Wednesday, May 9, 2018

Idea bisnes puasa dan raya

Assalamualaikum. Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan. Walaupun anda sibuk ambil peluang berniaga sebelum, semasa dan selepas ramadhan tapi jangan lupa utamakan ganjaran di akhirat.

Ramadhan semakin dekat.

Dalam topik kali ini saya kongsikan idea-idea perniagaan khas untuk bulan puasa dan raya.


Idea-idea bisnes ikut kategori.

Makanan
Kita sedia maklum time bulan puasalah paling banyak juadah kita jumpa. Nasi sahaja ada pelbagai jenis. Tengok ye jenis-jenis nasi dalam senarai ni..

  1. Nasi ambang
  2. Nasi arab
  3. Nasi ayam
  4. Nasi bajet
  5. Nasi briyani
  6. Nasi dagang
  7. Nasi goreng
  8. Nasi kerabu
  9. Nasi kuning (famous di Sabah)
  10. Nasi lemak
  11. Nasi putih
  12. Nasi tomato
  13. Nasi tumpang
Ada lagi jenis nasi yang takde dalam list? Kalau anda tengok list nasi nombor 7 ialah nasi goreng. Nasi goreng je ada jenis-jenis dia contohnya nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya, nasi goreng USA, nasi goreng cina dan seumpamanya. Itu baru nasi belum lagi jenis-jenis mee, bihun, kuew teow, murtabak, rojak, laksa, roti john, kebab, sate, kuih-muih etc.

Kuih-muih? Terus-terang mengikut pengalaman saya yang masih cetek berniaga di bazaar, kuih yang biasa orang tertarik nak beli ialah kuih yang dimasak kat tapak berniaga dan pelbagai jenis kuih yang macam-macam color atas meja. Onde-onde warna hijau, kusoi warna coklat, kuih sagu warna merah, kuih lapis warna merah putih, seri muka color hijau putih, kuih talam ada yang color kundang, pau color putih dan macam-macam color lagi ada.

Kalau banyak kuih dengan macam-macam color tersusun memang geramlah orang nak beli. Sedap tak sedap belakang cerita asalkan colorful atas meja, biasanya orang beli jugak tu. Kalau boleh buatlah kuih sedap-sedap jangan harap colorful je atas meja. Barulah berbaloi orang beli walaupun lima biji RM2.

Jangan lupa kuih raya lak. Kuih raya pun macam-macam jenis dan macam-macam color. Kuih makmur, tat nenas, batang buruk, kuih gunting, mini popia, biskut coklat kecik-kecik, kuih bangkit dan macam-macam lagilah kuih raya kat Malaysia ni. Tak masuk baazar pun boleh jual kuih raya ni.

Kerepek pun laris manis time bulan puasa ni. Biasa orang Johor cari kerepek kat Batu Pahat. Apa kata orang JB jadi pengeluar kerepek dan cari pengedar? Paling kurang pun buat sendiri banyak-banyak dan jual sendiri kat baazar, kiosk etc.

Ada tak orang jual buah masa bulan puasa?

Ada...siapa kata takde. Dekat nak bulan puasa je selalu keluar iklan buah kurma Yusuf Tayub kat TV. Kat bazaar ramadhan pun ada orang jual buah kurma.

Buah tin pun ada orang jual. Buah dalam tin pun ada orang jual tapi banyak dekat hypermarket atau supermarketlah. Buah tin yang saya maksudkan ialah seperti dalam gambar berikutnya.

Buah tin
Buah-buahan lain ada yang jual tak?

Kalau kat baazar Smart Pandan saya biasa nampak ada orang jual buah-buahan ada yang jual siap potong dan jual timbang. Baazar kat Jalan Pinang, Taman Daya tahun 2015 ada peniaga siap jual durian. Harga durian masa tu tak dahsyat macam sekaranglah.

Fokus pada makanan pun dah macam-macam idea anda boleh dapat. Tinggal nak buat je. Sama ada jual makanan orang lain atau buat dan jual sendiri. Hari raya pun ada orang tempah catering. Memang wow gitu.


Minuman

Kita tengok bahagian minuman pulak ye. Di antara air yang ramai orang cari di bazaar ialah..

