Saturday, April 7, 2018

Persaingan Dahsyat Jual Smartphone

Siapa guna handphone touchscreen tahun 2007 kat Malaysia ni dah kira hebatlah.  Sebenarnya masa hujung tahun 90-an dah ada orang Malaysia guna telefon touchscreen tapi guna stylus. Apa namanya? PDA.

Taip "pda meaning" kat Google.

Masa tu takde lagi istilah "smartphone" macam sekarang.



Saya nak ceritakan pengalaman saya sebagai pengguna smartphone. Kemudian baru saya kongsikan pendapat saya pasal persaingan dahsyat dalam bisnes smartphone.

Tahun 2012 kat Malaysia dah semakin ramai orang guna smartphone. Saya sendiri first time beli smartphone tahun 2012. Saya beli kat Comfortsurf di Skudai. Harganya? Rn349. Warranty? Satu bulan je. Bateri?Dapat dua bateri.

Smartphone A919

A919 back

Pengalaman dahsyat saya gunakan A919 masa hujan lebat. Duduk dalam rumah je masa tu. Saya main game "Angry bird" sambil tengah caj. Tiba-tiba bunyi petir berdentum. Berapi sekejap A919 kat tangan saya. Tak terbakar pun smartphone sebab apinya kecik dan sekejap je tapi rasa panas. Terus terlepas A919 dari tangan saya masa tu. Cepat-cepat saya tutup suis dan cabut plug charger.

Saya cuba on smartphone saya. Alhamdulillah boleh on macam biasa walaupun smartphone panas tapi saya dah tak main game. Nak caj pun tak berani sebab hujan lebat dengan guruh berdentum. Lepas hujan dah reda baru saya caj smartphone. Kali ni tak main game sambil caj lagi.

Masuk tahun 2014, smartphone A919 saya dah mula nampak tanda-tanda nak rosak. Sekali tukar bateri terus OK. Bateri lama dah kembung.

Masuk tahun 2015, skrin bahagian bawah sudut kanan susah nak respon. Hujung tahun 2015 terus dah tak boleh on. Tukar balik bateri lama pun tak hidup. Kira dah tamat riwayat smartphone A919 saya ni.

Selalu jatuh jugak sepanjang masa saya guna A919 dari tahun 2012. Dari segi ketahanan memang OK. Warranty sebulan tapi dapat guna 3 tahun. Saya terpaksa pinjam smartphone orang rumah saya sementara saya belum beli smartphone baru.

Sony Ericsson E15i

Sony Ericsson e15i back
Asalnya smartphone Sony Ericsson E15i ni milik adik girlfriend saya. Kalau tak silap saya dia beli masa tahun 2010 harganya RM800 lebih. Lepas beli smartphone baru, dia bagi E15i kat kakaknya yang dah jadi orang rumah saya pada tahun 2013. Automatically dia jadi adik ipar saya.

Tahan lasak smartphone Sony Ericsson E15i ni. Dah banyak kali jatuh. Pernah terjatuh sampai terkeluar bateri. Lepas masukkan bateri, tutup balik casing dia dah boleh on macam biasa.

Hujung tahun 2016, saya buat keputusan nak beli smartphone baru. Saya tak kisah pasal jenama asalkan specification OK dan ada warranty setahun. Harga smartphone nak yang bawah RM400 je.

100 fon S1
100 fon S1 back



Saya beli smartphone 100 fon S1 pada harga RM390 kat Econsave. Harga asal penjual tu kata RM399 tapi dapat kurang RM9. Alhamdulillah. Kalau kat internet saya check harga 100 fon S1 masa tu official price RM599.

Kedai dia sebelah kiosk Coolblog. Masa ni saya rasa berbaloi dapat beli 100 fon S1. Saya excited first time guna smartphone skrin 6 inci. Nak baca text, tengok image atau video rasa puas.

Baru-baru ni hari Selasa smartphone 100 fon S1 saya dah rosak. Masa tu air tertumpah habis meja basah so air dia termasuk dalam smartphone melalui lubang speaker. Try on smartphone tapi skrin dia kejap menyala kejap padam.

Puas cari kat internet macam mana nak setel. Masuk dalam beraslah, lap dululah tapi tetap rosak jugak. Kalau on boleh dengar sound dia tapi skrin dah tak menyala. Mula-mula fikir nak hantar repair tapi saya pernah ada pengalaman hantar handphone Sony Ericsson W siri berapa tak ingatlah.

