Wednesday, May 2, 2018

Zul Yahya berniaga

Alhamdulillah seronok saya dapat tahu Zul Yahya sibuk berniaga. Tak berlakon tak bermakna rezeki ditutup. Apa yang dijualnya?

Screenshot kat youtube

Nampak tak Zul Yahya jual nasi bajet RM6.


Lokasi perniagaan Zul Yahya?

Jalan Elektron U16/N,
Denai Alam,
40160 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu berniaga?

11 pagi sampai 6 petang.

Jom tengok video dia lak.





Amacam? Dah tengok video yang saya share?

Zul Yahya jual nasi bajet RM6. Saya perhatikan di video tu Zul ceduk dua senduk nasi putih, acar timun, kacang bendi, ayam goreng berempah, kari kaki ayam (bentuk 3 segi tu apa?) dan sambal. Lepas tu dia bungkus je kertas coklat tu  guna getah. Air percuma tu mungkin customer amik sendiri.

Walaupun ada peniaga lain jual nasi bajet RM3 ke RM4 tapi biarlah Zul Yahya nak letak harga RM6. Tak jadi masalah pun. Kalau ada dekat Johor mungkin saya boleh try nasi bajet Zul Yahya.

Anda pernah try beli nasi bajet sebelum ini? Anda sendiri peniaga nasi bajet? Apa pendapat anda tentang nasi bajet sebagai penjual/pengguna?

No comments:

Post a Comment