Wednesday, June 27, 2018

Kedai Makan Kotor Diarah Tutup

25 kedai makan kotor di Negeri Sembilan diarah tutup. Kedai makan kotor mana boleh biarkan je. Tak kiralah kedai makan kotor di negeri mana sekali pun.

Gambar hiasan dari Astroawani.
Jom baca petikan berita ni dulu.


SEREMBAN: Sejak Januari sehingga 17 Jun tahun ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah mengarahkan 25 premis makanan di Negeri Sembilan ditutup dua minggu kerana didapati kotor, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 250 notis kompaun bernilai RM67,250 turut dikeluarkan dalam pemeriksaan ke atas 3,762 daripada 9,346 premis makanan yang terdapat di negeri ini bagi tempoh itu.

"Pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan itu termasuk premis makanan 24 jam berikutan premis kotor telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak", katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen 'Health in Learning Institution' (HePiLI) Kelab Doktor Muda 2018 peringkat negeri di sini, hari ini.

Katanya notis itu dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bagi kesalahan antaranya tidak mendaftarkan premis makanan di bawah Kementerian Kesihatan, pengendali makanan tiada sijil latihan pengendali makanan, pengendali makanan tiada suntikan anti-typhoid dan pengendali makanan tidak menjaga kebersihan diri.

"Jabatan Kesihatan negeri sentiasa mengadakan kempen dan pemeriksaan keselamatan makanan untuk memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah selamat, manakala pengendali makanan pula hendaklah sentiasa mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa menyediakan makanan," katanya.

--tamat petikan berita--

Perkara paling mustahak selepas halal dalam bisnes makanan ialah bersih. Kalau  makanan haram tapi bersih tak guna jugak.  Ada ke makanan haram tapi bersih? Ayam disembelih mengikut syarak yang dicuri lalu digoreng dan dijual? Say no to haram!

Makanan yang halal dan bersih menjadi keutamaan dalam perniagaan makanan. Rasa sedap tu penting tapi halal dan bersih lagi penting.  Kalau makanan tu halal, bersih dan sedap lagilah bagus. Orang Islam dan orang kafir pun seronok makan.

Peniaga makanan dan minuman tidak kira berlesen atau tidak berlesen mesti sediakan hidangan yang halal dan bersih. Kesianlah kat pelanggan kalau dorang sakit perut makan atau minum benda kotor. Setakat sakit perut boleh pergi berak takpelah. Kalau keracunan makanan sampai tahap masuk hospital? Minta dijauhkanlah.

Makanan halal, bersih dan sedap menjadi pilihan orang ramai. Setuju? Kalau mahal tak setuju. Amboi nak yang murah aje hahaha.

Sumber

2 comments: