Wednesday, March 28, 2018

Tiada Uber lagi di Malaysia?

Masa saya baca berita pasal Uber dan Grab ingatkan bergabung je. Pastu bahagikan profit sesama company.

Mana Uber di Malaysia sekarang?

Rupa-rupanya Grab ambil alih Uber di Asia Tenggara.




Cuba baca dulu petikan berita ni.

--petikan berita--

PUTRAJAYA: Penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab memberi jaminan penggabungan syarikat itu dengan Uber tidak akan memberi kesan terhadap tambang penumpang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

"Kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap Grab jika ia didapati menaikkan tambang berikutan penggabungan Grab-Uber di Asia Tenggara, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nancy, yang mengadakan pertemuan dengan Grab semalam, berkata kerajaan mungkin mempertimbangkan tindakan undang-undang di bawah Akta Persaingan 2010 bagi mengekang kedudukan dan pakatan berbentuk monopoli oleh syarikat-syarikat besar untuk memanipulasi harga barang dan perkhidmatan.

Mengenai dakwaan pekerja Uber terjejas teruk dengan penggabungan itu, Nancy berkata beliau dimaklumkan mereka kini tidak bekerja buat sementara waktu bagi memberi peluang kepada Grab untuk mengambil semula mereka bekerja secara rasmi mengikut jawatan yang sesuai.

Menurut beliau, pekerja Uber kini diberikan cuti bergaji dengan kemudahan perubatan untuk tiga bulan akan datang sementara Grab mendapatkan peranan dan tugas baharu untuk mereka.

Uber mempunyai 80 kakitangan di Malaysia.

Semalam, Uber Technologies Inc bersetuju menjual operasinya di Asia Tenggara kepada Grab, dan menarik diri daripada pasaran di rantau yang mempunyai tumbesaran pesat.

Dilaporkan dalam perjanjian itu, Grab akan membeli kesemua operasi Uber di rantau yang mempunyai 620 juta penduduk , termasuk perkhidmtan penghantaran makanan UberEats.

Pada masa ini, Grab menyediakan perkhidmatan di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam , Myanmar dan Kemboja.

--BERNAMA

--tamat petikan berita--

Penghantaran UberEats nanti jadi GrabEats? Negara-negara dari petikan perenggan terakhir tu kan dalam Asia Tenggara? Maknanya Grab monopoly Asia Tenggaralah mulai sekarang.

Sebelum ini saya ada buat topik Uber vs Teksi tapi siapa sangka Grab dah ambil alih Uber di Malaysia? Opsss bukan Malaysia je tapi seluruh Asia Tenggara. Makin untunglah Grab tanpa persaingan dari Uber lepas ni. Teksi? Pemandu teksi pun dah pandai berubah kepada Grab.

Dulu kecoh pemandu teksi halang orang bawak Uber dengan Grab kat airport. Sekarang? Uber dan Grab senang-senang keluar masuk airport sebab permintaan tinggi. Opsss Uber kan dah kena beli, lepas ni Grab bakal mendominasi airport-airport di Asia Tenggara tanpa persaingan dari Uber lagi.

Grab dah boleh buka kaunter kat semua airport di Asia Tenggara. Siapa yang smartphone habis kuota ke, smartphone habis bateri ke, takde powerbank nak charge bateri ke, wifi kat airport slow ke dan sebarang sebab yang menghalang akses internet guna fon boleh pergi ke kaunter Grab. Nanti staff Grab kat airport tolong contact driver Grab.

Bayaran? Tunggu lepas hantarlah baru penumpang bayar. Demi keselamatan bersama, staff Grab boleh minta maklumat kad pengenalan atau passport penumpang sebelum contact pemandu Grab. Kalau ada masalah berbangkit nanti senang nak report polis. Insha Allah penumpang dan pemandu Grab tak timbulkan masalah.

Habis tu rating Grab siapa nak bagi? Staff Grab kat airportlah yang bagi rating selepas 72 jam takde sebarang aduan dari penumpang. Nombor telefon kaunter Grab kat airport kena bagitahu kat penumpang awal-awal lagi sebelum dorang naik Grab. Kalau takde aduan dalam 72 jam, driver Grab dapat markah penuh 5 bintang. Kalau ada penumpang telefon tak puas hati, jangan terus bagi satu bintang je. Tengoklah aduan yang macam mana dulu kan? Mungkin 2 atau 3 bintang je ke.

Lainlah kalau penumpang guna telefon sendiri contact Grab barulah penumpang tu sendiri yang bagi rating. Lain cara lain tindakannya. Ok cukuplah setakat ni topik kali ini. Insha Allah lain kali saya buat topik lain pulak.

Apa pendapat anda Grab ambil alih Uber di Asia Tenggara?

P/s : Kenapa takde Grab kat Brunei walaupun termasuk dalam Asia Tenggara?

Sumber
Grab jamin tiada kesan ke atas tambang.

4 comments:

  1. Saya tak pernah rasa lagi naik Uber or Grab. Tapi dekat uni saya sekarang pun, sudah banyak sign untuk call Grab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak naik grab pun takpe, mungkin saudara ada kenderaan sendiri? Nampaknya Grab dah banyak promote kat uni sekarang.

      Delete
  2. Lepas ni bolehla try MyCar. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mycar pencabar baru Grab? Mungkin boleh cuba hehe

      Delete