Bila check kat internet nak ingat balik brand Sony Ericsson W siri berapa tapi rupanya lebih kurang je. Masa tu tahun 2008 ke 2009 balik kerja naik motor redah hujan. Sampai rumah handphone tak boleh on. Masuk dalam tong beras. Esok keluarkan handphone dari beras tetap tak boleh on. Pergi hantar kedai telefon tempat saya beli kat Carrefour sebelah Smart. Dua hari kemudian ambil balik handphone kena bayar RM150.

Sebulan kemudian rosak balik walaupun dah berjaga-jaga supaya tak jatuh dan tak terkena air. Dari Carrefour ke Aeon Big tapi akhirnya dah takde terus. Smart dah takde pesaing dari sebelah lagi sampai sekarang. OK back to topic cerita pasal smartphone.

Itu yang buat saya rasa rugi kalau hantar kedai repair. Baik saya beli smartphone baru yang lebih OK. Smartphone lama yang rosak saya jadikan kenangan.

Sekarang kita masuk bab persaingan dahsyat dalam dunia perniagaan smartphone. Kenapa selama ni smartphone Samsung dengan Iphone lebih menarik minat orang beli? Sebab spesifikasi? Ada je smartphone yang spec lagi tinggi tapi sales tak setinggi Iphone atau Samsung.

Mula-mula smartphone yang gempak kat Malaysia ialah Iphone dari syarikat Apple. Produk USA yang dianggap hebatlah pada tahun 2007. Masa ni CEO (Chief Executive Officer) dia Steve Jobs. Pada bulan Ogos tahun 2011 barulah Tim Cook jadi CEO Apple.

Pada tahun 2009, syarikat Samsung dari Korea pulak keluarkan smartphone yang pertama iaitu Samsung Galaxy GT-I7500. Samsung menjadi pesaing terhebat Apple masa ni. Makin lama dua syarikat gergasi Apple dan Samsung berentap, makin canggih teknologi smartphone.

Pada tahun 2009 jugak dah banyak smartphone dari China dieksport ke merata tempat di seluruh dunia. Target utama ialah orang-orang yang berpendapatan rendah. Smartphone harga rendah tapi specification setanding atau lebih dari smartphone keluaran Apple dan Samsung. Bermula dengan sikit-sikit, lama-lama makin ramai orang mencari smartphone buatan China.

Walaupun ramai orang mencari smartphone made in China tapi laporan eksport smartphone menunjukkan ada sikit turunlah. Laporan 2017 jumlah eksport smartphone dari China turun sebanyak 4%.

Smartphone analysis from China.
Kenapa turun 4%? Biasalah dalam bisnes ada naik dan turun. Inilah kali pertama hasil jual turun 4% sepanjang 9 tahun dorang eksport smartphone.

Macam mana pulak dengan persaingan syarikat bukan dari China? Kita ambil contoh top five smartphone dari USA, Korea dan China. China ada tiga top smartphone jenama Huawei, Xiaomi dan Oppo.

Top five highest sales.
Bermula dari tempat kelima, smartphone Oppo berjaya dijual sebanyak 27.4 juta unit pada penggal keempat tahun 2017. Makna penggal keempat ialah bulan September, Oktober, November dan Disember. Bulan Ogos 2016 Oppo ambil Nora Danish masuk dalam kumpulan skuad selfie Oppo sebagai duta baru. Duta Oppo sedia ada masa tu Ayda Jebat, Min Chen dan JC Chee.

Bulan Oktober 2017, Oppo ambil Dilreba Dilmurat atau lebih dikenali sebagai Dilireba, Yoga Lin dan Eric Chou. Duta sedia ada masa tu ialah Fattah Amin, Neelofa, Ayda Jebat dan Min Chen. Berapa banyak dutalah dorang amik. Iklan Oppo kat TV pun ada jugak saya pernah tengok yang Fattah Amin tumbuk punching bag.

Tempat keempat dengan hasil jualan sebanyak 28.1 juta unit ialah Xiaomi. Saya tak pernah tengok iklan Xiaomi kat siaran TV Malaysia. Tak kiralah dari Astro atau bukan. Kalau ada sesiapa pernah tengok nanti bagitahu saya melalui komen.

Tempat ketiga dengan hasil jualan sebanyak 41 juta unit ialah Huawei. Iklan Huawei selalu keluar kat TV baru-baru ni. Dulu Nova 2i sekarang dah ada Nova 2 Lite. Dua model smartphone ni diperkenalkan oleh Hannah Delisha melalui iklan yang selalu keluar kat TV3.

Tempat kedua pula ialah Samsung dengan hasil jualannya mencecah 74.1 juta unit. Spesifikasi dia menarik siap waterproof lagi. Design memang nampak elegan. Iklan kat TV pun selalu keluar.