  1. Katira
  2. Mata kucing
  3. Cendol
  4. ABC
  5. Asam boi
  6. Kelapa
  7. Teh bunga
  8. Soya
  9. Tembikai
  10. Tembikai susu
  11. Mangga
  12. Jagung
  13. Keladi
  14. Teh Dhaka

Air kelapa memang mahallah time bulan puasa. Kalau murah mungkin dah lebihkan air dan campur esen pandan. Terus lain rasa air kelapa kena campur macam tu. Air kelapa mahal-mahal pun orang beli jugak kan? Sebab tu bertahan.

Air mangga yang blended punya pun mahal. Secawan RM5 tapi ramai je yang beli masa kat baazar Jalan Nibong tahun lepas. Inilah peluang untuk peniaga ice blended mangga.

Saya suka minum teh bunga tapi tak suka ada banyak bunga krisantimum dalam air. Kalau dorang boleh tapis bunga-bunga tu insha Allah makin ramai orang nak beli. Sebagai alternatif, beli je teh bunga dalam kotak kat Econsave haha.

Air katira cukup famous time bulan puasa. Sebungkus kecik je dah RM3. Mungkin sekarang dah RM5 atau lebih lagi? Saya sendiri jarang beli sebab mahal tapi orang lain tetap beli. Kalau bukan bulan Ramadhan susah saya nak jumpa air katira. Air katira murah tu lain, bahan-bahan dia tak banyak macam air katira mahal.

Kat baazar pun saya ada nampak orang jual susu. Kelebihan minum susu ni, kalau kurang makan pun takpe. Perut rasa macam terisi penuh je minum susu ni. Sebab tu budak-budak kecik kuat minum susu kurang makan.

Teh dhaka atau teh bangla pun mula mendapat tempat kat JB. Cuma tahun lepas saya tak nampak orang jual teh dhaka kat baazar Jalan Nibong. Mana tahu tahun ni ada pulak kan? Insha Allah ada permintaan ni. Janji air dia sedap.

Air apa lagi selain dari yang saya senaraikan? Ada banyak lagi sebenarnya. Kat baazar pun ada orang jual air dalam tin, kotak dan botol.

Kalau nak jual air bancuh tu biar terlebih manis terutama air yang masam nanti balik rumah pelanggan boleh tambah air kosong sendiri. Contoh air masam ialah asam boi, lemon, limau dan yang sewaktu dengannya. Sebab saya sendiri pernah terkena minum air asam boi punyalah masam macam tak letak gula.

Kalau air masam kurang manis memang tak sedaplah. Takkan nak balik rumah tambah gula sendiri? Baik bancuh sendiri je kat rumah. Kalau pelanggan tu sendiri mintak kurang gula masa beli takpelah. Peniaga jugak yang untung wohooo.

Fokus nak bisnes air pun boleh dapat macam-macam idea. Kalau berniaga kat baazar time tengah panas insha Allah laris manis. Kalau time hujan? Terpaksa turunkan harga air dan berbahagilah dengan peniaga-peniaga yang berdekatan. Seboleh-bolehnya jangan buang air ke longkang.


Kecantikan

Skincare product tak boleh dipandang rendah. Kaum perempuan kan nak nampak cantik masa raya. Kalau boleh mekap nipis tak mekap langsung pun muka nak flawless.

Di antara produk kecantikan yang ada permintaan ialah serum. Apa guna serum? Biar nampak muda tanpa jerawat, jeragat, bintik hitam, kedut etc. Kalau takde toner pun takpe, basuh je muka dengan air bersih lepas tu lap dengan kain bersih sampai kering. Then sapukan serum ke muka.

Serum Sendayu Tinggi

Serum juga boleh ganti morning bb cream dan night bb cream. Bb tu apa? Beauty balm atau blemish balm. Ini baru cerita pasal serum untuk kaum hawa yang bajet sederhana.

Kalau kaum perempuan yang ada bajet lebih? Complete set skincare. Toner, moisturiser, bb cream, serum, alat-alat mekap lagi etc.

Kalau nak senang dorang pergi spa je. Duit banyak kan? Kebanyakan orang perempuan sanggup keluar duit lebih sebab nak cantik.

Walaupun target utama jual product kecantikan ialah orang perempuan tapi orang lelaki pun beli juga. Sebab tu ada produk Nivea khas untuk lelaki. Orang lelaki pun dah pandai nak pakai serum.

Sebelum raya, insha Allah laku serum ni. Produk-produk kecantikan lain pun laku jugak.


Kesihatan

Di antara poduk kesihatan yang terbaik ialah madu dan minyak zaitun. Time bulan puasa orang nak tenaga lebih sepanjang hari. Dari subuh sampai ke maghrib tak boleh makan/minum. Makanlah madu waktu sahur dan berbuka.

Minyak zaitun pun bagus dimakan. Baik untuk turunkan paras kolesterol. Cuma harga dia mahal sikitlah. Kalau kat Smart 1 kg RM30 kalau tak silap. Kalau OEM punya produk yang orang dok promote kat TV lagi mahal.

Jual madu original dan minyak zaitun yang rendah sikit dari harga pasaran insha Allah laris manis. Pure honey yang datang dari China saya tak percaya ketulenannya walaupun sangat murah. Biarlah harga madu tualang kat Malaysia 1 kg RM130 asalkan original.

Madu tualang

Ada lagi produk-produk lain yang baik untuk kesihatan. Saya sengaja utamakan madu dan minyak zaitun sebab dua produk ni je ada banyak khasiatnya untuk kesihatan dalaman dan luaran.


Pakaian

Baju melayu, baju kurung, jubah, tudung, sarung lengan, stoking, sandal, kasut, lagi? Apa lagi?

Tudung sahaja ada macam-macam jenis. Sebaik-baik tudung yang menutup bahagian dada perempuan. Kalau anak tudung takpelah kecik je tapi tudung tu janganlah kecik sangat. Lainlah tudung untuk budak-budak kecik.

Jubah pun semakin mendapat permintaan dari kaum lelaki dan perenpuan. Kaum muslimah elok pakai jubah. Nampak rata je dan kurang nampak bentuk badan. Jangan jual jubah fit ikut badan sudahlah.

Pakaian dari hujung rambut sampai hujung kaki boleh dijual masa bulan Ramadhan. Kalau tak masuk baazar boleh jual ke baju raya? Jual secara online tapi kalau ada kedai atau tapak berniaga lagi bagus supaya pelanggan sendiri boleh tengok sendiri depan mata dan pegang nak rasa kain dia jenis apa.

Kalau bisnes ambil tempahan menjahit, jangan tamak. Jangan terima tempahan lagi kalau tak cukup tangan. Doa customer yang teraniaya dimakbulkan. Mana boleh baju raya siap raya ketiga? Baik tolak tempahan kalau tak mampu nak siapkan awal-awal.


Sampul duit raya

Ada permintaan jugak ni kalau jual cantik-cantik dan murah-murah. Kalau jual mahal baik dorang shopping kat Econsave atau Smart nanti dapat sampul duit raya percuma. Saya sendiri setiap tahun nak raya dapat sampul duit raya percuma dari dua pusat beli-belah tu.

Apa kata bagi pelanggan sampul duit raya percuma kalau beli makanan atau sebarang produk RM30 ke atas?

Ambil tempahan buat sampul duit raya pun ok jugak. Tunggu ada orang tempah baru buat. Mungkin orang nak tengok sample design duit raya sebelum menempah so buatlah beberapa sample untuk dorang tengok. Bagitahu dorang yang anda boleh buat design ikut kehendak customer. Insha Allah laris manis.

Target orang-orang kaya insha Allah banyak sampul duit raya terjual.


Kesimpulan

Apa jenis bisnes puasa dan raya tahun ni pastikan berkualiti tinggi. Biar customers puas hati dengan product/service yang anda sediakan insha Allah dorang akan cari anda lagi. Dorang sanggup bayar lebih kalau produk/servis anda tip top.

Di perenggan pertama saya ada sebut pasal utamakan akhirat kan? Kalau anda utamakan akhirat nanti Allah tundukkan dunia untuk anda. Amacam? Best tak dunia tunduk depan kita?

Daripada Zaid bin Tsabit r.a, beliau berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang menjadikan dunia cita-citanya maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di depan matanya dan tidak memberikan dunia kepadanya kecuali yang telah ditakdirkan untuknya. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai niatnya maka Allah akan mengumpulkan urusannya, memberikan rasa kaya di dadanya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk." (Riwayat Ibnu Majah)

Wallahua'lam.

Sumber
7 kelebihan buah tin
Serum Sendayu Tinggi
Madu Tualang

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.