Sunday, June 24, 2018

Senaman yang mudah

Sebagai peniaga, kita jangan asyik fikir nak tambah hasil untung jualan je. Bersenam pun penting jugak demi kesihatan. Jangan tunggu kolesterol dah tersumbat dalam saluran darah baru terfikir nak bersenam.

Jagalah kesihatan

Senaman apa yang saya nak kongsikan?


Standing abs workout atau senaman perut berdiri. Kelebihan senaman ni ialah tak perlu alat-alat senaman tertentu macam dumbell, barbell etc. Lagi satu kelebihannya ialah anda tak payah baring untuk buat senaman perut ni.

Gambarajah cara senaman perut berdiri

Saya jelaskan cara bersenam menurut gambarajah standing abs workout. Ada enam jenis senaman yang perlu diulang sebanyak 3 kali.

Maknanya lepas pertama kali habis buat enam jenis senaman menurut gambarajah tu, anda ulang keenam-enam jenis senaman tersebut buat kali kedua. Habis je buat kali kedua, anda buat lagi 6 jenis senaman yang sama buat kali ketiga.

Setiap jenis senaman berapa kali nak buat?

1. Knee to elbow 20 kali. Caranya ialah letak dua tangan anda di belakang kepala. Angkat lutut kanan sambil gerakkan siku kiri ke arah lutut kanan. Kemudian angkat lutut kiri pula sambil gerakkan siku kanan anda ke arah lutut kiri. Tak perlu terloncat-loncat nak buat senaman ni.

2. Side to side chops 20 kali. Caranya ialah pegang kedua-dua tangan anda menghala ke kanan. Hayunkan kedua-dua tangan anda ke kiri. Kemudian hayunkan semula ke kanan. Tangan jangan dilepaskan sewaktu menghayun tu.

3. Cross chops 10 kali. Caranya lebih kurang macam side to side chops. Dua tangan disatukan dari arah kanan atas. Hayunkan ke bahagian kiri bawah sambil langkah dan bengkokkan kaki kiri ke depan sedikit. Gaya kaki macam nak berlutut guna lutut kanan tapi tak perlu cecah lantai. Gerakan dia macam tetakan pedang secara serong.

4. High knees 20 kali. Caranya ialah lari setempat tapi lutut diangkat tinggi sehingga paras pinggang.

5. Twist jacks 20 kali. Caranya ialah lompat kaki kanan ke depan sambil kedua-dua tangan menghala ke kanan. Lepas tu lompat kaki kiri depan sambil kedua-dua tangan menghala ke kiri pula. Macam lari setempat cuma tak perlu angkat lutut tinggi-tinggi macam senaman high knees.

6. Side leg raises 10 kali. Caranya ialah mulakan dengan berdiri tegak. Angkat kaki kanan menghala ke kanan pada paras pinggang kemudian turunkan semula. Angkat kaki kiri menghala ke arah kiri pada paras pinggang kemudian turunkan semula.

Saya bukannya kaya macam Dato Aliff Syukri nak buat gym sendiri kat rumah. Saya pun sama macam kebanyakan orang lain yang takde masa nak pergi gym. Saya tak cari alasan untuk tidak bersenam tapi saya cari senaman yang senang, tak perlu alat senaman yang khusus, tak payah baring atau meniarap. Sebab tu saya pilih senaman yang mudah dan save budget punya.

Tak payah keluar rumah pun dah boleh buat. Rumah kecik pun takpe asalkan ada ruang untuk berdiri. Kalau Cik B anak Dato Seri Vida buat senaman ni setiap hari insha Allah boleh kurus.

Berniaga tu berniaga jugak tapi jangan lupa jaga kesihatan. Badan sihat otak cergas. Barulah lebih bertenaga.

Dalam keenam-enam senaman ni, saya paling suka high knees dengan twist jacks. Bagaimana dengan anda pula?


Sumber
darebee

4 comments:

  1. Huhu.. nampak mudah je senaman tu.. tapi semangat nak amalkan hari-hari tu kena ada dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senaman mudah insha Allah bersemangat tu nak buat setiap hari.

      Delete
  2. huhu. nak buat semua memang susah juga senaman tu. Tapi akan diusahakan daripada just baring je di rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulakan dengan high knees atau orang kita panggil lari setempat. Hehe. Insha Allah boleh tu

      Delete