Saturday, June 16, 2018

Berniaga di Hari Raya Aidilfitri 1439

Hari kedua baru nak update post baru. Ada tak orang berniaga di Hari Raya Aidilfitri?

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439
Ada je orang berniaga di Aidilfitri 1439H.



Kalau Hypermarket macam Econsave kan beroperasi macam biasa walaupun Hari Raya. 7 eleven pun beroperasi macam biasa juga kan? Kedai runcit pun ada jugak yang buka waktu raya ni.

Kalau pergi kubur nampak tak peniaga? Mungkin tak semua kubur ada orang berniaga. Ada sepasang suami isteri yang saya kenal, jual bunga kat tepi kubur pada hari raya pertama.

Walaupun banyak peniaga cuti di hari raya tapi ada jugak peniaga lain yang berniaga. Kira peluang besar buat untunglah masa kebanyakan peniaga lain cuti beraya.

Sebelum saya mengakhiri topik ini, saya nak minta maaf zahir dan batin kepada semua pembaca-pembaca blog saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri !!!

2 comments:

  1. Jual bunga dkt kubur time Raya mmg idea bijak. Memudahkan org ramai jg. Kenapa la saya x terfikir benda tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah terfikir, mungkin boleh buat raya tahun depan? Semoga berjaya.

      Delete