya.

Ada penyelesaian lain? Memang ada badan atau persatuan bukan kerajaan yang boleh tolong anda. Nak selesaikan masalah dengan ah long / ceti / money lender dan yang sama species dengannya pun kena ada duit jugak. Maknanya anda kena ada duit jugak untuk selesaikan masalah pinjam duit ahlong.

Sebaik-baiknya bangun solat tahajud dan solat istikharah. Menangislah masa berdoa minta Allah bagi petunjuk jalan nak selesaikan masalah hutang dengan ahlong. Esok pagi cuba dapatkan bantuan dari senarai bawah ni. Kalau ada halangan nak minta bantuan PPIM, try PKPKL. Kalau ada lagi halangan boleh try MCA. Insha Allah masalah hutang anda dengan ah long akan selesai.

Saya senaraikan Persatuan under kerajaan dan persatuan bukan under kerajaan iaitu NGO (Non Government Organization) yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa ah long. Walaupun MCA adalah sebuah parti politik cina tapi dorang tetap bantu kaum melayu dan india yang ada masalah dengan ah long. Apa-apa hal tanya dulu dorang berapa bayarannya sebelum setuju nak guna perkhidmatan dorang ni.

PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Alamat :
Ibu Pejabat PPIM,
70X, Jalan Keramat Hujung,
Bukit Keramat 54000,
Kuala Lumpur.

Telefon :
03-425 77 222
03-425 666 18
019-359 1000 (hotline)
019-238 4000 (hotline)

Website :

Email : 
aduanppim@gmail.com
muslimconsumers@gmail.com


4PM
Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia

Alamat :
No. 3.8, Tingkat 3,
Spectrum Mall,
Bandar Baru Ampang,
68000 Ampang, Selangor.

Telefon :
03-21816348​​​

Website :      
www.ppppmalaysia.com.my      

Email :
enquiry@ppppmalaysia.com.my


PKPKL
Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur

Alamat :
B-2-5 Jalan 2/142A,
Megan Phoenix KM10,
56000 Cheras, 
Kuala Lumpur.

Telefon :
03 - 9101 5096
03 - 9107 8074

Website : 

Email : 
pkpklngo@gmail.com


MAP Maju Bersatu

Alamat :
No 18-1, tingkat 1, 
Jalan Seri Rejang 4, 
Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Telefon :
017-6357167
017-3157167
(Saharuddin Bakar a.k.a Ayah Dino)

Website :


Reinas Multi Resources

Alamat : 
No 36-1-1 
Jalan megan setapak 1,
Taman Megan Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur.

Telefon :
012-3662127 (Puan Aryati binti Abdul Razak)

Website :


*MCA
Malaysian Chinese Association

MCA Headquarters

Alamat : 
8th Floor, Wisma MCA, 
163 Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur.

Telefon :
03 2161 8044

Fax :
03 2161 9772

Website :

Email :
info@mca.gov.my


MCA cawangan Johor Bahru

Alamat : 
Tingkat 5, 
Bangunan MCA Negeri Johor,
Jalan Segget, 
80000 Johor Bahru, Johor.

Telefon :
07-2236711

Fax :
07-2233913

Website :

Email :
mcajohor@gmail.com


Nanti bila dah setel hutang dengan ah long, jangan pinjam duit dengan dorang lagi. Duit interest setiap bulan untuk ah long lebih baik digunakan untuk bisnes. Mudah-mudahan bisnes jadi lebih mantap dan maju.


Persatuan under government. Sila hubungi headquarters untuk dapatkan alamat cawangan di negeri-negeri lain.


Sumber

18 comments:

  1. bahaya pinjam dengan along..kalau dah terjebak, cubalah minta dari pihak yang sepatutnya

    ReplyDelete
  2. Tu la.. sebelum buat keputusan nak pinjam tu.. better fikir masak2 dulu..

    ReplyDelete
  3. Menakutkan sapa yang pinjam ngan Along ni. Nyawa sendiri dan family semua dipertaruhkan. Mintak dijauhkan perkara gini. Huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, memang mintak dijauhkan dari terjebak pinjam duit along.

      Delete
  4. mohon dijauhkan bala dengan meminjam ahlong..

    doa banyak banyak agar tidak ada kesulitan dalam kewangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Semoga mangsa-mangsa ahlong dapat bantuan yang sewajarnya.

      Delete
  5. Kalau Sarawak ada x bantuan? Sy br kena kol tnya dh dpt kerja br ke tak n tnya ttg payment tp ni dr money lender. Harit u dotang tgkap gmbr rmh mak cik sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tanya MCA atau DAP kat Sarawak. Kalau money lender ugut nak apa-apakan anda atau ahli keluarga, terus buat report polis.

      Delete
  6. ada ke org nak bg 30k dlm 1jam.. kalau bank bg kelonggaran ckit mgkin berbeza.. kalau tak terdesak xde org cr money lender @ ah long.. mmg sume tahu ape yg akan jd.. tp desakan hidup memaksa.. sanggup anak bini x mkn.. sy lg sanggup meminjam dari jd pencuri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, orang pinjam duit along sebab terdesak. Orang lain pun mungkin fikir lebih baik meminjam dari mencuri. Masalahnya along amik kesempatan terhadap peminjam. Kesian mangsa-mangsa along.

      Delete
    2. Saya pnjam..sekarang beban..punca ptptn...nak pinjam pada bank..bank cakap .encik ada ptptn..gaji tak cukup .basic 1400..saya lkelulusan ijazah...kerja susqh sekarang..punca pinjam along..nak buat bisness..tapi kena tipu..sekarang terpaksa tangung hitang along 10k..mohon bantuan..

      Delete
    3. Dah cuba contact NGO yang saya senaraikan? Dah cuba contact MCA atau DAP ?

      Delete
  7. Area sabah ada org nak tolong ? Say ada pinjam dgn along rm1900 . Settle rm3k. Byr ansur Rm800x5/10 hari . Say lmbt sikit je bayar bunga suda naik 200 . Tak tau mcm mna nak settle . Hope ada yg bole tolonh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi contact MCA atau DAP di Sabah. Apa-apa hal banyak-banyak berdoa minta tolong Allah selesaikan masalah hutang anda.

      Delete
    2. Ow try tnya dgn dorang la okok tq

      Delete
    3. Kalau bole share kat sini lepas tanya dengan dorang.

      Delete