Sunday, June 17, 2018

Grab di Hari Raya

Hari Ahad sama dengan 3 Syawal 1439 Hijrah. Sebelum ni saya pernah cerita Uber kat sini. Uber dah takde di Malaysia so dalam topik kali ni saya nak cerita sikit pasal naik Grab. 

Grab screenshot
Jom ikuti pengalaman saya naik Grab.

Pukul 2 lebih tadi sebelum saya update blog, saya dan orang rumah saya buat pertama kalinya naik Grab. Saya guna promo code "LETSGRAB".

Dalam 5 ke 6 minit kitorang tunggu kat rumah, kereta Perodua Bezza warna silver pun sampai. Pemandunya bangsa cina. Dalam perjalanan nak ke Econsave tu ada jugaklah saya tanya dia sikit.

Saya tanya hari raya ni ramai ke nak naik Grab? Driver tu jawab tak ramailah sebab ramai orang balik kampung.

Saya tanya lagi dah lama ke bawak Grab? Driver tu kata baru sebulan.

Bila dah sampai destinasi saya bagitau dia saya guna promo code. Saya tanya dia promo code boleh guna berapa kali? Driver tu pun explain kat saya. Kena tengok promo code tu jugak. Kalau boleh guna dua kali nanti kat apps dia bagitaulah boleh guna dua kali. Kalau promo code tolak RM3 tapi tambang RM5 maknanya kita cuma bayar RM2.

Bila dah jelas, saya ucap terima kasih. Driver tu pun ucap thank u kat saya sebelum saya keluar dari kereta dia. Saya bagi dia 5 star.

Pertama kali naik Grab pergi Econsave Taman Daya tak bayar apa-apa pun. Free! LETSGRAB ialah promo code yang saya gunakan. Dapat promo code tu pun dari website Grab.

Lepas berbelanja kat Econsave, saya nak guna Grab buat kali kedua lak. Dalam 5 minit kereta Persona warna silver pun sampai. Driver kali ni pun orang Cina jugak. Tambang balik rumah dari Econsave cuma RM5 sahaja.

Selamat je kitorang dengan barang-barang masuk rumah, orang rumah saya bagi 5 star. Komen saya dua kali naik Grab? Puas hati.

Walaupun hari raya ni masih ada yang cuti tapi peluang cari duit sentiasa ada. Orang lain bercuti, orang lain pula cari duit. Hari Isnin ni makin ramailah dah mula habis cuti. Masa untuk aktif kembali mencari rezeki.

Kepada yang masih nak cuti tu terpulanglah. Cuma jangan cuti lama sangat terutama orang yang buat kerja sendiri. Kalau nak jadi usahawan berjaya mesti rajin berusaha dan sentiasa positif. Kalau asyik usaha nanti jadi usahawan tapi kalau asyik malas nanti jadi malaswan.

P/s : Guna Grab dapat kumpul point.

Sumber

12 comments:

  1. saya setakat ni teksi je pernah naik. uber ke grab belum pernah lagi

    ReplyDelete
  2. saya sudah menjadi rutin naik Grab dan Uber..

    memang best la kerana tidak perlu drive..

    cuma keluarkan duit sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik Grab best sebab murah berbanding teksi.

      Sekarang masih ada Uber ke di Malaysia?

      Delete
  3. Thanks for sharing!! and selamat hari raya!!! ^^

    ReplyDelete
  4. semalam baru je naik grab..sbb kereta hantar service..tak larat nk tggu que..balik rumah dlu la dengan grab..mujur dekat je rumahnya..driver bgus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jarak dekat murah je naik Grab tu. Mujur driver bagus tapi kalau driver tak bagus bagi je 1 star.

      Delete
  5. Saya pengguna Grab.. Ada juga sekali dua menghampakan.. Tapi keseluruhannya puas hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tiada siapa pun yang perfect. Ada masalah driver grab kasar ke sebelum ni?

      Delete
  6. Belum ada kesempatan nak naik grab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah akan datang ada kesempatan tu.

      Delete