Tempat pertama dengan hasil jualan sebanyak 77.3 juta unit ialah Apple. Siapa tak tahu Apple yang terkenal dengan Iphone X baru-baru ni? Iklan selalu keluar TV jugak ni.

Spesifikasi, camera dan design lebih rendah berbanding Samsung S8. Design atau bentuk Iphone X masih nampak lama. Tak waterproof dan tak nampak elegan pun tapi sales tetap lebih tinggi dari Samsung.

Macam mana Iphone lebih banyak terjual? Di antara faktornya ialah marketing dorang. Iklan dorang kaw-kaw punya. Apple lebih lama berkecimpung dalam dunia smartphone berbanding Samsung dan syarikat-syarikat lain. Betul ke?

Faktor dah lama dan terkenal buat orang ramai beli Iphone? Ada kebenarannya jugak. Kalau tengok drama-drama melayu pun selalu tengok pelakon-pelakon guna Iphone. Macam high class betullah kalau guna Iphone ni. Adik ipar dan biras saya pun guna Iphone.

Macam mana usahawan-usahawan yang baru nak perkenalkan smartphone jenama sendiri? Wall Street Journal atau diringkaskan WSJ telah berkongsi video cara untuk buat smartphone sendiri pada harga $70 seunit. Kalau tukar ke duit Malaysia, anggarannya RM270.61. Kiraan matawang ni berubah-ubah.

Guna google je untuk converter




Video tersebut diupload pada 13/6/2017. Satu unit memanglah $70 atau RM270.61 tapi nak beli tiket kapal terbang dari Malaysia ke China berapa harganya? Mungkin boleh berurusan secara online je?

Wakil dari WSJ gunakan perkhidmatan Lucky Star. Kalau nak tahu, Lucky Star ni sebuah kilang OEM buat barang-barang elektronik termasuk smartphone. Siapa nak buat smartphone sendiri boleh contact dorang.

Alamat :
Shenzhen Luckystar Technology Co., Ltd.
4th Floor, Building 1, Yujingtai,
Industrial Park, Huarong Road,
Shuiwei Village, Dalang, Longhua, Shenzhen, Guangdong, China 518040

Tel : (86 755) 83495999
Ext : 8073 (86 755) 83495999
Ext : 8012
Fax: (86 755) 83495999

Tahu buat smartphone tu bagus tapi lebih baik kalau tahu cara nak jual smartphone sebanyak yang mungkin. Smartphone macam mana yang orang cari? Tak mustahil anda boleh bersaing dengan Apple, Samsung dan Huawei. Yahoo yang lebih awal muncul dulu pun tewas dengan Google yang muncul kemudian.

Mungkin jual smartphone keluaran dorang je lebih baik? Jangan pandang rendah smartphone yang tak tersenarai sebagai top 5 di dunia. Bukan semua orang mampu beli Iphone X atau Samsung 9.

Ramai je orang cari smartphone murah sekarang ni. Jenama dorang tak kisah asalkan spec dia OK dan paling penting murah. Apa-apa hal marketing kena power. Iklan bagi orang nampak rupa smartphone tu. Gunakan Lazada untuk promote secara online. Gunakan Wow Shop atau Go Shop untuk promote kat TV. Apa lagi cara nak promote bagi seluruh Malaysia kenal smartphone jenama anda?

Bagitahu ciri-ciri yang menarik selain ada 4G, camera high quality, RAM tinggi dan ROM besar. Contohnya ada finger scanner, hotknot, waterproof, dustproof, anti calar dan apa lagi yang menarik? Bagitahu pasal keunikan yang ada pada smartphone jenama anda.

Ada tak usahawan smartphone yang boleh bagi jaminan takkan ada bloatware? Biasa kalau beli smartphone mesti ada bloatware. Nak kena root baru boleh buang bloatware. Bukan semua orang pandai root smartphone sendiri. Bloatware ni ialah program atau app yang menyibuk dalam smartphone. Apa tujuan bloatware ni? Nak tahu hal peribadi pengguna melalui smartphone?

Apa pendapat anda pula pasal smartphone? Pendapat anda sebagai pengguna atau penjual smartphone? Berminat nak buat smartphone jenama sendiri?

Kalau berminat nak buat produk jenama sendiri selain smartphone boleh baca di sini.


Sumber

2 comments:

  1. Tak tahulah bagaimana hebatnya ciri2 phone pada masa akan datang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tengok jelah apa yang tycoon smartphone nak buat akan datang.

      Delete